Apa dia negara yang inovatif?
Kita tengok dulu apa makna inovatif. Perkataan itu membawa maksud membawa perubahan. Samada perubahan dari segi cara kerja, teknologi atau sebagainya yang terkini dan asli.
Kalau anda rujuk dalam kamus dewan, begini maksud 'Inovasi'
1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa;
2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Jadi, kalau sesebuah negara itu dikatakan berinovatif, ertinya dia mempunyai sifat inovasi.
Senarai 10 negara paling inovatif dunia
Saya berikan senarai 10 negara paling inovatif di dunia berdasarkan senarai terkini yang dikeluarkan oleh Global Innovation Index 2019 rankings. Dihujungnya adalah markah yang diperolehi dalam kajian tersebut berdasarkan markah penuh 100- Switzerland 67.24
- Sweden 63.65
- United States of America 61.73
- Netherlands 61.44
- United Kingdom 61.30
- Finland 59.83
- Denmark 58.44
- Singapore 58.37
- Germany 58.19
- Israel 57.43
- Republic of Korea 56.55
- Ireland 56.10
- Hong Kong, China 55.54
- China 54.82
- Japan 54.68
Saya terlajak bagi 15 negara. Tapi masih tak ada lagi negara kita Malaysia masuk dalam senarai. Berapa agaknya ranking negara kita.
Kalau anda nak tahu, Malaysia duduk di tanggga ke-35.
Tak teruk sangat sebab masih berada di antara negara teratas dalam keseluruhan 129 buah negara yang disenaraikan di seluruh dunia.
Malaysia lebih bagus berbanding kesemua negara jirannya kecuali Singapura.
Memang dalam semua segi, Malaysia tak dapat nak lawan negara jiran paling dekat kita itu. Negara yang dikeluarkan dari Malaysia pada 1965 ketika pemerintahan Tunku Abdul Rahman.
Apa agaknya yang akan berlaku pada Malaysia jika Singapura tidak dihalau keluar dari Malaysia? Kalau pemimpin dulu cari jalan untuk kekal bersama, rasanya Lee Kuan Yew tentu akan jadi PM negara kita kot?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !