Kalau anda tinggal di kawasan bandar kat Malaysia ni, agak pelik kalau tak pernah terserempak dengan tikus.
Kalau siang mungkin boleh diterima untuk tidak terserempak dengan tikus. Walaupun di sesetengah tempat, waktu siangpun ada banyak tikus berkeliaran.
Tapi kalau anda jenis yang suka pergi keluar makan di gerai tepi jalan, atau suka lepak kat warung pacak tepi longkang umpamanya, tak sah kalau tak jumpa tikus.
Tikus di kawasan perumahan
Bagi yang duduk kat kawasan taman perumahan pulak, tikus memang salah satu makhluk perosak yang tidak diingini.Pengalaman saya duduk di taman perumahan di kawasan Punchong memang tak boleh dilupakan. Masa itu kawasan dapur yang dibuat pada rumah yang saya tinggal agak sempit. Jadi untuk luaskan sedikit ruang, saya tambah sikit bangunan rumah tu di bahagian belakang.
Tambahan bahagian belakang itu dijadikan dapur untuk memasak dan basuh serta simpan pinggan mangkuk.
Oleh sebab nak jimatkan duit, maka unjuran tambahan di bahagian belakang itu hanya dibuat dengan menggunakan dinding zink tebal. Bahagian dinding dan juga bahagian bumbung diperbuat dari bahan yang sama. Kerangka di buat dari tiang besi kosong.
Bila hujan lebat memang tak boleh duduk kat dapur tambahan tu. Bunyinya sangatlah bising sehingga membingitkan telinga. Bahagian atas antara bumbung dengan dinding ada ruang terbuka dalam satu setengah kaki.
Bahagian bawah antara lantai dengan dinding pula ada runag terbuka dalam suku kaki.
Selain dari bunyinya yang bising bila hujan lebat, dapur itu juga akan jadi basah sebab tempias air hujan yang masuk ke dalam dapur.
Kesian kat Isteri saya selama bertahun-tahun lalui suasana dapur begitu untuk jalankan kerja masak memasaknya untuk kami anak-anak sekeluarga. Musim hujan, kaki dia akan jadi kecut kesejukan sebab kerap duduk kat bahagian dapur. Sedih pilu bila terbayangkan apa yang dia lalui ...
Namun begitu, itu semua masih boleh tahan lagi.
Yang paling tak tahan, dapur sebegitu mengundang kemasukkan tikus secara bebas dengan mudah. Kawasan dapur tu sentiasa saja bau hancing busuk tikus. Setiap hari isteri kena basuh semua pinggan dan periuk kat dapur tu.
Setiap hari juga dia terpaksa basuh lantai. Lalukan air panas untuk menghilangkan bau hamis busuk tikus kat area tu.
Banyak kali juga tikus masuk dari dapur sampai ke ruang tamu. Menyorok bawah kerusi dan meja atau bawah tangga.
Saya berusaha kurangkan masalah tikus tu dengan pasang jaring besi pada semua bahagian bukaan di dapur tu. Saya tindan pula dengan batu-bata untuk kuatkan jaringan besi tu. Tapi bahagian atas tu memang susah nak tutup.
Selesai masalah tikus tak boleh masuk dari bawah, dia masuk pula dari bahagian atas. Memang tak pernah habis ...
Itu semua satu pengalaman ngeri menghadapi kerenah tikus yang banyak di kawasan taman di perbandaran di negara kita.
2 jenis tikus yang menyusahkan rakyat Malaysia
Kat negara kita ni ada dua jenis tikus di kawasan perbandaran yang paling banyak menyusahkan rakyat Malaysia.- Tikus Hitam - Nama saintifiknya Rattus Rattus.
- Tikus Coklat - Nama saintifiknya Rattus Norvegicus
Tikus hitam ni sangat lincah. Cukup cekap dalam aktiviti panjat memanjat. Kalau anda jumpa tikus yang berdesup desap lari macam kilat, itulah dia Tikus Hitam.
Panjangnya dalam lingkungan 16cm ke 24cm. Biasanya ekor tikus hitam ni lebih panjang dari panjang badannya. Telinganya juga lebih besar dan hidungnya lebih tirus. Bentuk badannya juga lebih slim dan kemas.
Makanan kegemarannya pula lebih kepada buah-buah yang berair.
Tikus Coklat - Rattus Norvegicus
Ini tikus yang anda sering jumpa berkeliaran kat kawasan longkang di taman perumahan atau di tepi gerai pacak tepi jalan. Anda jangan terkejut kalau jumpa tikus jenis ni punyalah besar saiznya. Dia boleh besar sampai 40cm.
Telinganya agak kecil sedikit dan muncung hidungnya tidak setirus tikus hitam kat atas tadi. Dia lebih mendatar. Bentuk badannya pula tak slim macam tikus hitam. Dia lebih besar berisi lagi. Ekornya pula tak berapa panjang sangat, biasanya lebih pendek sedikti dari panjang saiz badannya.
Tikus coklat ni makan apa saja. Tapi biasanya dia lebih gemar makan biji-bijirin.
Dia lebih suka main kawasan tanah kat bawah tu. Suka duduk dan membiak dalam lubang. Sebab itu di kawasan yang parit dan longkangnya pecah-pecah akan jadi tempat membiak yang sangat digemari oleh tikus coklat ni.
Macam mana nak kawal tikus
Berbalik pada pengalaman rumah saya kat Puchong dulu tu. Selepas dah tak tahan sangat, akhirnya saya terpaksa keluarkan duit untuk naikkan bata yang sempurna di bahagian dapur tu. Buat balik bahagian belakang tu dan pasang tingkap dan pintu yang tak ada ruang lansung untuk tikus masuk.
Tikus akan berusaha nak masuk juga jika anda alpa.
Tingkap perlu tutup rapat bila tak ada kat dapur tu.
Lubang saluran air dari bilik air juga perlu di tutup. Letakkan benda berat atas penutup lubang saluran air kat lantai bilik air anda di waktu malam. Kalau tak, tikus akan masuk ikut saluran itu dari longkang dan tolak bukaan tu untuk masuk ke dalam rumah anda.
Itu saja jalan terbaik untuk kawal masalah tikus tu.
Jangan bagi ruang untuk dia masuk ke dalam rumah anda dengan hapuskan semua bukaan yang boleh muat tikus masuk.
Kalau anda ada masalah tikus juga selepas dah tutup semua lubang masuk, ertinya, ada tikus kat dalam rumah anda. Mungkin dia dah bersarang membiak kat dalam rumah tu atas siling ke atau kat dalam stor ke ... tak tahu.
Panggil syarikat Pest Control bertauliah untuk selesaikan masalah tikus anda. Jika anda berminat nak dapatkan khidmat kawalan tikus atau masalah serangga perosak lain boleh hubungi nombor berikut kat bawah:
- Puan Siti 012-206 7357
- Cik Athirah 010-234 2542
- En Joe 010-246 2542
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !