Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 July 2019

Pihak berkuasa kesihatan P Pinang arah tutup 120 kedai makan sejak awal tahun 2019 ini

  Ano Nyme       26 July 2019

Sebut pasal negeri Pulau Pinang, semua orang tahu itu negeri yang terkenal dengan kelebihan dari segi makanannya yang sangat sedap.

Saya sebagai orang Pulau Pinang mungkin ada sedikit perasaan syok sendiri. Siapa lagi nak banggakan dengan kelebihan negeri asalnya melainkan orang asal negeri tersebut.

Tapi, makanan sedap kat Pulau Pinang ni bukan saja diakui oleh anak tempatan. Orang luarpun ramai sangat yang mengakuinya. Ramai kawan-kawan yang bukan asal dari Pulau Pinang akan telefon minta petua kedai makan paling best kat sana bila bercuti ke Pulau Pinang.

Ada sekali saya bawa kawan dari Pahang pergi ke Pulau Pinang selama seminggu atas urusan kerja. Jadi, setiap hari paling kurang akan makan 2 kali. Makan tengahari dan makan malam dah tentu wajib.

Setiap kali saya bawa kawan tu pi makan kat kedai-kedai yang berlainan, dia akan geleng kepala angguk-angguk sambil mulut sebut sedap ... sedap.

"Tak ada lagi makanan yang tak sedap kat sini. Semua kedai makanannya sedap-sedap belaka" komen kawan saya dari Pahang tu.

Oleh sebab semua makanan kat sana sedap-sedap belaka. Maka setiap hari kami akan singgah makan 4 kali. Tambah lagi waktu makan untuk sarapan dan makan petang selain dari makan tengahari dan malam.

Projek kawal kualiti kebersihan kedai makan

Adalah sesuatu yang menyedihkan kalau kedai makan yang ada banyak kat Pulau Pinang tu berada dalam keadaan yang kotor dan berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Memang banyak dengar cerita pasal kedai nasi kandar yang pengotor kat Pulau Pinang. Banyak kes kedai yang kena arah tutup oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan setiap kali ada operasi pemeriksaan mengejut.

Sampai ada orang yang iri hati dengan terkenalnya kedai nasi kandar sering jadikan isu kebersihan kedai mamak sebagai alasan untk boikot kedai mamak.

Bila negeri Pulau Pinang buat projek untuk pastikan keseluruhan premis kedai makan berada dalam samada kategori A atau B, itu satu tindakan yang saya sokong 100%. Memang bagus usaha itu dan perlu dipastikan berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Pulau Pinang nak pastikan paling kurang 70% daripada premis kedai makan yang ada di sana adalah dalam Grade A. Kedai yang dapat ketegori itu perlu skor antara 86 ke 100 markah dalam pemeriksaan kebersihan dan amalan penyediaan makanan.

Baki lagi 30% premis kedai makan perlu ada dalam kategori B. Iaitu markah antara 71 ke 85 daripada keseluruhan 100 markah.

Kalau selepas di periksa kedai makan dapat hanya 50 markah atau kurang dari itu. Arahan tutup akan dikeluarkan segera sehingga kedai itu bertindak memulihkan keadaan kebersihan ke tahap yang sepatutnya.

120 kedai di arahkan tutup

Sejak awal tahun 2019 ini, dah ada sebanyak 120 kedai makan yang diarahkan tutup. Kedai tahap kotor dan mengundang bahaya untuk pengguna. Jenis kedai makan inilah yang sebenarnya jadi kerbau berlumpur yang memalitkan habis lumpur pada kedai makan lain yang bersih.

Daripada 120 kedai makan tu, sebanyak 52 premis adalah kedai di dalam Pulau. Selebihnya sebanyak 68 lagi kedai duduk kat tanah besar.

Dua sebab utama kedai kena tutup adalah disebabkan keadaan yang sangat kotor dan keduanya sebab tak pernah buat aktiviti kawalan serangga dan makhluk perosak.

Kawalan makhluk perosak yang utama di premis kedai makan adalah segala jenis makhluk yang mendatangkan bahaya terhadap kesihatan manusia. Biasanya datang dari Lipas, Lalat dan Tikus. Itu semua binatang atau makhluk yang sinonim dengan premis kedai makan.

Jika anda pengendali premis kedai makan, janganlah kemut dalam bab nak peruntukkan belanja bagi kawalan serangga dan makhlk perosak ni. Tak banyak manapun kos untuk buat Pest Control tu. Sebulan sekali diserati dengan amalan kebersihan yang baik akan mampu mengawal masalah Lipas, Tikus dan Lalat tu.

Jika anda perlukan khidmat kawalan Lipas, Tikus dan Lalat di premis makanan anda, sila berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak berlesen yang berpengalaman sejak dari tahun 1998 lagi.

Call Puan Siti 012-2067357 atau En Joe 010-2462542 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pihak berkuasa kesihatan P Pinang arah tutup 120 kedai makan sejak awal tahun 2019 ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !