Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 October 2019

Kenapa hisap Vape Artery PAL II lansung tak sedap rasanya

  Ano Nyme       16 October 2019

Artikel ni bertujuan untuk kongsikan pengalaman saya dalam mencuba beberapa jenis peralatan rokok elektronik yang ada terjual banyak kat portal shopping online juga di kedai-kedai vape yang bersepah di seluruh negara kita sejak sekian lama.

Bagaimana saya mula cuba rokok elektronik?

Saya dah agak lama hisap rokok daun. Mula kenal rokok daun ni sejak duduk di kampung dulu berkawan dengan orang-orang tua kampung. Masa kenduri kendara, masa menyembang di balai surau atau masjid, orang tua kampung biasanya akan gulung rokok daun sambil bersembang.

Dari zaman kanak-kanak dulu, rokok daun memang dah jadi kebiasaan. Tengok macam mana orang tua luruskan daun nipah, masukkan tembakau jawa, kemudian balut bergulung sebelum di selitkan di hujung bibir mereka lalu mencucuhnya dengan mancis api.

Bila dah dewasa, ada ketikanya saya akan main-main balut dan hisap rokok daun juga. Rasanya kelat melekat pada lidah. Kalau daun yang masih baru, lebih kelat lagi rasanya. Bila cucuh balutan rokok daun yang dah di masukkan tembakau jawa, akan keluar satu bau yang sedikit masam.

Hanya orang yang biasa dengan rokok daun ini saja akan dapat banyangkan bagaimana bau asap rokok daun ni.

Bila dah keluar kampung duduk di Lembah Kelang, setiap kali balik kampung, saya akan beli seikat dua ikat daun rokok dan setahil dua tembaku jawa jeti lama yang memang sangat top jenamanya di Seberang Perai sana. Saja stand by bekalan untuk disimpan kat rumah.

Bila sembang kedai kopi dengan kawan-kawan dari utara yang ramai kat Lembah Kelang ni, rokok daun tak akan pernah missed. Macam dah jadi trade mark saya sentiasa ada bawa sedikit bekalan rokok daun ke mana-mana.

Bukannya penghisap tegarpun. Sekadar social smoker kata orang. Kalau duduk sorang-sorang memang tak akan hisappun.

Tapi sejak KKM haramkan sebarang rokok di mana-mana kedai makan, juga di mana-mana RnR lebuh raya. Saya dah mula abaikan tabiat merokok ketika bersembang santai di kedai kopi. Kalau minum kat premis persedirian saja baru buka dan balut rokok daun.

Masa itulah saya diperkenalkan oleh seorang Taukeh rokok elektronik alternatif kepada rokok. Alat itu dibuat dalam bentuk macam pen. Nama rokok elektronik tu ialah NanoStix. Ada berbagai perasa di sertakan yang mereka panggil pod.

Mudah sangat nak hisap nanostix ni.

Lekatkan pod dengan perasa yang anda suka, bubuh kat mulut dan sedut. Akan kedengaran sedikit bunyi letupan manja perlahan setiap kali anda sedut. Bla hembus keluar akan keluar asap berkepul. Tapi tidaklah sebanyak asap yang dikeluarkan oeh sejenis lagi e-cigarette yang besar yang popular terlebih dulu sebelum datangnya e-cigarette dalam bentuk pen ni.

Itulah kali pertama saya mula rasa e-cigarette.

Berhenti terus hisap rokok daun

Sejak taukeh itu bagi saya starter kit bersama dengan berkotak-kotak pod dengan berbagai jenis rasa, saya tinggal terus rokok daun. Kesemua stok rokok daun yang masih ada kat rumah saya hadiahkan pada kawan-kawan yang masih suka rokok daun.

Selepas beberapa minggu cuba nanostix, saya mula rasa macam tak sedap. Rasa kelat dan tidak selesa dengan kelat yang melekat pada lidah tu.

Walaupun dari segi bau, nanostix memang terlalu jauh lebih baik dari rokok daun yang memang busuk tu. Tapi kelat tu makin lama makin tak selesa. Sedutan asap dari nanostix itu akan menangkap pada tekak terasa perit.

Bila saya tanya, kawan-kawan yang arif kata itu gigitan nikotin yang ada pada cecair pod nanostix tersebut. Nikotin itulah yang membantu melegakan ketagihan nikotin pada orang yang dah lama hisap rokok biasa.

Mereka kata saya rasa tak selesa macam tu mungkin sebab saya bukan perokok tetap. Jadi kandungan nikotin yang ada pada asap nanostix tu mungkin terlalu tinggi dosenya untuk saya.

Namun secara umumnya saya lebih suka hisap nanostix berbanding rokok daun. Paling utama sebab mulut dah tak ada bau masam rokok daun nipah. Selepas lama tinggalkan rokok daun, tubuh badan lebih segar dari biasa setiap kali bangun pagi. Itu yang bestnya berhenti rokok daun untuk diganti dengan nanostix.

Kebaikan berhenti hisap rokok daun

Selepas tinggalkan terus amalan hisap rokok daun ni, saya dapat rasakan banyak kebaikan. Yang paling ketara adalah bau busuk mulut hasil dari hisap rokok daun.

Saya memang benci bau rokok skrit biasa yang orang dok hisap tu. Tak kira jenama apa, Dunhill ka, Malboro ka, Lucky Strike, Benson, Kretek atau apa saja. Bau orang baru hisap rokok tu sangat kuat.

Setiap kali pergi solat berjemaah, jika orang sebelah saya tu baru lepas merokok dan datang bersolat, bau busuk asap rokok tu memang sangat kuat menyucuk hidung. Macam mana isteri dan anak-anak dia kat rumah bertahan dengan semua bau tu saya rasa bersimpati.

Dalam masa yang sama saya juga tahu bau rokok daun juga bukanlah bagus sangat pun. Sama busuknya. Tapi mungkin tidak sebusuk rokok biasa.

Selain dari tiada lagi bau busuk, saya rasa lebih lega rasa perut setelah berhenti rokok daun. Setiap kali hisap rokok daun, perut saya akan mudah masuk angin. Saya lemas kembung setiap kali hisap rokok daun memang dah lama saya rasakan.

Tapi bila hisap ramai-ramai dengan kawan sambil selang seli dengan air nescafe, rasa tak selesa perut tu tidak ketara sangat. Selaps berhenti rokok daun semua rasa kembug perut itu hilang terus.

Hisap rokok daun juga akan membuatkan saya rasa pening lalat. Bila bersembang lama dengan ramai kawan, balut satu lepas satu, hirup pula air teh kosong atau teh tarik, ada kalanya mulut mula rasa kelat dan kepala sedikit pening lalat.

Ada masanya rasa meloya dan nak termuntah. Bila jadi macam tu saya akan simpan kesemua rokok daun dan tak hisa dah lagi. Kalau saya gagah juga balut lagi sebatang, pasti akan muntah terus.

Kesemua itu sudah tak ada lagi dengan berhentinya amalan merokok daun dan digantikan dengan vape.

Cuba hisap Vladdin pula

Semenjak cuba nanostix, dan rasa tak puas hati dengan rasa kelat dan payau pada mulut, saya mula buat selidik sikit pasal e-cigarette lain yang ada dalam pasaran. Bila saya melayari portal online seperti Lazada dan Shoppe, tudia! bersepah jenama e-cigaterre kat dalam pasaran.

Saya tak dapat belajar dan faham apa-apa kalau beli secara online. Jadi saya cuba singgah di satu kedai vape di Shah Alam. Beli kat kedai vape membolehkan saya banyak bertanya untuk dapatkan maklumat.

Dari situ saya diperkenalkan kepada jenama Vladdin.

Ia berbeza dari Nanostix sebab pod jenama itu boleh diisi semula dengan cecair nikotin kalau dah kering. Nanostix tak boleh buat begitu. Kalau cecairnya habis, terus buang saja pod dan ganti dengan pod baru.

Untuk rasa perbezaannya, saya beli pula Vladdin. Beli seali dengan parasa Salt Nic yang ada berbagai jenis kat kedai tu. Mereka syorkan pada saya dua jenis. Satu yang rasa berkrim dan satu lagi yang rasa jus buah.

Masa mula cuba Vladdin, saya dapat rasakan asapnya jauh lebih lembut berbanding rasa asap nanostix. Saya mula suka pada rasa Vladdin tersebut dan lebih kerap gunakannya berbanding nanostix.

Tapi satu keburukan yang sama masih tetap ada pada Vladdin. Ada juga pada Nanostix yang tidak dapat dibuang. Rasa kelat payau mulut setiap kali menghisap rokok e-cigarette tu.

Rokok daun memang ada rasa payau dan kelat. Tapi kelat dan payau pada e-cigarette jauh lebih buruk berbanding rokok daun. Rasa itu membuatkan saya jarang-jarang hisap. Baik nanostix mahupun Vladdin.

Tapi masih kekal tinggalkan terus rokok daun. Itu yang bagusnya.

Cuba pula rasa NCIG

Ketika saya pergi satu event di litar lumba di Sepang, ada satu promosi satu lagi jenama e-cigarette pula. Namanya NCIG. Mereka bagi saya cuba berbagai rasa cecair saltnic yang ada. Ada satu rasa tembakau masam yang saya berkenan.

Maka saya beli pula NCIG siap sekali dengan pod pakai buang yang ditawarkan dengan harga yang murah pada event tersebut.

Dah rasa NCIG lebih baik dari Vladdin pulak.

Yang paling baik, sudah tak ada lagi rasa kelat dan payau seperti mana yang ada pada Nanostix dan Vladdin. Malah asap yang terkeluar dari NCIG jauh lebih halus dan lembut. Rasanya juga lebih baik dan selesa.

Masalah pada NCIG pula adalah bila semua pod tambahan yang saya beli tu dah habis. Saya pergi tanya di kedai vape tak berapa ramai yang ada. Pod NCIG pulak cepat rasa hangit terbakar walaupun cecairnya masih penuh di dalam pod tu.

Saya mula rasa tak selesa pakai NCIG.

Beli Artery PAL II pulak

Ada ramai budak-budak muda yang saya kenal saya lihat pakai satu jenis vape yang berbentuk metal dan berkotak. Vape jenis itu nampaknya lebih banyak sikit keluarkan asap berbanding vape yang berbentuk pen panjang.

Bila saya selidik, nama vape itu adalah artery PAL II.

Saya buka google dan mula buat sedikit pencarian dan baca review. Ramai yang puji melambung Artery dengan berbagai ayat jualan yang menarik. Vape paling hebat pernah direka dan berbagai lagi.

Paling manarik, Artery tu boleh sama digunakan untuk cecair salt nic atau cecair free base.

Bila mereka sebut free base, hanya lebih kepada rasa buah-buahan, saya mula rasa terliur dan nak cuba. Maka sayapun order Artery PAL II dari Lazada. Mereka hantar sekali dengan OCC yang perlu ditukar ganti bila dia dah mula terbakar habis.

Untuk permulaan saya pakai OCC jenis 1.3 ohm. Jenis itu hanya sesuai untuk digunakan dengan salt nic sahaja. Kalau nak pakai cecair yang free base, saya kena pakai OCC jenis 0.6 ohm. Nak kena order dulu dari Lazada.

Sementara itu saya pakai saja saltnic yang memang dah ada baki dari hisap Vladdin yang sekajat sangat tu.

Memang pada mulanya, rasa Artery PAL II lebih bagus dari rasa yang lain. Baik Nanostix, Vladdin atau NCIG. Tapi semua itu hanya sementara sahaja. Sekejap saja saya dah mula rasa meluat pada rasa asap Artery PAL II.

Paling ketara yang sangat saya benci adalah rasa metal yang ada pada asap yang disedut pada Artery PAL II. Sangat kuat rasa metal atau besi itu seolah-olah saya menjilat besi padu tiang pagar. Macam itulah rasanya.

Kalau anda pernah ada pengalaman jilat tiang besi padu, anda dapat bayangkan bagaimana buruknya rasa asap yang disedut dari Artery PAL II.

Rasa itu membuatkan saya benci sangat untuk hisap Artery PAL II. Segala review yang orang buat tentang artery itu mula saya sangsi kebenarannya.

Bila saya tanya anak muda yang lebih lama hisap artery, mereka syorkan saya untuk cuba pakai cecair yang free base pula.

Bila OCC 0.6 ohm sampai, saya terus cuba cecair free base.

Ok lah juga rasanya. Lebih selesa berbanding cecair salt nic. Tapi rasa besi melekat pada asdapnya masih tetap kuat terasa.

Jadi saya buat rumusan, Artery PAL II yang orang kata hebat sangat tu memang vape paling buruk yang saya pernah ada dan cuba. Untuk anda yang nak try pakai Artery PAL II, kalau anda jenis suka jilat besi padu dan suka akan rasanay besi melekat pada lidah, boleh cuba pakai Artery PAL II. Kalau anda tak suka rasa besi tu, tak payahlah nak pakai Artery.

Cuba pula pakai RELX

Bila dah meluat sangat dengan Artery, saya mula nak beralih kembali kepada NCIG. Saya rasa itulah yang terbaik dari segi rasanya setakat ini dalam kesemua jenis e-cigarette yang saya pernah beli dan cuba.

Saya pergi ke satu kedai Vape di Puchong Puteri. Bila ke sana, saya minta pod NCIG perasa tabaco masam rasa buah kundur.

Ketika berbual dengan penjual di kedai itu, dia perkenalkan pula saya kepada satu lagi jenama RELX. Dia kata itulah yang jaub lebih baik berbanding NCIG. Dia macam tahulah pulak pod NCIG ada masalah dan cepat rasa hangit terbakar walaupun cecair masih penuh.

Yang ni tak ada macam tu. Lagipun jumlah cecair dalam pod RELX lebih banyak dan tahan lama. Kalau masih ada cecar dan dah rasa hangit, bawa mai sini kita tukat kepada pod yang baru.

Punyalah bagus dia punya ayat dan saya pun tak tunggu lama untuk terus membeli dan mencubanya. Dan ternyata memang betul kata budak jurujual itu. Rasanya lebih lembut, konsisten dan nyaman berbanding kesemua vape yang saya ada.

Jadi nak dipendekkan cerita, RELX jadi pilihan utama saya setakat ini berbanding kesemua vape yang ada. Saya gunakan sekali sekala bila duduk seorang diri dalam pejabat car idea nak buat report atau nak tulis blog.

Yang pastinya, rokok daun memang dah dilupakan terus dan digantikan dengan vape. Memang vapeni pun saya rasa tak kan lama sebab saya dah makin berkurang sedut benda tu sebab memang rasa meluat dengan aktiviti menyedut asap yang keluar macam asap mesin fogging tu.

Sekian saja pengalaman panjang perjalanan berhenti hisap rokok daun dan ganti vape dan berjaya membuat kesimpulan bahawa Artery PAL II rasa macam besi padu yang lansung tak sedap !

Walau bagaimanapun, satu perkara terbaik yang boleh saya berikan nasihat pada semua orang adalah, tak hisap apa-apa adalah jauh lebih bagus untuk anda yang selama ini memang tak pernah hisap apa jenis rokokpun.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa hisap Vape Artery PAL II lansung tak sedap rasanya

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Sy pakai artery pal dari 1 smpai yg terbaru skrg ni 3, so far tiada masalah lagi, tak pernah plak sy rasa besi ke ape. Mungkin atas tekak masing2 kot

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !