Puasa berselang?
Pernah dengar amalan macam tu? Bagi orang Islam, amalan ini dah jadi perkara biasa. Ianya satu sunah yang digalakkan.
Samada anda, seorang muslim, mengamalkannya atau tidak adalah satu isu lain. Yang pastinya, ramai yang tak amalkannya. Sebab ianya masuk kategori sunat saja. Kalau solat 5 waktu, yang wajib tupun, ramai yang tak buat, apalah lagi amalan sunat.
Satu lagi perkataan yang sangat popular pasal puasa ni. "Intermittent Fasting". Atau short formnya IF.
Ini juga satu perkataan yang popular sekarang. Malah sangat ppuar di kalangan orang barat yang nak jaga kesihatan tubuh badan mereka. Ia dah jadi satu budaya amalan mereka yang mahu jaga kesihatan, jaga bentuk badan dan menjadi fit.
Bagi orang Malaysia yang banyak baca maklumat berbahasa Inggeris bersumberkan barat, IF ni dah jadi perkataan keramat. Ramai, terutamanya yang bila masuk umur lepas 40-an dah ada potensi kena kencing manis, dah mula amalkan IF.
Apa itu puasa berselang
Namanya dah dapat berikan gambaran tentang apa itu IF atau puasa berselang tu. Ertinya selang seli antara boleh makan dan tak makan dalam tempoh masa tertentu. Nak makan apa? ikut suka. Tapi yang ditekankan, waktu boleh makan dengan tak boleh makan. Itu saja.Banyak kajian yang buktikan kehebatan amalan puasa berselang ni. Ia berikan kesan hebat pada tubuh badan. Juga kesan hebat pada otak. Paling menarik, ia mampu panjangkan jangka hayat pengamalnya.
Kalau nak bahan bacaan pasal kajian kebaikannya, boleh pergi kat pautan bawah ni:
Pautan 1 - Kajian berkaitan faedah untuk kesihatan.
Pautan 2 - Kajian berkaitan keupayaan panjang umur.
Sejarah manusia yang dah biasa puasa
Manusia zaman dahulu kala memang dah biasa sangat dengan amalan puasa atau tak makan ini. Masa zaman dulu kala mana ada peti ais nak simpan makanan. Mana ada mini market jual macam-macam makanan segera buka 24 jam sehari.Zaman dahulu kala juga masih tak wujud amalan pertanian secara berskala besar. Buat atau proses makanan yang lebih dari cukup untuk satu tahaun atau lebih. Zaman tu, manusia hidup nomad berkelompok.
Bila perlu mereka keluar secara berkumpulan untuk cari makanan. Apa yang dihasilkan dari usaha keluar cari makan itu akan dibawa balik cukup untuk satu tempoh yang sementara sahaja.
Semua cara kehidupan dulu membuatkan manusia tahan lapar tak makan jadi satu perkara biasa. Malah macam itulah gaya hidup mereka. Itu lah yang sepatutnya cara hidup sebagai seorang manusia dan kejadian tubuh badan manusia berevolosi ke arah boleh tahan tak makan.
Bila masuk zaman manusia maju. Makanan diusahakan secara besar-besaran. Sehingga akhirnya, ke zaman kita sekarang, 24 jam ada makanan tersedia untuk digunakan. Buat orang senang yang mampu lah, bukan untuk orang susah.
Akhirnya, di negara membangun dan negara maju, masalah kesihatan, orang mati awal bukan sebab tak ada makanan. Tapi lebih banyak disebabkan terlebih makan. Jumlah orang mati kebuluran atas muka bumi ini amat sedikit berbanding jumlah orang mati lebih makan.
Jadi, dari segi sejarah, puasa sepatutnya amalan yang sesuai untuk manusia.
Sebab itu dalam kebanyakan agama kat muka bumi ini, amalan puasa adalah satu saranan yang digalakkan manusia untuk amalkan. Agama Islam, agama Buddha, Agama Yahudi, Agama Kristian, Agama Hindu dan lain-lain lagi.
3 cara puasa berselang yang terkenal
Secara umumnya, ada 3 cara yang biasanya diamalkan oleh mereka yang nak buat puasa berselang ini. Cara tersebut adalah;- Puasa 16/8 - Ini teknik skip dari makan selama 16 jam. Tempoh masa yang dibolehkan makan hanya dalam 8 jam saja. Contohnya, anda elak sarapan pagi. Bermula pukul satu petang baru boleh makan. Dan anda akan berhenti makan pada pukul 9 malam. Bukannya dalam tempoh 8 jam itu makan tanpa henti ya!. Makan macam biasa, hanya bila lapar.
- Puasa satu atau dua hari seminggu - Ini cara orang Islam amalkan. Puasa Isnin dan Khamis umpamanya. Anda makan malam, tidur dan bangun esok, terus tak makan satu hari sampai malam pulak baru makan. Orang barat kira tempoh itu sebagai 24 jam tak makan.
- Puasa 5/2 kurang kalori - Ini mungkin cara agama Buddha atau Hindu. Boleh makan ketika puasa, tapi dihadkan hanya sebanyak 500 ke 600 kalori saja bila ada puasa. Anda amalkan puasa ini 2 kali seminggu. 5 hari lagi makan macam biasa.
Cara yang ke-3 pun mudah juga. Cuma susah sebab nak kena kira jumlah kalori jangan lebih dari 500 ke 600 kalau hari berpuasa. Biasanya sekeping roti canai saja dah ada lebih kurang 360 kalori. Tambah jadi roti telur jadi 414 kalori.
Pekena roti canai kat kedai mamak tak sah kalau tak order sekali teh tarik. Dari carian maklumat, saya jumpa jumlah kalori teh tarik gelas besar kat kedai mamak boleh cecah 237 kalori.
Gabungan teh tarik dan sekeping roti canai saja dah habiskan kuota 500 ke 600 kalori anda kalau amalkan cara ke-3.
Kebaikan puasa berselang yang terbukti
Ada banyak juga artikel pasal kelebihan puasa yang saya ada kongsikan dalam blog ini. Dalam blog lain juga dah terlalu banyak. Jadi saya kongsikan secara ringkas saja sebagai ulang kaji.Moga dengan ulang kaji ni, berikan motivasi untuk anda amalkan tanpa tunggu lama. Buat terus. Macam nama blog ni, Jas du it !
Kelebihan puasa berselang:
- Kurangkan berat badan - Ini terbukti berkesan. Rujuk kajian kat sini. Mudah turunkan berat badan tanpa ambil kisah sangat diet yang anda amalkan.
- Masalah rintangan insulin - in masalah yang ada pada orang kena kencing manis. Puasa dapat atasi masalah ini. Kalau nak elak kencing manis, segera amalkan. Rujuk pautan ini
- Elak keradangan - Ini juga manfaat dari puasa berselang. Rujuk kat sini. Rujuk maklumat kat sini juga kat sini
- Elak masalah jantung - Puasa boleh kurangkan kolestral tak baik, LDL. Juga kesan lain yang membantu elak masalah jantung. Rujuk pautan ini. Juga maklumat dari sini dan juga kat sini.
- Elak barah - Ini juga sangat menarik. Ramai sangat orang kena masalah kanser atau barah ni. Puasalah, moga anda terpelihara. Rujuk kat sini. Kat sini.
- Sihatkan otak - Nak elak nyanyuk, boleh cuba amalkan puasa segera. Sel baru kat otak terbentuk dengan pantas dan mudah bila puasa. Rujuk maklumat ini. Juga kat sini.
- Panjang umur - Kajian dibuat pada tikus yang dipaksa berpuasa menunjukkan jangka hayatnya bertamah dari 36% ke 83%. Panjang tu !. Sila rujuk kat sini. Juga rujuk kat sini.
Kalau masih tak mahu amalkannya, saya tak tahulah nak cerita macam mana lagi.
Ambil perhatian untuk perempuan
Tapi untuk orang perempuan ada sedikit perbezaan ya. Bukan semua kebaikan yang diberikan kat atas itu sama kesannya pada kaum hawa.Baca beza kesan puasa pada lelaki dan perempuan kat sini. Bagus untuk lelaki tapi ada masalah sikit buat perempuan di mana kawalan tahap gula untuk perempuan puasa tak berapa baik kalau puasa.
Masalah untuk perempuan berkemungkinan jadi tak berapa subur juga ada. Baca kajian kat sini. Baca juga kat sini.
Kalau orang perempuan yang sedang usaha nak dapatkan anak, tahan dulu kalau nak amalkan puasa berselang ni. Lebih elok rujuk doktor pakar terlebih dahulu.
Puasa selang sehari dinamakan Puasa Daud...Puasa sunat tahap tertinggi...Ibadah dalam islam memang terbukti hikmah/kebaikannya...antara bukti yang Allah tunjukkan bagi yang mempelajari dan mengkajinya...
ReplyDeleteSemua ibadah dalam islam akan menjadi bukti bahawa Allah yang mencipta manusia...Sebagai pencipta, Allah lebih mengetahui cara dan peranan setiap benda/anggota/makhluk ciptaannya...kajilah, apa jua jenis ibadah dan setiap gerakan dalam ibadah, semuanya kan menjurus kepada kebaikan...itulah keindahan islam, satu-satunya agama dariNYA...
Dan perlu diingat, agar setiap amalan diterima (untuk dapat pahala/bekalan akhirat), perlulah dikerjakan ikhlas kepadaNYA...kalau tidak ikhlas, mungkin hanya akan dapat kebaikan dunia sahaja (kesihatan/kekayaan/kejayaan)...
Wallahu a'lam...