Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 March 2020

Cuci tangan hapuskan koronavirus pakai sabun saja kat rumah lebih bagus dari sanitizer

  Ano Nyme       24 March 2020

"Ayah!, mak suruh beli sanitiser balik nanti ..", pesan anak pada saya ketika menuju ke pintu nak keluar rumah.

"Pakai saja sabun kat sinki tu untuk cuci tangan", pesan saya pada anak perempuan yang jadi tukang sampaikan maklumat dari ibunya kepada saya itu.

Anak saya angguk kepala.

Saya ulang lagi petua basuh tangan pakai sabun. Tambah maklumat padanya dengan berkata, sabun jauh lebih bagus dari sanitiser. Dia angguk lagi tanda faham.

Orang ramai berebut beli sanitiser

Orang rumah nampaknya turut terikut dengan kebanyakan orang yang menggelabah cari cecair sanitiser. Nak pakai sanitiser untuk cuci tangan buang coronavirus dari melekat kat tangan kalau ada tersentuh kat mana-mana.

Masa memandu kereta atas LDP dari Putrajaya menuju ke Subang Jaya, ada lalu sebuah pekan separa mati kat Puchong Intan sebelum jumpa tol keluar nak ke USJ. Tengok kat tepi kiri lebuhraya tu ada sebuah kedai menjual segala peralatan keselamatan.

Ada satu barisan panjang orang ramai sedang beratur depan pintu masuk ke kedai tu. Semua yang beratur pakai penutup mulut dan hidung. Sabar menanti seorang demi seorang nak beli barang di situ.

Hairan juga kenapa depa beratur ramai-ramai panjang kat situ.

Bila siasat, tanya kawan-kawan kat area situ, rupanya kedai tu jual cecair sanitiser. Masuk saja stok, sekejap saja habis orang ramai berebut beli. Orang ramai akan update kat grup wasap setiap kali ada maklumat stok sanitiser dah sampai ke kedai tu.

Sabun atau sanitiser, mana lebih bagus

Bila baca arahan dan panduan untuk pelihara diri dari coronavirus, paling ketara adalah amalan basuh tangan kerap-kerap. Basuh cuci tangan samada pakai air dan sabun. Atau basuh tangan guna cecair bunuh kuman beralkohol sanitiser.

Jadi mana satu yang lebih bagus?

Soalan itu timbul setiap kali saya baca panduan jauhkan diri dari koronavirus.

Dari segi amalan palng popular nampaknya sanitiser digunapakai hampir kesemua tempat. Nak masuk ke bank, ada sanitiser. Nak masuk ke Giant ada sanitisert tersedia. Nak masuk ke AEON di dalam IOI juga siap ada Pak Guard tolong sembur sanitiser pada tangan pengunjung dan check suhu badan.

Dari semua amalan itu nampak jelas yang sanitiser lebih banyak diguna serata tempat. Tak ada satupun tempat yang sediakan air dan sabun untuk orang ramai basuh tangan kecali di kedai makan.

Kalau tak semak fakta, tentu sapa saja akan anggap sanitiser lebih baik berbanding sabun. Kalau tak, kenapa semua pakat pakai sanitiser?

Sabun atau sanitiser, tanya google

Macam biasa, buka koputer, masuk kat google dan taipkan soalan. Mana lebih bagus bunuh virus antara sabun dengan sanitiser.

Itu kelebihan zaman teknologi maklumat dunia kita sekarang. Nak tahu apapun, tanya google saja. Berjuta maklumat akan terpampang depan mata. Klik dan baca saja.

Malah, google akan pastikan jawapan yang terbaik dari sumber yang paling popular dan boleh diambil pakai disyorkan pada anda. Adalah cara google buat kerja. Dia ada algorithm yang tersendiri untuk berikan khidmat pencarian yang paling menghampiri kehendak manusia.

Untuk jadi bodoh, tidak tahu maklumat dan apa saja pengetahuan terkini adalah pilihan anda sendiri. Ringkasnya, nak jadi bodoh adalah satu pilihan sekarang dan bukan lagi terpaksa.

Petua tanya google ini hanya terpakai untuk semua jenis ilmu dan maklumat melainkan isu menyentuh agama. Itu apa yang seorang kawan pesan pada saya ketika sembang sambil mengopi. Sebagai seorang ustaz, dia nyatakan etika menuntut ilmu untuk orang Islam.

Boleh la kalau setakat nak baca. Tapi kalau nak ambil panduan tentang halal atau haram, kena pi tanya ustaz dan orang yang ada tauliah agama. Jawapan ustaz tulah yang betul. Bukan jawapan yang anda ambil dari google.

Saya reserve pesan ustaz itu pada pembaca untuk fikirkan sendiri panduan tanya google pasal bab halal dan haram.

Sabun lebih bagus dari sanitiser

Bila semak dengan cik google, jawapannya memang tak sangka.

Ingatkan sanitiser tu lebih bagus untuk hapuskan virus atau koronavirus. Sebab semua tempat pakai sanitiser. Semua orang bercempera beli simpan stok sanitiser. Ramai orang buat duit jual sanitiser. Harga sanitiser naik berganda-ganda.

Tapi rupa-rupanya, sabunlah yang paling mujarab. Sabun paling berkesan untuk hapuskan semua virus yang melekat pada tangan atau baju atau kulit anda tu.

Kenapa?

Secara ringkasnya, koronavirus tu disaluti oleh bahan lemak. Bila kena sabun, habis salutan lemak tu musnah dan hancur habis virus tu. Sangat mujarab. Sangat berkesan. Tak kisah amda pakai sabun ketul atau pakai cecair sabun.

Contohnya boleh baca laporan pada pautan sini. Itu sumber maklumat dari portal yang ada kredebliti. Ada banyak lagi maklumat yang beritahu perkara sama.

Sanitiser cuma lebih praktikal

Habis kenapa ramai malah hampir kesemua tempat pakai sanitiser?

Masalah pakai sabun ni satu saja. Kena ada air. Basuh tangan, cuci dengan air dan ambil sabun gosok ke seluruh tangan anda. Takkan kan nak buat sinki kat semua tempat pintu masuk bangunan. Takkan nak kena sediakan besen air bersama sabun buat orang ramai cuci tangan sebelum masuk ke kaunter bank!

Jadi dalam bab praktikal, sanitiser adalah pilihan utama.

Jadi biarlah institusi perniagaan atau organisasi saja yang pakai sanitiser. Untuk anda yang sekadar nak amalkan kebersihan maksimum kat rumah atau kat pejabat anda sendiri, pakailah sabun. Nak pi buang duit beli sanitiser tu buat apa?

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cuci tangan hapuskan koronavirus pakai sabun saja kat rumah lebih bagus dari sanitizer

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !