Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 February 2020

Bagaimana E Kill Bedbugs pastikan pepijat tak ada lagi kat katil dan tilam di bilik tidur anda

  Ano Nyme       16 February 2020

Masalah pepijat ni mula naik balik jadi masalah dunia sejak tahun 2004. Sebelum tu tak berapa nak teruk sangat serangan pepijat ni.

Di Amerika, masalah pepijat dah berjaya dihapurkan terus hampir pupus sejak tahun 1940 lagi. Kemudian, bermula tahun 1980 sehingga ke tahun 2014, masalah ni ada balik. Tapi tak berapa nak ketara sangat.

Masuk saja tahun 2014, serangan pepijat semakin menjadi-jadi la pulak.

Ada dua punca utama pepijat ni mengila balik hampir di seluruh dunia:

  • Perpindahan manusia dari satu negara ke satu negara lain yang sangat tinggi. Ramai penduduk dari negara yang kurang maju mula merantau ke negara lain yang lebih maju untuk cari makan. Ini membantu sebaran pepijat ke seluruh dunia dari satu negara ke satu negara lain dengan pantas.
  • Pepijat dah berjaya jadi tahan lasak dengan bahan kimia racun serangga. Serangga ni bila dah selalu sangat kena racun serangga yang sama berkali-kali, lama kelamaan akan mula membina daya kekebalan semula jadi untuk menahan dari bahan racun tersebut. Lama-lama kena semburpun dah tak jadi apa-apa.

Banyak kes serangan pepijat di Lembah Kelang

Ini antara aduan dari orang ramai yang minta bantuan selesaikan masalah pepijat di rumah mereka ..

Rungutan 1

"Saya dah buat macam-macam untuk bunuh pepijat kat rumah. Tapi sampai sekarang masalah masih belum selesai !!!"

Rungutan 2

"Masih tetap ada lagi serangga jahat suka hisap darah ni. Kami satu rumah terpaksa tidur kat ruang tamu di rumah sekarang ni !!!" 

Rungutan 3

"Rasa FOBIA dengan gigitan pepijat. Habis kulit naik macam ruam kesan garu sebab rasa gatal setiap kali bangun dari tidur setiap pagi"

Anda mungkin salah seorang mangsa pepijat

Saya yakin, kalau anda juga sedang hadapi masalah pepijat kat rumah, keadaan yang sama akan berlaku.

Beli racun serangga, beli bahan semburan bunuh pepijat dan sebagainya. Sembur habis satu tilam dan katil. Masalah reda sebentar.

Tapi tak lama selepas itu, dah kena gigit semula.

Dah berbinar semula kulit lengan, kulit pinggang, kulit peha, kulit kaki, kulit leher dan merata tempat lagi.

Awat! pepijat ni jenis makhluk yang kebal ke? tak boleh mati kena racun serangga? mungkin itu rungutan anda sekarang.

Pepijat kebal racun serangga

Untuk makluman anda, seperti mana yang saya tulis di awal tadi, ada berbagai sebab kenapa usaha anda untuk bunuh dan hapuskan pepijat tak berapa berkesan dalam jangka masa panjang.

Banyak kajian dilakukan terhadap keberkesanan beberapa racun serangga yang biasa digunakan untuk bunuh pepijat di dapati sudah kurang berkesan.

Saintis mendapati yang pepijat dan mula menjadi kebal terhadap racun-racun tertentu yang biasa digunakan selama ini.

Itu antara sebab kenapa masalah pepijat mula muncul kembali dengan banyak di seluruh dunia sekarang.

Pepijat pandai menyorok

Kalaupun anda gunakan racun jenis yang berkesan untuk bunuh pepijat, belum tentu lagi semua pepijat akan mati terkena racun tersebut.

Pepijat ni memang handal menyorok di tempat yang sangat sempit.

Itu dibantu oleh tubuh badan pepijat yang sangat kecil dan leper. Ruang sempit ada terlalu banyak di katil dan bilik tidur atau rumah anda.

Jika anda sangat prihatin sembur di keseluruhan tempat itupun, racun tak akan berjaya masuk meresap sampai ke dalam celahan sempit dan dalam.

Jadi pasti ada pepijat yang akan dapat melepaskan diri dari terbunuh dengan serangan semburan racun serangga anda itu.

Racun tak bunuh telur pepijat

Jika anda bernasib baik, mampu kenakan racun pada kesemua pepijat anak dan dewasa yang ada di celahan katil dan tilam. Semuanya habis mati bergelimpangan .. Masih ada lagi satu masalah !!!

Telur pepijat yang belum menetas masih ada lagi kat kawasan menyorok tu.

Masih ada banyak lagi tentera pepijat yang bakal menetas bila-bila masa saja.

Selepas masalah pepijat reda 3 atau 4 hari, tiba-tiba anda mula rasa kena gigit semula setiap kali bangun dari tidur di pagi hari.

Itulah sebabnya, ramai yang merungut setelah usaha menghapuskan pepijat mereka gagal.

Memang bukan mudah nak hapuskan pepijat kalau tak kena caranya.

E Kill Bedbugs ada solusi terbaik

Bagaimana E Kill Bedbugs pastikan masalah pepijat anda tak akan berlaku lagi?

Sebab utamanya, kami gunakan pendekatan yang sangat berkesan. Pendekatan rawatan HABA dari wap panas yang terus bunuh pepijat.

Walaupun pepijat menyorok di celahan katil atau celahan tilam, wap panas itu pasti akan sampai juga untuk hapuskan mereka.

Bukan sahaja pepijat dewasa atau anaknya mati bergelimpangan.

Telur yang ada melekat kat mana saja kawasan pembiakannya juga akan mati dek haba panas itu.

Semuanya akan habis mati. Tak ada chance untuk hisap darah anda lagi selepas ini. Melainkan jika anda travel, tinggal di hotel yang memang dah ada pepijat. Kemudian anda bawa balik pula ke rumah 2 atau 3 ekor pepijat yang melompat naik ke dalam beg kembara anda itu.

Itu geng pepijat baru yang lain.

Jika anda ambil langkah yang berhati-hati supaya tak bawa balik pepijat baru masuk ke rumah, masalah tak akan ada lagi.

Hasil dari Rawatan Haba yang E Kill Bedbugs gunakan untuk bunuh pepijat di rumah anda pasti berkesan.

E Kill Bedbugs pastikan habis semua pepijat kat rumah anda itu mati kena bunuh!!!

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal rawatan haba dan khidmat hapuskan pepijat dari E Kill Bedbugs, boleh whatsapp terus dengan klik pada pautan kat bawah ini:

Link: https://ekillbedbugs.wasap.my

Cuba lah !!! Pasti berbaloi !
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bagaimana E Kill Bedbugs pastikan pepijat tak ada lagi kat katil dan tilam di bilik tidur anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !