Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

20 April 2020

Alat memasak mudah dan turbo pantas 'FlavorWave Oven' yang menarik untuk anda cuba pakai

  Ano Nyme       20 April 2020

Satu lagi alat memasak menarik yang saya dapat maklumat dari pembaca yang berikan komen pada artikel yang lalu.

Dalam artikel perbandingan alat memasak alternatif dan pesaing kepada Thermomix, saya ada kongsikan 5 lagi alat memasak yang menarik selain dari Thermomix untuk anda cuba.

Pembaca yang sangat baik hati tu sudi kongsikan peralatan memasak yang dia guna selama ini. Tak ada dalam senarai yang saya bagi. Dia dah guna bertahun-tahun dan sangat puas hati dengannya.

Nama alat memasak itu adalah FlavorWave Oven.

Saya tak pernah dengar tentang alat tersebut. Jadi, perlu buat carian maklumat berkenaannya. Hasil dari berbagai maklumat dalam internet, saya rasa berbaloi untuk kongsikan kat sini.

Rasa macam menarik dan berkenan pulak pada alat canggih tapi murah itu.

Alat memasak FlavorWave Turbo Oven

Ada berbagai nama dipakai untuk menceritakan alat memasak yang sama itu. Yang paling biasa dalam Youtube dipanggil dengan nama FlavorWave Halogen Oven.

Banyak juga yang hanya sebut Halogen Oven. Ada pula yang tambah Halogen Turbo Oven. Tapi semua itu adalah nak menceritakan alat memasak yang sama.

Ia guna teknologi memasak pakai Halogen yang saya sendiri memang lansung tak faham. Dan memang malas nak cuba faham. Yang pentingnya, masakan guna alat tu akan berlaku sangat pantas luar biasa dari alat memasak atau cara memasak biasa yang anda guna selama ini.

Saya semak d macam mana nak beli alat memasak FlavorWave Oven ni kat Malaysia, terus terpancul senarai iklan dari Lazada. Mereka juna nama FlavorWave 12L Halogen.

Bila buat carian lagi, keluar banyak pilihan dari berbagai jenama pulak. Saya jumpa ada jenama Pensonic Pro910 dijual di Lazada.

Ada juga dari jenama Takada dan ada pula dari jenama Faber. Maksudnya, ada banyak jenama barangan elektrik yang turut sama keluarkan alat memasak canggih tapi murah ni.

Saya perkara menarik dan positif kalau banyak jenama yang buat dan jual adalah, ianya sudah pasti selamat dan terbukti memang bagus dan sangat berguna untuk suri rumah yang nak memasak.

Kelebihan FlavorWave Halogen Oven

Kelebihan paling wahid adalah dari segi harganya.

Ada terjual kat Lazada. Ada juga dijual kat Shopee. Satu tu ditawarkan kat shopee hanya RM99 sahaja. Saiz besar pulak tu. Dia panggil FlavorWave 17L Halogen Oven Turbo.

Tapi malangnya dah habis stok!. Mungkin lepas ni ada balik saya tak pasti.

Kat Lazada, paling meriah. Harga berbagai. Dari yang paling murah lebih kurang dalam RM76 sampai ke RM499. Semuanya nampak sama sahaja. Cuba dari penjual yang berbeza. Dan ada berbagai jenama lain yang saya tak pernah dengar.

Ada juga FlavowWave yang harganya dalam RM104 lebih sikit cam tu, tapi diberikan jaminan satu tahun. Boleh Klik kat sini kalau nak tengok alat tu.

FlavorWave ni lebih menjurus kepada 3 perkara penting untuk faedah pengguna:
  • Pantas - Masakan yang 2 ke 3 kali lebih pantas dari pakai peiruk dan api biasa.
  • Selamat dan sihat - Pembuatannya memang selamat. Tak pakai api. Ia adalah gabungan oven dan mikrowave. Ada aliran udara pulak yang membantu pantaskan segala proses memasak. Paling penting, makanannya sihat sebab dia buang lemak dan tak payah pakai minyak untuk goreng. Rasanya kekal sedap tak ada perubahan.
  • Jimat - Hasil dari ksemua kelebihan kat atas tu, ia tawarkan penjimatan tenaga dan juga masa yang sangat besar kepada pengguna.
Ada banyak video dikongsikan kat Youtube untuk pengguna yang nak belajar memasak pakai FlavorWave ni. Video bawah ni saya tengok antara yang dah lama promote alat memasak ni. Tahun 2010 dia dah buat



Kalau anda sama kapal dengan saya, tentu pernah dengar nama Mr T. Dia jadi orang yang kuat promosi alat memasak yang sihat ni. Mungkin nak pakai imej dia yang kuat dan sasa untuk yakinkan pembeli bahawa alat memasak tu memang bagus.

Beza FlavorWave berbanding Thermomix

Sebenarnya, alat FlavorWave ni memang bukan saingan secara direct kepada Thermomix. Ada perkara yang Thermomix boleh buat seperti uli tepung, kisar kopi, hancurkan makanan dan lain-lain lagi.

FlavorWave memang tak ada kemampuan tu.

Dia memang direka khas untuk tujuan memasak sahaja. Malah lebih berupaya memasak berbanding Thermomix sebab dia boleh goreng daging atau fries. FlavorWave juga boleh digunakan untuk bakar biskut. Boleh bakar kek dan lain-lain lagi seumpamanya.

Dari segi rasa masakannya, saya tengok ada komen yang memuji taste masakan dari FlavorWave tu. Rasanya tak ubah, rangupnya kekal dan masakan semua rata dan lazat.

Tapi untuk Thermomix, saya ada jumpa juga pengguna yang bukannya komplen. Tapi dia kata boleh la tahan rasa masakannya. Nak kata sedap, memang tak sesedap masakan biasa yang dibuat dari dapur pakar.

Satu lagi keupayaan FlavorWave adalah boleh terus masak ayam yang baru dikeluarkan dari peti ais yang tengah beku. Tak payah nak kasi cair tunggu dulu untuk terus nak masak. Syaratnya, sebelum anda simpan dalam freezer tu dah basuh dan bilas dengan baik lah.

Kalau belum, kena keluarkan, bagi lembut cair dulu. Lepas tu basuh dan bilas dengan baik sebelum nak masak.

Memang tepatlah kelebihan FlavorWave ni dari segi sangat pantas menjimatkan masa untuk anda yang memang selalunya sibuk.

Suri rumah yang ada kerja lain lebih penting dalam masa yang sama masih mahu memasak untuk keluarga, sangat sesuai untuk dapatkan khidmat FlavorWave ni.

Saya akan beli satu dan nak guna. Lepas beli nanti saya akan uldate pengalaman menggunakannya kat sini untuk faedah anda yang nak tahu nanti.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Alat memasak mudah dan turbo pantas 'FlavorWave Oven' yang menarik untuk anda cuba pakai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !