Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

31 October 2019

Kera tangkap tikus untuk dijadikan makanan bantu kawal serangan tikus ke kebun kelapa sawit

  Ano Nyme       31 October 2019

Ini satu maklumat yang sangat menarik pasal kera makan tikus.

Kajian dibuat oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia terhadap sejenis kera yang didapati hadir di kebun kelapa sawit. Mereka jadikan tikus sebagai salah satu dari makanan mereka.

Ada dua jenis kera. Satu yang punya ekor panjang. Yang ini selalu kita jumpa yang suka buat kacau di penempatan manusia.

Tapi jenis yang makan tikus ni adalah dari jenis yang berekor pendek.

Kera jenis ekor pendek ni biasanya akan menjauhi manusia. Agak sukar untuk tengok mereka menghampiri manusia berbanding jenis ekor panjang. Tapi kalau ada yang tangkap dan dijadikan binatang peliharaan, itu dah ubah gaya hidup kera tersebut dan tak sama perangainya dengan yang liar.

Kera makan tikus dapat liputan luas

Media dalam negara dan juga antarabangsa memberikan liputan luas terhadap kajian yang berjaya dibuat oleh para pengkaji dari USM tersebut. Ia jadi satu bahan menarik terutama dalam idea jadikan kera sebagai cara kawal serangan tikus di kebun kelapa sawit.

Dari maklumat yang saya baca, kerosakan yang dibuat oleh serangan tikus terhadap kebun kelapa sawit boleh cecah setinggi RM3.9 Billion setahun !

Itu satu jumlah yang amat besar.

Itu anggaran yang pengkaji buat. Tikus rosakkan keluaran hasil kelapa sawit sebanyak 10%. Kera yang makan tikus tu, kalau buat kerosakan pada hasil kebun kelapa sawit hanya dalam lingkungan 0.56% sahaja.

Jadi dari segi ekonominya, lebih baik biarkan kera masuk secara bebas tanpa gangguan untuk kejar dan makan tikus. Anggap saja 0.56% kerosakan hasil itu sebagai upah mereka yang bantu atasi masalah 10% kerosakan hasil yang dibuat oleh tikus.

Anda boleh baca berita dari Business Insider untuk maklumat lebih lanjut.

Tak faham kalau tak kaji

Itulah kelebihan kalau manusia buat kajian dengan memerhati kejadian alam. Kaji binatang dan tumbuhan dan segala ekosistem yang Tuhan jadi di dunia ini.

Kesemuanya sudah pasti ada tujuannya. Tidak ada satupun yang dijadikan hanya suka-suka dan sia-sia.

Tapi perlulah buat kajian dengan penuh minat. Inilah yang saintis barat buat sejak sekian lama yang menyumbang kepada kemajuan negara mereka.

Mengkaji dan belajar dari kejadian alam dibuat juga oleh umat Islam sebelum orang barat ambil alih sambung semua kerja mereka. Orang Islam ambil dan sambung kaji semua hasil kajian umat terdahulu dari seluruh dunia seperti Mesir, India, China, Greek dan lain-lain lagi.

Tapi dalam umat Islam mula fokus lebih kepada Teologi lebih dari segalanya. Usaha yang diluar dari teologi mula dianak tirikan. Malah ramai pengkaji yang disanjung oleh orang barat dari kalangan orang Islam di anggap sesat oleh orang islam yang fokus pada teologi ketika zamannya.

Sampai sekarang, umat Islam terutamanya di negara kita masih lagi fokus pada teologi samada dalam politik atau pendidikan. Subjek yang ada kainatn dengan keagamaan ditingkatkan dalam silibus sekolah kebangsaan.

Anak saya dah belajar 100% bab keagamaan dalam KAFA. Kemudian masuk sekolah kebangsaan dia ditambahkan lagi dengan subjek keagamaan yang jauh lebih banyak jumlah jamnya berbanding sains dan matematik.

Seolah-olah pembelajaran di KAFA saja tak cukup !

Itulah yang berlaku di dalam negara kita terutamanya pada anak-anak orang Islam di sekolah kebangsaan.

Apa pandangan anda?

Lihat maklumat lanjut dari pengkaji pasal kera makan tikus itu di pautan sini.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kera tangkap tikus untuk dijadikan makanan bantu kawal serangan tikus ke kebun kelapa sawit

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Tuan, untuk makluman bukan semua pelajar ambil atau hadir kelas KAFA, untuk yang hadir kelas KAFA, alhamdulillah bonus untuk mereka kuasai subjek agama di sekolah kebangsaan dan juga bekalan akhirat yang kekal abadi...bagi yang tak hadir/ambil kelas KAFA, berkemungkinan mereka hanya mendapat ilmu agama dalam subjek pendidikan islam di sekolah kebangsaan...

    Saya tidak tahu samada Tuan mengetahui pecahan cabang dalam subjek pendidikan islam di sekolah kebangsaan...subjek pendidikan islam di pecah kepada beberapa cabang - Al Quran, Jawi, Ulum dan Tasmik (biasanya di ajar mengikut hari)...Pada pendapat saya, tidak hairanlah sekiranya masa yang diperuntukkan juga banyak kerana pecahan cabangnya juga banyak...

    Pada saya, tidak sesuai untuk mempertikaikan mengapa perlu diperuntukkan masa yang banyak untuk subjek pendidikan islam kerana anak sudah mendapat ilmu di kelas KAFA sebab bukan semua pelajar hadir ke kelas KAFA...mungkin ada yang tidak menghantar ke kelas KAFA tapi menghantar anak ke kelas tuisyen subjek tertentu atau mungkin juga tidak menghantar ke mana-mana kelas atas sebab-sebab tertentu...

    IMHO, masa yang diperuntukkan untuk subjek agama perlu ditambah atau sekurang-kurangnya dikekalkan sebab IMHO masih ramai lagi yang kurang ilmu dan penghayatan islam sebenar...sebenarnya ilmu agama selari dengan ilmu duniawi dan tidak sepatutnya dipisahkan...banyak penemuan dan pembuktian dalam al Quran yang disahkan oleh saintis dan pakar dalam bidang masing-masing dan banyak lagi yang perlu diteroka dan diamalkan...

    Ada sedikit cadangan, mungkin Tuan boleh bertanya pada anak Tuan tentang ibadah yang dia lakukan, ambil contoh solat, cuba tanyakan apakah makna setiap bacaan dalam solat, apakah kelebihan dan kebaikan yang tubuh badan dapat dalam setiap gerakan solat dan juga adakah semua gerakan dan kedudukan takbir, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, duduk semasa tahiyyat dan jari semasa tahiyyat mengikut sunnah...maafkan saya, bukan untuk mempertikai atau merendahkan pengetahuan anak Tuan, cuma sekadar semakan untuk mengetahui adakah masa yang diperuntukkan di kelas KAFA dan sekolah kebangsaan cukup untuk menyampaikan ilmu secara betul dan terperinci...pada pemerhatian saya masih ramai anak-anak yang beribadat tapi tidak tahu/faham/mengerti cara yang betul dan kadang-kala salah caranya...

    Singkat kata, pada saya masa pendidikan islam sepatutnya ditambah atau sekurang-kurangnya dikekalkan...sekiranya ibubapa ada lebih peruntukan masa dan wang bolehlah bawa anak ke kelas tambahan berkaitan agama (yang diperakui)...sekiranya orang yang betul memahami dan mengamalkan islam, orang itu akan jadi orang yang cemerlang dalam bidangnya...

    Hadith Nabi Muhammad SAW, orang yang terbaik adalah orang yang mempelajari al Quran dan mengamalkannya...

    Saya gembira bila MRSM dan SBP membuka cabang sekolah ULUL ALBAB yang menambah al Quran dalam silibusnya...semoga anak-anak dan guru-guru di sana ikhlas belajar dan mengajar...semoga anak-anak ini dapat mempelajari, menguasai dan mengamalkan al Quran seperti yang dikehendaki islam...

    Bantulah generasi baru ni kembali mempelajari, menguasai dan mengamalkan islam sebenar...kembalikan semula kegemilangan islam...semoga guru-guru agama turut sama mengamalkan apa yang mereka ajar dan pelajari...orang yang betul mengamalkan islam boleh dilihat pada akhlak dan pekertinya (agamawan macam ni di Malaysia boleh dikira guna jari sebelah tangan sahaja)...Semoga generasi akan datang lebih baik dari generasi sekarang...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !