Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

30 September 2019

Makanan tinggi lemak beri kesan pada otak anda untuk makan lebih banyak

  Ano Nyme       30 September 2019

Kajian yang dijalankan oleh saintis terhadap tikus dalam bab pemakanan ini memberikan gambaran yang lebih jelas kenapa susah sangat nak ubah diet makanan yang biasa kita ambil.

Tikus yang diberi makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi dengan karbohidrat, didapati berubah otak mereka. Perubahan itu berlaku jauh lebih pantas daripada perubahan yang berlaku terhadap tubuh badan fizikal tikus.

Perubahan yang berlaku dengan pantas terhadap otak hasil dari diberikan makanan tinggi lemak dan karbohidrat, menyebabkan otak berikan signal lapar dan lapar. Akibatnya, tikus mula makan lebih banyak dari biasa.

Bila proses itu berulang-ulang, tak tunggu lama untuk membuatkan tikus yang dibuat kajian itu bertukar menjadi tikus yang gemuk gedempol.

Kesan yang sama terhadap otak Manusia

Kajian yang dibuat terhadap itkus itu akan memberikan gambaran yang sama terhadap apa yang berlaku dalam otak manusia.

Bila anda makan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat, yang berubah terlebih dahulu dengan pantas adalah bahagian otak anda. Bahagian tertentu otak akan jadi keradangan dan mula gelong. Rasa lapar akan berlaku pada tubuh badan anda dan anda akan mula makan lebih banyak daripada biasa.

Oleh sebab makanan kita biasanya memang banyak kandungan lemak dan karbohidrat, maka tidak hairanlah, manusia moden makan banyak daripada yang sepatutnya. Otak yang membuatkan manusia jadi begitu bila makan benda tinggi lemak dan banyak karbohidrat.

Kesan yang diperlukan zaman dulu

Masa zaman lalu, saintis merumuskan kesan itu diperlukan pada manusia sebab bukan senang nak jumpa makanan tinggi lemak dan banyak karbohidrat.

Jadi bila manusia zaman dulu jumpa saja makanan begitu, dia makan dan otak berubah cepat untuk berikan isyarat supaya dia makan lagi lebih banyak daripada biasa. kalau beri isyarat kenyang, membazir pulak makanan rare tu.

Tapi itu tak apa masa zaman dulu tu. Lepas habis dia makan kesemua makanan tinggi lemak dan banyak karbohidrat tu, ambil masa yang lama pulak untuk jumpa lagi. Entah bulan depan entah tahun depan. Sebab tu manusia zaman tu tak gemuk gedempul.

BIla masuk ke zaman kita, muka bumi dipenuhi oleh makanan yang tinggi lemak dan banyak krbohidrat. Pergi ke mana saja jumpa McD umpamanya. Pergi pasaraya boleh ambil 3 atau 4 troli makanan tinggi lemak dan banyak karbo.

Itu membawa kepada berlakunya badan gemuk yang dah jadi wabak merbahaya di atas muka bumi ini.

Oleh itu petuanya mudah saja. Waspada pada makanan tinggi lemak dan waspada pada makanan banyak karbohidrat. Anda akan rasa lapar dan rasa nak makan banyak lebih daripada biasa sebab otak terkesan dengan makanan jenis sebegitu.

Perlu ubah diet secara paksa untuk kurangkan makanan tinggi lemak dan karbohidrat.

Anda boleh baca maklumat lanjut berkenaan isu yang sama di pautan kat sini.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Makanan tinggi lemak beri kesan pada otak anda untuk makan lebih banyak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !