Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 April 2020

Anda tentu nak tahu berapa banyak sebenarnya jumlah negara di seluruh dunia ini

  Ano Nyme       19 April 2020

Artikel ini tentu tak akan anda cari buka dan baca jika tidak melihat video pendek perbualan dua orang terkenal di Malaysia.

Sama macam saya juga.

Artikel ni tentu tak akan saya cari maklumat, buat kepastian dan mula menulis untuk dikongsikan pada pembaca blog di sini jika tidak menonton video pendek tersebut.

Untuk anda yang masih belum menonton video tu, saya kongsikan dulu kat bawah ni. Saya hanya petik video ni dari Tweeter.

Setelah jumpa perkongsian video ni di Tweeter, saya terus cari jalan bagaimana nak simpan video dari Tweeter ke telefon anda. Nasib baik jumpa apps mudah percuma yang dapat bantu saya buat begitu.

Jadi apa lagi, terus download dan simpan dalam phone. Cuba nonton dahulu video kat bawah ni.


Jika anda dah nonton, kenyataan paling penting yang anda tangkap tentu berkenaan jumlah negara yang ada di seluruh dunia.

Betul tak?

Menurut orang yang bercakap dalam video itu, dia dah buat kerja yang sangat penting. Video conferencing dengan WHO, bersama dengan 500 buah negara!

Sebaik saja dengar jumlah negara yang dia sebut. Saya terus tanya diri sendiri. Apakah maklumat yang saya tahu selama ni salah?

Yang cakap tu bukan calang-calang orang. Dia, individu yang sangat penting dan ada akses untuk berkomunikasi dengan WHO lagi tu.

Maka terpaksalah saya google untuk semak dan betulkan semula apa yang saya tahu selama ini. Itupun cuma mampu setakat semak di google sahaja.

Siapa yang dapat sahkannya?

Kalau betul-betul nak tahu, saya kena luangkan masa yang lama untuk mula menjadi Ibnu Baituta Melayu. Kena mengembara ke seluruh dunia mencari, pergi lihat sendiri, dan seterusnya sahkan kewujudan negara tersebut.

Tapi dalam dunia komunikasi moden sekarang, maklumat terkumpul dari institusi atau organisasi yang ada sudah memadai untuk diambil pakai sebagai betul.

Jumlah negara di seluruh dunia

Maklumat pertama saya semak dalam portal worldometer.

Dia berikan jumlah keseluruhan negara yang wujud kat seluruh dunia sekarang adalah sebanyak 195 buah. Jumlah negara yang berada di bawah United Nation adalah sebanyak 193 ditambah lagi dengan 2 negara berikut yang berada dalam status pemerhati, iaitu Holy See and the State of Palestine

Ada sejumlah negara yang United Nation anggap sebagai negara berada di bawah pemerintahan negara lain. Atau ianya bergantung kepada negara lain. Ertinya negara itu tidak menjalankan sistem pemerintahannya sendiri.

Contohnya seperti Taiwan dan Hong Kong. Mereka di anggap sebagai sebuah negara di bawah negara China. Jumlah keseluruhan negara yang di bawah kategori bergantung kepada negara lain adalah sebanyak 39 buah negara.

Anda boleh lihat senarainya kat pautan sini.

Dari himpunan kesemua maklumat tersebut, kita anggap semua negaralah senang. Samada ia bergantung pada negara lain atau dijajah atau tidak merdeka dan sebagainya. Anggap saja ianya sebuah negara tersendiri. Jadi keseluruhannya
Dunia ada sebanyak 234 buah negara sahaja

Dari mana dia ambil jumlah negara sebanyak 500 buah adalah satu perkara yang sangat musykil bin ajaib. Takkan tak ada masa nak buat semakan lansung. Atau berikan arahan saja pada pembantu, tolong semak jumlah semua negara kat dunia ni ...

Adakah ianya satu kesilapan teknik, tersasul atau seumpamanya?

Kita harap begitulah.

Nota: Terkini, beliau membuat kenyataan bahawa telah tersasul menyebut 500 buah negara. Apa yang dia nak bagi tau adalah dia telah buat teleconference dengan 500 orang dari 50 buah negara

Perkara baik yang boleh dipelajari

Apa yang dapat kita pelajari dari peristiwa rakaman video ni ya?

Bagi saya sendiri secara peribadi, ia memberikan satu keyakinan dan kekuatan untuk belasah main cakap saja bila buat kenyataan di depan orang ramai. Apa nak malu bossku. Cakap saja tak payah nak risau salah atau betul. Janji cakap.

Kalau tahap orang penting setinggi tu boleh buat macam tu, orang tak penting macam saya nak malukan apa lagi.

Ya tak?

Lepas ni, tak perlulah nak risau sangat seandainya ada fakta yang tersilap beri ketika bercakap atau sembang dengan kawan-kawan. Bukanlah perkara pelik pun untuk belasah cakap. Bukan juga satu perkara pelik untuk jahil teruk dalam bab pengetahuan am.

Video ni pertama kali saya baca dari tweet Sharaad C. Kuttan. Dia nampaknya sedih melihat video tersebut. Tweet dia mengeluh dengan soalan,
What have we done to deserve this?!

Mungkin boleh diterjemahkan kepada, apa salah rakyat Malaysia, apa dosa rakyat Malaysia sehingga dikurniakan seorang pemimpin tahap sebegini?

Kemudian saya baca tweet Karim Raslan. Dia punya tweet berbunyi begini
This is so sad. I laughed a lot initially and then felt very depressed. The talent pool in Malay politics is so shallow and yet there are thousands of capable Malay professionals out there. I can still remember the previous Tourism Min, Mohamadin Ketapi...

Banyak lagi tweet yang terkejut, buat lawak dan persendakan apa yang berlaku. Lama kelamaan budaya tidak menghormati sedikitpun kepada para pemimpin akan melekat kuat dalam negara kita.

Betullah kajian yang pernah dibuat dahulu yang saya baca, pasal kriteria orang yang sering dilantik naik jadi ketua. Dalam kajian tersebut, hanya 2 kriteria saja biasanya diperlukan untuk seseorang naik jadi ketua.
  • Jadi orang yang paling banyak bercakap. Sekalipun anda tak tahu apa yang anda cakapkan, itu tak penting. Yang pentingnya banyak bercakap.
  • Jadi orang yang paling awal bercakap. Dalam apa saja isu, anda perlu lekas-lekas berikan ulasan dahulu. Jadi yang paling awal bercakap.
Cuba perhatikan kat mana-mana. Mungkin kat tempat kerja, mungkin kat persatuan taman anda. Mungkin kat masjid atau surau anda. Selalunya, orang yang jadi ketua, samada pengerusi atau ajk, ialah mereka yang paling banyak bercakap dalam setiap meeting.

Biasanya juga, mereka yang lebih awal bercakap dahulu berbanding orang lain.

Jika anda ada kriteria macam tu, pergilah hadiri semua meeting. Insyaallah akan naik jadi ketua dengan pantas.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Anda tentu nak tahu berapa banyak sebenarnya jumlah negara di seluruh dunia ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !