Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 November 2019

Kos selenggara trak pikap 4x4 Ford Ranger selama 5 tahun paling mahal

  Ano Nyme       26 November 2019

Berapa kos selenggaraan trak pikap 4x4 Ford Ranger?

Adakah kos selenggara Ford Ranger lebih mahal berbanding kos selenggara Hilux?

Kalau anda nak beli trak pikap dan mahu jadikan kos selenggaraan kenderaan tersebut sebagai salah satu kriteria penting untuk tentukan 4x4 mana satu jadi pilihan, maklumat kos selenggara ini tentu menarik minat anda.

Nasib baik ada orang yang sanggup luangkan masa buat perbandingan. Saya ambil maklumat perbandingan dari segi kos di pautan sini.

Perbandingan dilakukan terhadap 3 kenderaan 4x4 berikut:

  1. Ford Ranger 2.0 Bi-Turbo 4x4
  2. Toyota Hilux 2.8 AT 4x4
  3. Mitsubishi Triton 2.4 Adventure X

Kos selenggara pikap trak

Semua maklumat terperinci dah dibuat kalau anda rujuk pada pautan tadi yang saya dah berikan. Ringkasannya adalah Ford Ranger lebih mahal berbanding kesemua trak pikap 4x4 yang lain. Saya ringkaskan kos selenggaraan selama 5 tahun setiap satu kenderaan tersebut kat bawah ni:

  • Ford Ranger - RM7,348
  • Toyota Hilux - RM6,427
  • Mitsubishi Triton - RM5,903
Kos selenggara Ford Ranger lebih tinggi sebanyak RM921 berbanding kos selenggara Toyota Hilux. Dan Toyota Hilux pula lebih mahal sebanyak RM524 berbanding Mitsubishi Triton.

Itu semua kos selama 5 tahun. Atau kos dalam jarak perjalanan 100 ribu km yang telah dilalui. Mana satu sampai dulu bergantung pada cara anda bawak kenderaan tu. Kaki jalan jauh atau hanya main-maian kawasan dekat saja.

Kalau campur kesemua sekali. Kos selenggara dengan kos nak beli setiap sebuah pikap trak tersebut. Ford Ranger masih mahal meninggal kesemua pikap trak lain. Kos nak beli Ford Ranger model yang saya sebut kat atas tu adalah RM144,888

Kos nak beli Hilux pula adalah RM140,088 dan kos beli Triton pula RM137,900

Ford Ranger paling mahal

Apa yang boleh diperkatakan adalah memang Ford Ranger mahal dalam semua perkara. Nak belipun mahal dan nak selenggara pun mahal.

Paling murah dari segi kos adalah Mitsubishi Triton. Nak beli pun murah dan selenggarapun murah jugak. Dan yang paling bagus, Triton perlu diselanggara setiap perjalanan 10 ribu km. Tak kerap sangat nak ulang alik ke pusat servis.

Ford Ranger juga perlu di selanggara dalam jarak 10 ribu km juga.

Cuma Toyota Hilux sahaja yang kena selenggara dalam jarak 5 ribu km. Lebih kerap pergi ulang alik ke pusat servis.

Itulah yang saya alami bila pakai Toyota Hilux. Jenis kerap buat perjalanan juah pulak. Maka memang terasa sangat kerap. Saya terpaksa selenggara setiap bulan. Tak dapat nak tunggu 3 bulan baru pergi ke pusat servis sebab dah due.

Mitsubishi Triton terbaik

Kalau ikut selesa dari segi kos, ternyata Mitsubishi Triton paling rendah dan berbaloi kosnya. Tambah pulak jika anda tak pakai trak pikap tu untuk kerja-kerja yang berat dan lasak sangat.

Sekarang Mitsubishi Triton nampak mengancam dan menarik designnya. Dengan kos macam itu, rasa nya itu pilihan terbaik untuk mereka yang nak beralih arah pergi ke kenderaan pikap 4x4.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kos selenggara trak pikap 4x4 Ford Ranger selama 5 tahun paling mahal

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Bagaimana dgn second hand Navara tahun 2010-2012? Ok ke keretanya?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !