Masalah tulang tangan kedua-dua belah dah berlarutan lebih sebulan. Kalau rasa nak garu di bahu kiri belah belakang, tangan kanan tak boleh nak pergi garu. Bila nak silang tangan tu rasa sakit perit pada otot.
Boleh juga garu tapi kena paksa dan tahan sakit.
Begitu juga kalau nak garu bahu belakang badan sebelah kanan. Tangan kanan juga ada masalah nak silangkan lalu depan leher untuk pergi gari ke belakang bahu kiri tu. Sakit yang sama terasa di bahagian lengan.
Mulanya rasa macam ada masalah dengan otot saja. Jadi biarkan saja macam tu. Setiap malam sebelum nak tidur sapu dengan krim panas.
Tapi dah lebih sebulan sakit tu nampak macam tak reda lansung.
Betulkan tulang dengan Mr Ong di Alor Setar
Ada sekali tu, kawan ada balik ke Alor Setar ke kampungnya. Bila dia balik semula ke Shah Alam, terus dia kongsikan pengalamannya jumpa dengan seorang uncle berbangsa Cina di Alor Setar.
Dia ada masalah sakit tulang belakang. nak duduk bertinggung pun tak boleh. Nak rukuk masa solat juga tak boleh. kalau paksa rukuk juga boleh tersembam ke depan.
Bila ada di Alor Setar, kawannya di sana pergi bawa da jumpa dengan Mr Ong. Seorang tua yang pandai dalam bab betulkan segala jenis masalah tulang pada anggota badan.
Selepas jumpa Mr Ong. dia betulkan kesemua tulang belakang kawan saya itu.
Selepas dibetulkan, masa itu juga dia dah boleh rukuk. Terus selesai semua masalah macam dah tak ada apa-apa yang berlaku.
Bila dengar cerita dari kawan tu, saya terus simpan dendam nak pergi dapatkan khidmat Mr Ong bila ke Alor Setar nanti. Manaah tahu kalau ada masalah kat tulang bahu dan kedua-dua tangan saya tu. Jika ada rezki, di izinkan Tuhan, dapatlah lega semula tangan saya mudah nak garu di belakang.
Singgah Alor Setar nak ke Langkawi
Kebetulan saya nak kena ke Langkawi baru-baru ini. Perlu ada di Langkawi pada hari ahad. Jadi saya bertolak pergi ke Alor Setar terlebih dahulu. Bermalam di hotel dekat dengan Mergong.
Ada kawan kat Alor Setar tu yang tahu kat mana pusat rawatan Mr Ong tu berada. Saya minta bantuan dia untuk tunjukkan bila sampai Alor Setar nanti.
Dia kata biasanya ramai orang pergi dapatkan khidmat betulkan macam-macam masalah tulang. Jadi lepas magrib, kawan saya tu pergi dahulu beratur sementara saya nak sampai. Dia beratur untuk ambil nombor dahulu supaya tak perlu saya tunggu lama-lama nanti.
Nasib saya baik hari tu, mungkin sebab bahang Raya Cina masih ada jadi orang tak berapa ramai sangat malam tu. Bila saya sampai uncle tanya apa masalah saya. Bagi tau kat dia ada masalah bahu sakit.
Dia suruh saya masuk bilik. Dia suruh anak dia sahaja yang betulkan.
Anak dia check kedua-dua tulang pada bahu saya. Memang ada lari katanya. Dah terkesan menjalar sampai ke tulang leher. Sebab itu otot sakit bila saya nak cuba capai ke bahagian belakang.
Sekejap saja dia betulkan. Tekan sana, tekan sini setelah sapu krim panas, dia betulkan kedua-dua bahagian bahu tu.
Selepas di betulkan, yang sebelum ni tak bleh nak silang tangan dengan mudah, dah terus boleh buat. Sakit otot tu masih terasa. Dia kata sebab dah lama sangat, otot tentu cedera sikit sebab sentiasa di paksa.
Anak uncle tu pun pandai juga !
Dia juga ajar saya senaman tangan gunakan dnding rumah untuk betulkan bahagian tuang dan sendi bahu tu kalau jadi lagi. Bagus sungguh dia!
Khidmat betulkan tulang malam sahaja
Kalau anda nak cuba, boleh pergi ke situ. Ramai orang selalu ke sana setiap kali ada masalah tulang. Berbagai bangsa ada. Melayu, Cina dan India semuanya pergi dan balik terus lega.
Patah ke, tergeliat ke, lenguh ke, rasa pening urat belakang kepala ke, pergi dan cuba saja kesan rawatannya selepas itu. Sangat berbaloi.
Tapi anda perlu pergi sebelah malam selepas magrib. Dia buka rawatan hanya waktu malam. Kalau tengok pada jadual di signboard tu dia mula rawatan hanya pukul 8.30 malam.
Bila pergi terus ambil nombor yang tersangkut pada satu tiang besi sebelah pintu rumah uncle tu. Tunggu giliran anda di panggil untuk dapatkan rawatan.
Kos khidmat betulkan tulang
Ini yang paling saya kagum.
Uncle tu hanya kenakan bayaran sebanyak RM20 sahaja untuk apa saja masalah tulang. Tak lebih dan tak kurang. Bahu kiri saja atau bahu kiri dan kanan. Atau selepas bahu ada lagi masalah buku lalu dan sebagainya, dia kenakan bayaran RM20 jugak.
Kalau ada budak-budak nampak macam tak berapa berada, uncle kata tak perlu bayar. Selepas dibetulkan boleh balik saja terus.
Lokasi nya boleh klik pada pautan kat sini. Atau cuba buat carian google dengan nama Physiotherapist (MSCT).
Moga bermanfaat ...
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !