Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 December 2019

8 petua mudah lembutkan ayam pencen yang anda masak - Boleh cuba selalu

  Ano Nyme       04 December 2019

Pernah beli ayam pencen kat pasar malam atau kat pasar basah?

Berkemungkinan besar, paling lekeh, anda akan beli ayam 3 atau 4 kali dalam seminggu. Adalah sesuatu yang ajaib sekarang jika dalam tempoh seminggu, anda tak masak atau tak makan ayam.

Orang sekarang boleh dikatakan hari-hari makan ayam.

Jika dalam tempoh 4 ratus atau 5 ratus lagi, berlaku malapetaka dan manusia terhapus habis. Tinggal beberapa kerat saja manusia dan kehidupan dibina semula. Makanan mungkin akan berubah pula. Manusia mula membiak semula dan kajian terhadap sejarah manusia akan bermula balik.

Masa itu, bila manusia korek bumi untuk lihat kesan-kesan tinggalan manusia zaman sekarang, tentu mereka akan rasa kehairanan.

Hairan sebab bumi yang mereka korek, atau lebih tepat lagi, fosil yang ada dalam kerak bumi itu dipenuhi dengan tulang ayam yang tersangata banyak.

Manusia moden makan ayam banyak

Pasti orang masa depan akan buat rumusan yang manusia zaman sekarang tak makan benda lain selain dari ayam.

Dari carian yang saya buat, manusia sekarang makan sebanyak 65 billion ekor ayam dalam tempoh setahun.

Tudia!

Punyalah banyak kita makan ayam. Tiap-tiap tahun 65 billion tulang ayam berserakan penuh masuk ke dalam muka bumi.

Bila agaknya manusia mula bela ayam?

Maklumat juga menunjukkan dalam setiap masa, ada sebanyak 25 billion ekor ayam dibela untuk tujuan dijadikan makanan manusia moden ini.

Bila agaknya manusia mula pandai bela ayam untuk tujuan dijadikan makanan?

Sebelum itu, kalau nak makan ayam atau jenis daging yang sama macam ayam, perlu masuk hutan untuk memburu. Mungkin ada salah seorang manusia zaman dulu yang kreatif mula nampak idea untuk tangkap ayam hidup dalam hutan dan bela saja supaya lebih mudah.

Dari kajian juga menunjukkan yang manusia mula bela ayam sejak 8 ribu tahun dahulu. Taklah lama sangat.

Tapi perkembangan ilmu manusia yang sentiasa fikirkan jalan untuk memudahkan kehidupan mula perbaiki teknik bela ayam sehinggalah jadi macam mana yang kita lihat sekarang.

Saiz ayam yang ada sekarang secara puratanya adalah 5 kali ganda dari saiz ayam sebenar kat dalam hutan dulu. Daging ayam bela sekarang juga lebih banyak berbanding ayam original dahulu.

Paling ketara, kita bela ayam dari telur menetas kemudian jadi ayam dan membesar dalam tempoh lebih kurang 9 minggu saja.

Punyalah pantas!

Ayam yang kita bela kemudian makan tu tak sempatpun nak kuatkan tulang mereka. Malah tulang ayam tu tentu penuh dengan bahan kimia.

Bila orang masa depan selidik fossil nanti, mereka tentu terkejut kenapa tulang binatang yang berterabur banyak atau muka bumi tu penuh dengan bahan kimia?

Dan itulah hasilnya. Ayam banyak daging, bila makan rasa macam kunyah tepung. Lansung tak sedap.

Untuk hilangkan rasa muak ayam tu, kita reka pula berbagai jenis tepung rangup. Jadilah seumpama KFC yang rasa kulit dan tepung ayamnya lebih sedap dari rasa isi daging ayam itu sendiri!.

Beli ayam untuk masak rendang

Antara masakan yang saya suka bila beli ayam ni adalah masak rendang.

Biasanya, orang masak rendang ayam ni untuk dimakan dengan nasi lemak. Boleh juga buat rendang ayam untuk dimakan dengan ketupat.

Macam saya kata kat atas tadi, ayam daging yang kita beli kat pasar malam atau dipasar lain memang memuakkan. Kalau guna ayam daging biasa tu untuk masak rendang, memang tak berapa sedap.

Perlu gunakan ayam kampung yang pejal dagingnya. Barulah sedap. Kalau guna ayam hutan, perghh! lagi sedap.

Tapi itulah!

Ayam kampung, tambahlah lagi ayam hutan, bukanlah murah harganya.

Susah juga nak jumpa melainkan anda tinggal kat kampung. Itupun, dah tak ramai orang yang bela ayam kampung walaupun dia duduk kat kampung.

Jadi pilihan lain yang lebih mudah untuk masak rendang ayam adalah dengan guna ayam pencen.

Ayam pencen ni biasanya aya tua yang dibela untuk hasilkan telur ayam. Bila dibela dalam tempoh asa yang agak lama berbanding ayaj daging, maka cukuplah tempoh masa untuki ayam itu kuatkan tulang.

Lebih penting, mereka punya banyak masa untuk gunakan otot dengan lebih banyak. Maka jadilah dagingnya lebih pejal berbanding ayam daging.

Tapi pejal sangat sampai orang yang tak ada gigi penuh susah nak kunyah.

8 petua lembutkan daging ayam pencen

Jika anda suka beli ayam pencen, dan mahu petua untuk lembutkan dagingnya yang pejal sangat tu, boleh cuba 8 petua kat bawah ni.

  1. Tebu - Masa masak, masukkan sekali serua tebu ke dalam masakan anda.
  2. Biji selasih - Boleh juga gunakan biji selasih yang dimasukkan ke dalam bunjut. Ambil biji selasih satu sudu besar buat bunjut dan masukkan sekali ke dalam masakan.
  3. Daun Pisang Abu - Ambil daun Pisang Abu, carikkan dan lempar masuk ke dalam masakan.
  4. Rebus dengan air kelapa - Masukkan potongan ayam ke dalam air kelapa dan rebus sampai empuk. Lepas tu buang air dan bolehlah masak ayam tu.
  5. Daun nenas - Ambil sehelai dua bahagian bawah daun nenas sedikit. Potong dua atau 3 keping dan campakkan ke dalam masakan.
  6. Buah nenas - Ambil sepotong buah nenas. Kisar buah nenas itu dan perapkan bersama potongan ayam. Biar dalam tempoh 15 minit. Lepas itu boleh bersihkan dan dimasak macam biasa.
  7. Tempurung kelapa - Pecahkan tempurung kelapa beberapa keping. Masukkan sekali dalam rebusan ayam pencen tu.
  8. Beras pulut - Basuh sejemput beras pulut. Masukkan bersama dengan rebusan ayam.
Mungkin ada petua kat atas tu yang anda dah pernah cuba. Boleh kongsikan keberkesanannya pada ruang komen jika sudi.

Bagi petua yang anda belum pernah cuba, bolehlah cuba nanti.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 8 petua mudah lembutkan ayam pencen yang anda masak - Boleh cuba selalu

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Masak guna pressure cooker, insyaAllah 1/2 ke 1 jam dah lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! memang itu cara paling mudah tak payah nak tambah apa-apa lagi. Kalau ada bajet lebih boleh beli pressure cooker insyaallah lembut sampai ke urat !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !