Pernah dengar ayat ni ...
"Laughter is the Best Medicine"
Saya mula jumpa ayat ni masa kecik-kecik dulu dalam majalah atau buku kecil yang sangat terkenal dulu, Reader's Digest.
Ada seorang jiran yang ada banyak koleksi buku Reader's Digest ni kat rumah bujangnya. Dia kerja buruh kapal dan kerap keluar kawasan bila ada kerja.
Saya baik dengan dia masa kecik dulu sebab dia seorang yang pemurah suka bagi duit pada kanak-kanak. Bila dia ada kat rumah, saya akan singgah. Dari situ saya kerap selak buku Reader's Digest tu.
Saya memang agak hairan sebab dia orang kampung biasa, tak mengaji tinggi. Dia juga kurang bercakap. Tapi baca buku Bahasa Inggeris tu. Saya agak, dia baca sebab kerja kapal perlu berurusan dengan orang bangsa asing yang memerlukan dia tahu berbahasa Inggeris.
Dia dah meninggal. Moga Allah merahmati Rohnya, insyaallah.
Berbalik kepada kisah gelak ni bagus untuk anda
Konflik orang tua-tau larang gelak ketawa
Sejak saya jumpa ayat gelak merupakan satu rawatan atau ubat yang baik, saya sentiasa keliru dengan apa yang orang tua-tua suka larang.Masa dok mengaji Quran dulu, ustaz selalu ingatkan agar jangan suka gelak ketawa. Itu amalan yang tak baik. Menangis adalah lebih baik dari ketawa. Bila ingat mati, takut azab siksa neraka dan takutkan siksa kubur, orang sepatutnya lebih banyak menangis daripada banyak ketawa.
Walaupun rasa keliru itu sentiasa bermain di kepala, saya pendamkan saja.
Sampai sekarang, peringatan orang kita terhadap gelak ketawa ini terutamanya di kalangan agamawan masih sama saja seperti dahulu. Tiada perubahan dari tidak menggalakkan orang gelak ketawa.
Tapi anjuran itu amat bertentangan dengan banyak kajian yang menggalakkan suruh orang ketawa. Ia memberikan terlalu banyak manfaat terutamanya dari segi kesihatan tubuh badan.
Gelak boleh hindari masalah jantung
Paling penting, gelak didapati mampu menghindari masalah serangan jantung. Itu berdasarkan kajian yang di buat oleh ramai para pengkaji.Dalam satu kajian pada tahun 2016 yang dijalankan terhadap orang seramai 20,943 warga tua Jepun, mereka yang kerap gelak punyai 21% kemungkinan lebih rendah untuk ada masalah jantung berbanding mereka yang jarang atau tak suka gelak.
Kemungkinan untuk kena serangan strok lagi tinggi. Mereka yang suka gelak di dapati punya risiko 60% lebih rendah berbanding mereka yang tak suka atau kurang gelak.
Jadi, gelak sememangnya memberikan kesan kesihatan yang ketara kepada manusia.
Banyak sangat manfaat mereka yang kerap gelak ni. Anda boleh google pasal kelebihan gelak dari segi kesihatan atau taip saja "Laughter is the Best Medicine". Akan tersenarai banyak artikel pasal kelebihan gelak ni.
Ada kajian yang mendapati kanak-kanak gelak sebanyak 300 kali dalam masa sehari. Orang dewasa pulak hanya gelak sebanyak 17 kali sahaja sehari secara puratanya. Makin tua makin banyak masalah agaknya, jadi tak sempat nak gelak sangat.
Tak perlu buat lawak untuk gelak
Kalau diambil jalan tengah, saya buat andaian larangan orang tua-tua jangan gelak sangat tu adalah untuk halang kita dari leka dan tidak beringat. Memang dalam gelak, akan datang kesedihan. Mungkin itu yang diperingatkan oleh orang tua-tua kita.Bukan tak boleh berhibur sedikitpun. Hidup perlu juga berhibur sesama keluarga dan kawan-kawan rapat. Perlu ada sense of humor orang kampung kata.
Kalau asyik masam nak marah kat orang saja memang tak akan hadir perasaan geli hati dalam jiwa. Kadang-kadang pergi tengok anak-anak main bola kat tamanpun, anda boleh gelak ketawa dengan kelucuan mereka.
Gelak sebegitu adalah natural dan spontan. tak perlu nak pergi nonton Johan Raja Lawak untuk gelak berdekah-dekah.
Jadi banyaklah masa dengan kawan dan keluarga bersenda gurau untuk rapatkan silaturahim dan berlatihlah legakan tension kat muka itu dengan gelak.
Baca lebih lanjut pasal gelak kat artikel ni.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !