Hari ni Rabu, 18/3/2020 bermulanya penguatkuasaan arahan kawalan pergerakan di seluruh negara kita Malaysia.
Sejak Perdana Menteri yang mewakili kerajaan terjun masuk ikut bumbung umumkan tentang arahan kawal pergerakan ni, berlaku sedikit kacau bilau. Ada beberapa kes arahan kawal pergerakan untuk elakkan perhimpunan ramai jadi terbalik.
Sehari sebelum arahan dikuat kuasakan, orang berhimpun lebih ramai di pasaraya, pakat pulun beli simpanan bahan makan. Pelajar ramai yang serbu ke TBS cari tiket nak balik kampung. Kemudian serbu Balai Polis pula.
Lebuhraya juga jadi sesak. Ramai yang ambil kesempatan tak boleh kerja degan balik kampung. Banyak aktiviti perniagaan mendapat arahan tutup. Majikan dan pekerja keliru. Cuti bergaji atau tidak bergaji.
Makcik Pakcik yang biasanya berniaga di pasar malam juga pening. Sumber aktivit menjana pendapatan mereka terpaksa dihentikan. Siapa nak tanggung sara hidup dalam tempoh tersebut. Banyak persoalan timbul.
Ini satu pengalaman baru. Samada buat rakyat mahupun kerajaan terjun bumbung. Semuanya tengah belajar dari segala kesilapan untuk baiki tahap pengurusan di masa depan supaya lebih baik dan mantap.
Dari awal munculnya musibah Covid-19 lagi, banyak pakar tiba-tiba muncul. Banyak juga berita palsu beredar dalam media sosial. Jika amalan untuk percaya hanya maklumat dari sumber yang sahih saja tak diamalkan, alamat jadi kacau bilau habis semua orang.
Untuk maklumat semua, berikut adalah perkongsian dari WHO berkenaan Covid-19 yang anda perlu tahu. Boleh rujuk maklumat asalnya dari pautan sini.
1. Covid-19 boleh merebak di cuaca panas dan lembab
Ada juga terbaca orang kongsi kononnya Covid-19 ni tak akan berkesan kalau duduk kawasan cuaca panas dan lembab macam kat negara kita la. Kat Perlis, cuacanya lagi panas nak mampus, jadi bagus untuk elak Covid-19.Itu semua hanya dongeng saja. Covid-19 boleh merebak dalam cuaca panas dan lembab sekalipun. Jadi amalkan kebersihan yang betul. Rajin cuci tangan di mana saja anda berada. Elak sapu mulut, hidung dan mulut dengan tangan sebelum cuci.
2. Covid-19 juga boleh merebak di cuaca sejuk
Kalau duduk kat kawasan sejuk gedik ada salji, agaknya coronavirus ni boleh mati tak?Jawapannya, anda tetap perlu jaga diri walaupun duduk dalam peti sejuk atau dalam kawasan ada salji. Di mana saja anda berada, suhu badan anda tetap dalam lingkungan 37 darjah celcius juga. Jadi sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air bersih atau pakai pembersih beralkohol
3. Rendam diri dalam air panas tak berkesan juga
Mungkin ada yang fikir kalau mandi dalam air panas virus tu akan mati. Salah dan tak betul tu. Macam mana keadaan sekalipun, suhu badan anda tetap dalam lingkungan 37 darjah celcius juga. virus Covid-19 tu tak ada masalah sekalipun anda terjun masuk air panas.Pastikan anda amalkan basuh tangan selalu sebelum nak raba muka, mulut, hidung dan mata.
4. Covid-19 tak merebak dari nyamuk
Ada yang risau takut virus jahat ini boleh dibawa oleh nyamuk seterusnya orang akan berjangkit bila kena gigit nyamuk yang bawa coronavirus.Tak perlu risau. Nyamuk tak bawa virus ni. Bukan macam demam denggi.
Anda hanya boleh kena virus ni melalui titisan air. Kalau anda duduk dekat dengan orang yang kena Covid-19, dia bersin atau tersembur air liurnya kena pada diri anda, itu bahaya. Jadi jauhkan diri dari mereka yang kena Covid-19. Biarkan mereka yang terlatih saja uruskan pesakit Covid-19 ni.
5. Mesin pengering tangan tak boleh hapuskan virus ni
Kalau malas nak cuci tangan, lalukan saja pada mesin pengering tangan agaknya virus ni akan mati ke?Tak!
Anda perlu basuh tangan dengan sabun atau pencuci berasaskan alkohol juga.
6. Jangan guna lampu UV untuk bunuh virus ni
Jangan jadi kreatif gunakan lampu cahaya UV kononnya untuk bunuh koronavirus ni. Radiasi dari cahaya lampu tu boleh rosakkan kulit anda.7. Berkesan ke periksa suhu badan untuk kesan koronavirus?
Suhu badan diperiksa untuk pastikan orang ada demam atau tidak. Kalau seseorang itu kena koronavirus dia ambil masa antara 2 ke 10 hari untuk demam.Jadi, kalau seseorang itu tak demam, belum tentu dia tak ada kena coronavirus
8. Jangan sembur alkohol atau klorin seluruh badan
Jangan buat kerja bodoh dengan sembur habis seluruh badan pakai alkohol atau klorin. Kononnya nak bunuh virus dari kacau diri anda.Kalau virus tu dah masuk dalam badan, sembur apapun tak guna. Malah boleh cari maslaah lain la pulak. Pergi periksa dan dapatkan rawatan doktor, bukan berubat sendiri.
9. Boleh tak suntik vaksin yang dah ada di pasaran
Jangan pandai-pandai nak suntik dri pakai vaksin yang ada kat pasaran sekarang. Itu untuk masalah influenza lain dan bukan koronavirus.Covid-19 ni masih tak ada vaksin lagi. Depa tengah dok selidik. Insyaallah nanti jumpa la tu. Doakan!
10. Kalau basuh hidung dan mulut dengan air garam dapat halang covid-19?
Masih tak ada maklumat yang pasti basuh hidung dan mulut dengan kerap guna air garam dapat halang kesan covid-19.Kalau sakit tekak memang ada juga kesan cepat sembuh jika rajin basuh mulut dan hidung dnegan air garam. Tapi kalau ada masalah pernafasan, memang tak ada kesanpun.
11. Bolehkan elak covid-19 dengan makan bawang putih banyak
Setakat ni tak ada sebarang bukti yang makan bawang putih boleh ubati anda dari terkena Covid-19.Macam manapun, bawang putih memang makanan kesihatan yang bagus.
12. Betulkah covid-19 bahaya untuk orang tua saja?
Samada anda tua atau muda, covid-19 tetap bahaya. Amalkan kebersihan. Basuh tangan dengan betul. Tapi sudah tentu mereka yang tua atau sedang ada masalah penyakit dan tengah dapatkan rawatan adalah lebih terdedah pada risiko yang lebih tinggi.13. Antibiotik berkesan tak rawat covid-19?
Tak!Antibiotik hanya berkesan untuk bakteria dan bukannya virus. Jadi ia tidak berkesan untuk mencagah covid-19.
Namun begitu, kalau anda dirawat sebab covid-19, antibiotik akan diberikan juga sebab kemungkinan akan adanya masalah bakteria.
14. Dah ada ubat ke untuk cegah atau rawat covid-19 ni?
Buat masa ini masih tak ada ubat lagi. Semua usaha adalah ke arah mendapatkan jalan penyelesaian paling terbukti berkesan sekarang.Orang yang terkena covid-19 perlu dirawat dan diberikan perhatian terhadap gejala atau simtom hasil dari jangkitan covid-19 sahaja sehingga dia pulih sendiri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !