Pernah dengar nama peralatan memasak ni?
ThermomixKalau anda baru pertama kali dengar. Kita samalah!
Saya memang baru pertama kali dengar pasal wujudnya satu peralatan luar biasa yang direka khas untuk memasak.
Bukan saja memasak, malah boleh buat berbagai kerja luar biasa lain lagi di dapur. Dari maklumat yang saya dapat hasil dari carian dan bacaan di internet ni, Thermomix ni adalah seumpama menggantikan sebanyak 10 peralatan lain di dapur anda.
Ajaib bukan!
Hanya satu peralatan sahaja anda perlukan untuk ganti 10 lagi peralatan biasa dapur lain. Yang selama ini anda perlukan untuk kerja-kerja memasak. Tak payah lagi sebab boleh pakai Thermomix saja.
Peralatan ni saya dapat tahu bila tengok antara perkataan yang paling top dicari oleh pengguna internet sepanjang PKP ni adalah perkataan tersebut.
Bila buat carian, baru tahu yang ianya untuk kerja memasak.
Orang mula masak sendiri sepanjang PKP
Memang logik sangatlah kalau macam tu. Sepanjang PKP, banyak kedai tutup. Kedai makan memang ada yang buka tapi kena beli bungkus dan balik makan kat rumah.Permintaan dan perniagaan jadi sangat suram sepanjang PKP. Hasilnya, banyak kedai makan buat keputusan untuk tutup terus daripada kekal berniaga dan hasilnya tak setara mana.
Nak kena bayar gaji staff, nak kena bayar semua bil dan kos-kos lain tak berbaloi dengan jumlah jualan yang berlaku sepanjang PKP sangat teruk.
Mahu tak mahu, ramai ibu bapa, suami isteri, terpaksa masak sendiri kat rumah. Takkan nak beli bungkus sepanjang masa. Takkan nak COD sepanjang masa?.
Jika anda jenis pandai memasak oklah.
Tak ada masalah untuk suruh suami ke kedai. Beli barang dapur. Dan anda sediakan segala masakan dan makanan lain untuk satu keluarga.
Tapi buat anda yang memang tak reti memasak selama ini. Kalau pandaipun hanya tahu masak air saja atau goreng telur atau tanak nasi. Itupun pakai rice cooker!
Untuk golongan itu, Thermomix adalah penyelamat anda sepanjang PKP.
Itu alat ajaib yang ada kumpulan sokongan dari syarikat yang mengusahakannya. Mereka akan bantu anda ajar macam mana nak guna alat tu. Mereka akan berikan bantuan macam mana nak masak. Berikan bantuan resepi dan macam-macam lagi sehingga akhirnya anda akan jadi seorang chef di dapur rumah anda sendiri.
Hanya pakai alat Thermomix tu saja. Anda akan jimatkan masa. Masak masakan yang setara dengan orang yang dah ada pengalaman masak bertahun-tahun. Malah anda akan dapat sediakan makanan dan masakan anda tu jauh lebih pantas dari tukang masak pandai yang gunakan daput konvensional.
Thermomix tu boleh basuh dan bersihkan dirinya sendiri tau tak?
Thermomix di bawa masuk Malaysia 2009
Kalau betul apa yang saya baca, ada satu laporan pasal Thermomix ni di The Star pada tahun 2011. Dalam artikel tu, dia ceritakan satu pertandingan memasak antara media yang tak ada kemahiran masak dengan tukang masak yang memang dah pandaiMedia pakai Thermomix dan tukang masak pengalaman tu semua pakai dapur dan peralatan biasa.
Hasilnya geng media yang masak dan siapkan terlebih dahulu. Masakannya pula sama hebat kalau tak lebih sedap dari yang tukang masak tu buat.
Mereka buat promosi tu untuk tunjukkan kehebatan alat tu.
Tiada paksaan untuk beli Thermomix. Anda boleh masuk kelas macam mana nak masak guna Thermomix. Boleh joint tenaga pengajar yang pergi rumah pengguna yang baru beli Thermomix. Kat situ anda belajar masak dan belajar juna alat tu.
Tak beli pun tak apa.
Jika anda suka. Rasa selesa dan berminat. Boleh jadi tenaga pengajar pula. Sambil promosikan Thermomix tersebut. Ada komisyen untuk anda. Buat kerja memasak yang anda suka. Ajar orang dan jual dapat komisyen.
Syarikat yang perkenalkan Thermomix dan bawa masuk ke Malaysia alat ni dari Jerman adalah True Mix Sdn Bhd. Dia bawa masuk jenama hebat buatan VORWERK®
VORWERK® ni sebuah syarikat yang dah wujud sejak tahun 1883. Bukan kaleng-kaleng tu!!.
Untuk tahu lebih lanjut pergi cari pasal Thermomix ni dan belajar lebih lanjut berkenaannya. Saya cuma perkenalkan saja sebab rasa kagum bila dapat tahu dan tonton macam mana orang guna alat tu untuk memasak.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !