Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

13 November 2019

Apa sebenarnya makhluk kecil yang anda selalu jumpa kat dalam rumah anda ini?

  Ano Nyme       13 November 2019
Pernah jumpa makhluk kecil seperti dalam gambar kat atas tu dalam rumah anda?

Tentu ramai yang pernah tengok. Pernah jumpa dok bergedik jalan kat lantai atau dinding rumah! Samada rumah kampung mahupun rumah kat bandar mesti anda pernah jumpa makhluk kecil tu kan.

Masa duduk kat kampung, tinggal dalam rumah kayupun, makhluk ini mesti ada. Bila sapu rumah kat atas. Buang sawang lelabah kat dinding rumah, ada juga jumpa makhluk kecil tu.

Makhluk apa ya?

Plaster Bagworms

Makhluk ini dinamakan " Plaster Bagworms "

Adakah ia bahaya untuk manusia?

 .... TIDAK !

Jadi tak perlu takut.

Makhluk kecil ini duduk dalam bekas yang diperbuat dari gabungan seperti serat sutera, bahan cat, tanah dan habuk kecil lain yang ada di rumah anda.

Suasana sekeliling yang lembab sangat disukai oleh makhluk kecil ini.

Jadi kalau dia ada kat rumah anda, tandanya rumah anda itu tinggi kelembapannya.


Cara hilangkan Plaster Bagworms

Macam mana nak hilangkannya?

Paling mudah adalah dengan pastikan rumah anda tak lembab. Bagi kering sentiasa dan hapuskan segala punca yang boleh buatkan rumah anda jadi lembab.

Pasang pendingin hawa boleh bantu keringkan suasana rumah anda. Itupun kalau ada bajet untuk bayar kos letrik yang sudah pasti akan melambung tinggi.

Kalau tak nak pasanh aircond, boleh pasang Humidifier. Alat atau mesin kasi rumah kering di ruang tertentu.

Kalau ada merekah pada dinding, tutup segera. Tutup dengan plaster atau silikon. Lubang atau rekahan ini akan jadi pusat kumpul punca makanan binatang halus ini.

Satu lagi cara untuk hindari makhluk ini adalah dengan hapuskan segala punca makanannya.

Anda tahu tak dia makan apa?

Makanan Plaster Bagworms

Dia makan segala perca kain, rambut, sarang labah atau sawang kat rumah anda tu, bulu haiwan peliharaan kat rumah anda dan lain-lain lagi seumpamanya.

Jadi sila vacum lebih kerap rumah anda tu. Insyaallah dia akan hilang bila anda vacum sekali makhluk tu masuk ke dalam mesin dan buang kat luar.

Kalau jumpa binatang tu, tak perlu risau. Kutip dan buang saja. Tak ada masalahpun.

Kalau rasa geli, vacum saja.

Maklumat lanjut pasal makhluk ini boleh dibaca pada pautan sini. Maklumat awal pasal makhluk ini saya jumpa kat sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa sebenarnya makhluk kecil yang anda selalu jumpa kat dalam rumah anda ini?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !