Masalah dalam hidup perkara biasa.
Kebanyakan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan seharian, biasanya diselesaikan secara spontan saja.
Spontan, sebab dah ada banyak pengalaman. Dah biasa alami situasi yang sama lebih dari sekali.
Jadi dah boleh jangka setiap pergerakan.
Kalau jadi A, buat B. Kalau tak boleh buat B, buat C dan begitulah seterusnya. Semua berlaku tanpa perlukan sebarang idea kreatif untuk selesaikan masalah macam tu.
Tapi, bagaimana jika berlaku masalah baru?
Masalah yang luar biasa sebab tak pernah lagi anda hadapi macam itu sebelum ini.
Nak buat macam mana?
Minta bantuan kawan selesaikan masalah
Ideanya kat sini adalah pengalaman. Masalah diselesaikan dengan mudah bila dah pernah ada pengalaman.
Kalau anda sendiri tak ada pengalaman. Carilah kawan atau kenalan yang ada pengalaman. Itulah antara tujuan penting kekalkan perhubungan sesama kawan. Boleh kongsi pengalaman masing-masing.
Kalau kawan tak ada. Anda boleh cuba cari dalam buku. Atau dalam dunia internet sekarang, Google saja. Boleh dikatakan apa saja yang anda nak tahu akan dapat jawapan bila anda google.
Perlu idea kreatif selesaikan masalah
Kalau semuanya dah buat. Cari kawan, baca buku dan google. Tapi masih tak puas hati. Masalah anda masih tetap dirasakan unik.
Atau mungkin anda jumpa panduan dari orang lain. Tapi tak suka cara tersebut. Masih nak selesaikan dengan cara tersendiri.
Maka anda perlukan satu idea kreatif. Kena gunakan keupayaan diri sendiri untuk merangka jalan keluar secara kreatif.
Untuk menjana idea yang kreatif, anda perlu tahu satu rahsia.
Idea kreatif ni macam makhluk yang sangat jual mahal. Lagi anda perah otak cuba keluarkannya, lagi dia masuk menyorok ke dalam tak mahu keluar.
Satu saja cara untuk biarkan idea kreatif itu keluar sendiri.
Jangan paksa dia keluar. Jangan cuba nak mengorat dia. Anda sendiri buat jual mahal.
Maksudnya anda perlu berada dalam keadaan relaks dan bersahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
20 aktiviti relaks jana idea kreatif
Ada banyak cara untuk anda relaks.
Saya kongsikan kat sini 20 cara yang boleh dicuba setiap kali anda perlukan idea kreatif untuk selesaikan masalah.
#1. Keluar jalan kaki lihat alam semula jadi
Tinggalkan saja semua urusan. Pakai kasut dan keluar dari rumah atau pejabat. Pergi cari tempat yang damai.
Anda boleh pergi jalan tepi sungai. Atau tepi pantai. Atau sekeliling tasik. Boleh juga masuk hutan atau taman yang penuh pokok besar. Ikut denai yang redup dan jalan tenangkan fikiran.
Ikut tempat mana yang berdekatan dengan anda.
#2. Buat senaman berat
Ini pun boleh jana idea kreatif juga. Pergi gym kalau anda ada subscribe mana-mana pusat senaman berbayar.
Kalau tak ada, pakai kasut jogging dan pergi lari 5 atau 6 kilometer.
#3. Tulis apa saja yang lintas dalam kepala
Kalau malas nak keluar, boleh cuba cara ini. Tulislah apa saja yang terlintas dalam kepala anda tu. Apa-apa saja. Tulis dan tulis.
#4. Guna pen dan kertas
Tutup komputer. Tutup smart phone.
Ambil pen dan kertas dan buat karangan. Pilih apa saja tajuk yang anda suka. Yang dapat berikan rasa tenang dan damai.
Mula tulis sampai habis karangan tu.
#5. Libatkan diri dengan kerja
Katakan anda ada masalah sales sangat perlahan masuk. Anda perlukan idea kreatif untuk jana cara bat sales yang baru. Tak perlu fikirkan apa-apa idea. Pergi buat sendiri dari A sampai Z aktiviti sales.
Atau anda nak cuba buat pembaharuan terhadap produk anda yang bermasalah. Pergi ambil produk tu dan gunakan.
#6. Bantu selesaikan masalah orang
Bayangkan kawan baik anda, Ahmad datang. Anda kenal Ahmad dengan baik dah lama.
Dia tanya masalah yang sama pada anda.
Dalam keadaan membayangkan Ahmad ada di depan, cuba fikirkan apa agaknya yang anda akan berikan nasihat padanya.
#7. Buat senaman pernafasan
Tahukah anda cara bernafas yang betul?
Tahu tak macam mana bayi bernafas?
Kalau tak tahu pergi cara maklumat. Bila dah tahu, cuba amalkan. Buat 10 ke 20 minit teknik pernafasan cara bayi tu.
#8. Belek buku seni
Pergi buka mana-mana buku pasal seni. Tak kisah seni lukisan, seni mewarna atau apa saja. Biasanya buku seni kualitinya sangat baik. Kertas tebal dan warna serta susunannya juga sangat berseni.
Buka dan layan buku seni tu.
#9. Baca sajak
Kalau ada koleksi buku sajak, anda boleh gunakannya bila nak relaks dan jana idea kreatif.
Buka dan baca sajak yang ada satu persatu dan cuba menghayatinya.
#10. Baca kata-kata hikmat bijak pandai
Ada banyak kalau anda buat carian kat google. Cuba cari kata-kata hikmat Stoic umpamanya. Atau cari petikan kata-kata ulamak terkenal. Baca dan fikirkan serta hayatinya.
#11. Baca kisah hidup orang
Kalau ada buku memoir seseorang, buka dan baca.
Kalau tak ada buku, buka blog atau google kisah hidup sesiapa saja yang anda rasakan menarik.
#12. Buat skrip cerita
Katakan anda nak hantar skrip drama ke TV3.
Jadikan masalah anda sebagai tajuk utamanya dan tulis skrip antara dua pelakon yang akan melakonkan cerita tersebut. Berkisar tentang masalah yang sedang anda hadapi itu.
#13. Renung luar tingkap
Pergi cari tingkap yang anda boleh mendagu kat situ. Buka tingkap tu. Pandang ke luar dan tak payah nak fikir apa-apa.Cuma renung ke ruang luar di luar tu dalam keadaan kosong.
#14. Jumpa kawan
Pergi keluar dan jumpa kawan. Jangan ramai-ramai. Jumpa seorang saja. Ajak dia mengeteh. Masa melepak tu tanya dia kalau dia ada masalah sekian dan sekian, apa yang dia fikirkan.
Bukan macam mana dia selesaikan. Cuma tanya apa yang dia fikirkan atau tafsirkan. itu saja.
#15. Bayangkan masalah itu tiada
Cuba bayangkan kalau masalah itu tak wujud. Apa agaknya masalah lain yang boleh berlaku selain dari masalah tersebut.
#16. Baca buku bagaimana orang selesaikan masalah
Baca buku atau blog berkenaan masalah yang orang hadapi. Apa saja masalah dan baca bagaimana dia selesaikan masalah tu.
#17. Baca novel kreatif
Pergi MPH bahagian novel kreatif tulisan penulis terkenal. Duduk bersila dan buka baca satu buku sampai habis.
#18. Duduk tempat sunyi
Pergi cari taman yang tak ada orang dan jauh dari jalan raya. Cari satu kerusi dan duduk dengan tenang.
Pejam mata dan dengar bunyi apa yang anda bleh dengar satu persatu.
#19. Keluar dari pejabat
Kalau anda duduk kat pejabat, pergi keluar. Bawa semua kerja anda dan buat kat luar di tempat lain.
#20. Pergi dapur masak
Pergi balik rumah, ke dapur. Cari buku resepi, pilih masakan yang anda tengok terliur nak makan. Buat masakan tu sampai siap dan makan.
Boleh cuba idea sendiri
Saya dah buat 20 aktivi yang sempat terfikir.
Anda tentu punya idea menarik tersendiri yang tak ada dalam senarai atas tu. Bolehlah kongsikan kat bawah ni kat kawan-kawan lain yang nak cuba.
Yang pentingnya aktiviti relaks dan anda tak pernah buat sebelum ini. Bayangkan saja. tentu seronok dan mampu cetuskan kreativiti dalam saraf minda.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !