Macam mana cara yang betul untuk hapuskan koronavirus yag mungkin ada kat kulit atau tapak tangan anda?
Ini soalan penting yang ramai perlu ambil tahu.
Walaupun seluruh negara sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, tapi mahu tak mahu kena keluar juga sekali sekala.
"Jika anda perlukan khidmat nyahkuman atau disinfection di pejabat atau rumah, boleh berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd. Call Puan Athirah 010-234 2542 untuk info lanjut."
Jika anda ketua rumah, kena pergi ke kedai dapatkan barangan keperluan untuk teruskan kehidupan. Perlu ke bank cucuk kad mesin keluarkan duit.
Bila keluar, tentu tak dapat nak elak dari sentuh permukaan yang ada di laur tu. Mungkin permukaan tu dah disenth oleh orang yang dah kena Covid-19, siapa tahu.
Sentuh virus tu saja masih tak akan buat apa-apa pada diri anda lagi. Tapi jika ianya masuk ke sel tubuh anda melalui hidung, mulut atau mata, itu bahaya. Bila anda mula garu mata, korek hidung, sapu mulut, masalah serangan virus tu mungkin akan bermula.
Jadi kena tahu cara nak nyahvirus tu.
Untuk anda yang berilmu, mungkin ini perkara mudah dan remeh. Tapi untuk mereka yang tak ada masa untuk mendalami semua isu ini, perlukan satu panduan lengkap dan ringkas serta mudah difahami untuk diamalkan.
Jadi saya kongsikan kat sini. Cara lengkap untuk pastikan tiada koronavirus melekat. Dan seterusnya dapat selamatkan diri anda dari dijangkiti virus merbahaya tersebut.
Perkara asas yang anda perlu adalah:
- Hapuskan koronavirus dari diri anda sendiri - Supaya anda tak kena jangkitan dan tak sebarkan jangkitan pada orang lain.
- Hapuskan koronavirus dari permukaan rumah dan peralatan - Manalah tahu kalau ada virus tu pada mana-mana permukaan atau peralatan atau apa saja kat rumah anda tu. Perlu dinyahkan virus tu supaya terhapus dan tak berikan risiko virus melekat pulak pada orang yang menyentuhnya.
Bebaskan diri anda sendiri dari Virus
Tak ada cara lain yang paling berkesan untuk hapuskan virus ni dari diri anda melainkan dengan basuh dan bersihkan diri.
Ini dapat elakkan diri anda dari jangkitan. Juga dapat elakkan jangkitan kena pada orang lain.
Setiap kali anda bersin, batuk atau keluar dari tandas. Sila bersihkan dengan basuh tangan anda tu. Gunakan sanitizer. Kalau tak ada sanitizer, gunakan sabun dan air. Perlu diingat yang sabun dan air adalah lebih bagus.
Setiap kali anda nak masuk kedai atau mana-mana tempat, ada tersedia sanitizer kat pintu tu. Pergi tekan botol tu dan basahkan tangan anda tu dengan sanitiser. Itu akan dapat hapuskan virus dari tangan anda.
Masa nak keluarpun basuh sekali lagi.
Kemudian bila dah sampai rumah, basuh terlebih dahulu tangan anda tu sebelum masuk rehat dalam rumah atau sentuh apa-apa permukaan lain kat dalam rumah atau luar rumah tu.
Cara buat sanitiser sendiri kat rumah
Semua orang dapat tengok sendiri betapa laku kerasnya cecair sanitiser sekarang. Dalam harganya yang melambung naik sekarang, masih tetap laku keras setiap kali masuk bekalan.
Jika anda juga hadapi masalah itu, jangan risau. Jom kita belajar bagaimana cara mudah untuk buat sendiri sanitiser anda kat rumah.
Untuk makluman, sanitiser yang berkesan adalah yang ada kandungan alkohol melebihi 60%. Itu jumlah saranan yang diberikan oleh pusat kawalan dan pencegahan penyakit.
Untuk rasa lebih yakin, naikkan sikit lagi. Jadikan kandungan minimum alkohol dalam 75%. Itu akan lebih beri kelegaan pada hati anda. Untuk penuhi matlamat itu, dapatkan satu botol Alkohol Isopropyl 99%.
Pergi beli kat Shoppe pun ada. Atau cari kat mana-mana hardware. Alkohol Isopropyl 99% ni memang dah biasa diguna pakai untuk berbagai kerja seperti nak buang cat. Nak buang ink. Ada juga pakai untuk nyah bakteria dan virus pada luka kecil dengan sapu pada permukaan.
Ini 3 bahan yang anda perlu untuk buat cecair sanitiser anda sendiri:
- Sebotol Isopropyl 99%
- Sebotol Gel Aloe vera
- Sebotol Minyak Malaleuca atau biasa di panggil Tea Tree Oil
Selepas itu masukkan beberapa titik Tea Tree Oil untuk bagi bau yang nyaman sikit pada campuran sanitiser cecair tersebut.
Pastikan semua bahan dan peralatan yang anda guna untuk bancuh itu terhidari dari pencemaran atau kotor.
Pastikan semua bahan dan peralatan yang anda guna untuk bancuh itu terhidari dari pencemaran atau kotor.
Buat sanitiser yang lebih Pro
Kalau anda malas nak renyah, cara kat atas tu sudah memadai. Dah sangat mujarab dan berkesan untuk nyah virus dari melekat kat tangan anda tu.
Masalah yang mungkin ada orang tak selesa adalah cecair atau gel aloe vera tu akan jadi agak melekit. Tak semua orang suka rasa melekit macam tu.
Jadi anda boleh pakai formula yang lebih pro. Formula ini boleh digunakan untuk hasilkan sanitiser dalam bentuk semburan.
Berikut apa yang anda perlukan:
- Alkohol Isopropyl
- Glycerol atau Glycerin - Biasanya jadi bahan 'antimicrobial' dan 'antiviral' untuk basuh luka dan kecederaan terbakar.
- Hydrogen peroxide - Ini pun biasanya guna untuk cuci luka
- Air suling atau bahasa inggerisnya di panggil Distilled water
- Botol semburan
- Tea Tree Oil
- Campurkan sebanyak 350 ml Isopropyl dengan 2 sudu Glycerol. Bahan glycerol ni penting sebab ia akan cegah kulit anda jadi kering bila kena alkohol.
- Kemudian tambahkan satu sudu Hydrogen Peroxide ke dalam campuran atas tadi.
- Tambah dalam 90 ke 100 ml air suling ke dalam cecair campuran tadi.
- Tuang masukkan ke dalam botol semburan.
- Titiskan sedikit Tea Tree Oil untuk bau yang nyaman.
Anda juga boleh sembur kat mana-mana peralatan atau pemegang tombol pintu dan sebagainya dan lap dengan kain bersih.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !