Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 October 2019

Bagaimana nak pastikan lipas tak ada berkeliaran dalam rumah anda sekarang

  Ano Nyme       10 October 2019

Bila masuk ke dapur rumah anda, buka pintu kabinet bawah sinki, nampak lipas merayap laju melarikan diri lalu menyorok di celahan barang yang ada kat dakam kabinet tu.

Sebaik saja pintu kabinet itu di buka, bau busuk hamis najis lipas menyerbu masuk ke dalam rongga hidung anda pula.

Begitu juga bila anda tarik laci kabinet kat dapur. Kelihatan biji-biji halus berwarna hitam berserakan di celahan laci. Ada juga di belakang laci dan dalam laci itu. Sekali lagi bau hamis lipas menerpa masuk ke rongga hidung.

Setiap kali bangun malam, nak ambil segelas air kat dapur anda akan terkejut. Bila buka saja lampu kat dapur, kelihatan lipas lari laju berserakan menyorokkan diri.

Peralatan dapur berbau hamis lipas

Rumah yang ada banyak lipas biasanya akan hadapi masalah seperti yang saya gambarkan kat atas tadi.

Pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain tak akan lepas dari bau hamis lipas bila nak digunakan. Rumah yang ada banyak lipas dalam almari kat dapur terpaksa basuh terlebih dulu cawan atau pinggan mangkuk sebelum nak gunakannya.

Anda boleh tangkap bau busuk lipas tu melekat pada cawan yang tidak dibilas dan dibasuh dengan baik terpebih dahulu jika disimpan di rumah yang ada banyak lipas.

Bila pergi makan kencuri, setiap kali ambil cawan atau gelas nak isikan air minuman, itulah yang akan saya buat terlebih dahulu. Cium bau gelas atau cawan tersebut. Kalau ada bau lipas, memang sah gelas itu tersimpan lama di kawasan ada banyak lipas dan masih belum di bilas dan di sabun dengan sempurna.

Risiko masalah kesihatan dari lipas di rumah

Kalau anda ada masalah asma atau orang kampung biasa panggil lelah, lipas memang satu makhluk yang anda perlu pantang terserempak.

Bukan sebab takut terkejut. nanti melatah letih dan seterusnya jadi lelah dan meninggal dunia. Tapi sebab kesan alahan yang ditinggalkan oleh lipas boleh membuatkan orang lelah jadi lebih parah.

Begitu juga kalau ada orang tua yang lemah. Cecair yang ada pada diri lipas itu sendiri, Najis yang lipas keluarkan, tinggalan atau serpihan dari anggota lipas menyumbang kepada masalah alahan dan lelah untuk mereka yang ada masalah kesihatan.

Macam yang saya cerita tadi kat atas, buka saja pintu kabinet bawah sinki bau buruk lipas menerpa masuk ke lubang hidung. Kalau anda sihat, masih boleh tahan. tapi kalau ada masalah lelah, ada masalah alahan, itu akan jadi satu terpaan penyakit.

Lipas yang suka merayap pada semua tempat yang tidak bersih akan angkut kekotoran dan peyakin pada kakinya.

Bayangkan seekor lipas besar, Lipas Amerika, merayap keluar dari lubang atau tangki najis kat rumah. Tapi anda tak nampak sebab dia masuk dan keluar diam-diam. Kemudian dia merayap atas roti kat atas meja rumah.

Ada banyak bakteria Salmonella kat kaki lipas itu melekat pada makanan atau mana-mana tempat yang lipas itu lalu.

Jangan bagi lipas ada kat dalam rumah anda

Dari apa yang saya ceritakan tadi, memang sah lipas tak sepatutnya di benarkan berkeliaran dalam rumah anda. Terutamanya kat dalam area dapur anda tu.

Persoalannya macam mana nak buat?

Boleh buat sendiri ke?

Apa yang anda boleh buat sendiri sebagai langkah awal adalah, pastikan rumah sentiasa bersih dari segala punca makanan yang terdedah. Masukkan dan simpan segala makanan dalam bekas yang kedap udara.

Kalau ada makanan atau minuman tertumpah, cuci dan kemaskan dengan baik. Sedut dengan alat pembersih vacum tu supaya betul-betul tiada tertinggal sisam makanan. Ini boleh membuatkan lipas frust dan tak suka sangat duduk kat rumah anda.

Dan yang paling penting, dapatkan khidmat syarikat kawalan serangga yang bertauliah dan berlesen. Mereka terlatih untuk buat kerja kawalan lipas dan serangga makluk perosak lain secara profesional untuk anda.

Mereka akan pastikan segala bahan yang digunakan dalam membunuh dan mengawal lipas adalah selamat dan yang paling penting berkesan untuk jauhkan anda dan keluarga dari segala masalah kesihatan.

Jika anda mahukan khidmat kawalan lipas yang terbaik dari syarikat yang berpengalaman sejak tahun 1998, berlesen dan bertauliah pula, anda boleh call nombor ni kat bawah:
  • Puan Siti 012-206 7357
  • Cik Athirah 010-234 2542
  • En Joe 010-246 2542
Nyatakan anda mahu promosi harga istimewa kawalan lipas di rumah seperti berikut:
  1. RM70 sahaja per servis - Tawaran harga RM70 sahaja sekali servis untuk servis kontrak selama 1 tahun dengan jumlah 6 kali servis. Harga biasa adalah RM90 sekali servis !
  2. RM60 sahaja per servis - Jika anda bawa seorang lagi pelanggan berupa jiran atau kawan berdekatan rumah anda sebagai pelanggan. Jadi kedua-dua akan jimat lagi RM10.
  3. RM50 sahaja untuk sebuah rumah sekali servis - Jika anda bawa 2 lagi pelanggan berupa jiran atau kawan berdekatan rumah anda.
  4. RM40 sahaja per servis - Jika anda bawa 3 lagi pelanggan berupa kawan atau jiran berdekatan kawasan rumah anda.
  5. RM30 sahaja perservis - Jika anda bawa 4 lagi pelanggan berupa kawan atau jiran berdekatan kawasan rumah anda
Jangan lepaskan peluang ini yang hanya dibuka sehingga akhir tahun ini sahaja. Khas untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang sahaja tau!

Untuk 30 pemanggil yang pertama, anda akan diberikan servis percuma sebagai cubaan pertama bagaiaman syarikat Easelife Services Sdn Bhd selesaikan semua masalah Lipas kat rumah anda itu.

Syaratnya, rumah anda perlulah dijaga kebersihan dan keteraturan terlebih dahulu ...

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bagaimana nak pastikan lipas tak ada berkeliaran dalam rumah anda sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !