Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 May 2020

15 cara turunkan paras gula dalam darah secara semula jadi tanpa makan ubat

  Ano Nyme       05 May 2020

Satu artikel pendek yang saya buat lama dulu, tahun 2013, pasal cara turunkan paras gula dalam darah untuk orang yang ada masalah kencing manis tiba-tiba naik trafiknya dibaca ramai pulak.

Dalam artikel tu, petua yang diberikan untuk kawal paras gula adalah petua tradisi. Anda boleh pergi baca dulu artikel tu kat sini kalau nak tahu lebih lanjut, petua tradisi tu.

Bila tengok ada ramai yang baca, terpanggil pula untuk saya kongsikan cara terbaik untuk turunkan paras gula dalam darah dengan cara yang terbukti berkesan dan disahkan oleh kajian sains. Cara ini adalah cara semula jadi tanpa perlu makan ubat atau ambil dadah.

Berikut adalah 15 cara yang anda boleh buat untuk kawal paras gula dengan cara semula jadi.

1. Rajin bersenam

Ini petua paling berkesan dan semua orang dah tahu pasal mujarabnya kesihatan anda jika rajin bersenam. Tapi masalahnya terlalu banyak sangat alasan sehingga ramai yang masih tangguh amalan tersebut.

Bersenam boleh kurangkan berat badan anda.

Bersenam juga dapat tingkatkan daya sensitiviti insulin dalam badan anda. Ini membantu untuk aktiviti memproses gula yang adalah dalam darah anda.

Bersenam juga membantu otot anda mengambil darah untuk mendapatkan tenaga yang dia perlukan dalam menjalankan aktiviti bersenam tu.

Macam-macam cara boleh buat. Jalan kaki laju, angkat besi, naik basikal, jogging, berenang dan lain-lain. Pergi cara team untuk buat aktiviti secara berkumpulan. tak perlu ramai. Seorang dua dah ok. Rajin update sesama anda untuk tingkatkan motivasi.

2. Kawal jumlah karbohidrat yang diambil

Kurangkan makan makanan yang tinggi karbohidrat. Bila anda makan makanan berkarbohidrat, ia akan ditukarkan kepada gula. Ini akan tingkatkan tahap gula dalam badan anda.

Kalau anada ada masalah insulin yang tak boleh buat kerja tukarkan gula kepada bentuk lain, gula akan terperangkap kekal kat situ. Jadi tahap gula akan melambung naik.

Cari maklumat mana makanan yang kurang paras karbohidrat. Makan makanan tu banyak sikit. Lepas dah kenyang makan tu baru makan makanan berkarbohidrat pula.

3. Tingkatkan pengambilan makanan berserat

Makanan berserat bantu perlahankan proses pertukaran dari karbohidrat kepada gula. Jadi bagus untuk pastikan tahap gula tak naik mendadak.

Ada dua jenis makanan berserat ni. Satu ang serat larut dan satu lagi serat tak larut. yang lebih bagus adalah jenis serat larut. Ia terbukti dapat turnkan tahap gula dengan lebih baik. Baca sini.

Makanan berserat tinggi adalah seperti sayur, buah-buahan dan juga bijirin.

4. Banyak minum air kosong

Ini sangat mudah. Ambil gelas isikan air kosong dan minum dapat bantu kawal tahap gula dalam darah anda.

Bila darah ada banyak gula dan lambta diproses, badan akan cuba kurangkan gula tu dengan banyakkan kencing. Bila anda banyak minum air, maka lebih mudah proses nak kencing tu berlaku dan badan anda tak dehydrate.

Minum air kosong saja. Jangan belasah minum air tin atau air bergula pula.

5. Amalkan disiplin kawal makan

Macam-macam cara untuk anda buat amalan kawal makan tu jadi mudah. Antaranya adalah seperti,
  • Guna pinggan kecil
  • Jangan sertai mana-mana buffet
  • Baca majalan makanan sihat untuk panduan makanan dan jumlah yang sesuai
  • Timbang jumlah makanan yang anda ambil tu
  • Makan perlahan-lahan
  • Sentiasa baca label untuk ketahui komposisi makanan tu
  • Adakan buku catitan untuk rekod segala makanan yang masuk dalam perut anda setiap hari.

6. Pilih makanan yang rendah Indeks Glycemic

Secara mudahnya GI atau Glycemic Index ni adalah tahap kepantasan makanan tu bertukat dari karbohidrat kepada gula.

Makanan yang sama jumlah karbohidratnya tak semestinya akan bertukar ke gula dengan cara yang sama. Ada yang bila anda makan telah terus bertukar ke gula dengan pantas.

Ada pula yang bila anda makan, dia tukar ke gula slow and steady. Yang ini lebih bagus sebab gula tak akan naik mendadak.

Antara makanan yang rendah GI ada banyak Cari maklumat dengan google terlebih dahulu sebelum nak makan.

7. Kawal tahap tekanan jiwa

Jangan kusutkan fikiran. Jangan bagi hidup tertekan. Stress boleh naikkan tahap gula dalam badan anda. Baca kat sini maklumatnya.

Bersenam, berzikir, jalan kat taman hijau, bertafakur adalah antara aktiviti yang boleh turunkan stress anda.

8. Ukur tahap kandungan gula anda

Bila tahu berapa banyak bacaan gula, lebih mudah untuk bertindak. Itu rasionalnya kenapa anda perlu sentiasa ukur tahap gula tu.

Beli peralatan untuk ukur, dan ukur setiap hari dan buat buku catitan. 

Aktiviti itu dapat bantu anda semak apa yang tak kena apa makanan yang anda dah sesah sampai naik gula tinggi dalam darah dan sebagainya.

9. Bagi cukup tidur nyenyak

Tidur ni satu keperluan untuk sihatkan tubuh badan.

Tidur dengan cukup dari segi kuantiti dan kualitinya dapat bantu and akawal gula dalam darah. Bila tak cukup tidur, anda akan mudah stress, lebih terlajak makan banyak dan lebih mudah naik berat badan.

Baca maklumatnya kat sini dan kat sini.

10. Cari makanan banyak Magnesium dan Chromium

Makanlah makanan yang ada kandungan kedua-dua bahan tu selalu. Ini dapat bantu anda kawal tahap gula dalam darah tu.

Antara makanan yang banyak Magnesium adalah seperti Dark Chocolat, Pisang, Avocado dan ikan. Baca sini.

Makanan yang banyak Chromium pula adalah seperti kopi, daging, brokoli dan kacang. Baca sini

11. Cuba cuka apel

Cuba campur sikit minuman air suan anda dengan sedikit Cuka Apel. Atau makan salad yang dicampurkan sikit cuka apel. Ini dapat bantu turunkan tahap gula dalam darah.

Tapi kalau anda memang dah makan ubat kawal gula dalam darah, sila check dengan doktor dulu ya.

Baca kesan makan cuka apel dalam kawan tahao gula kat sini dan kat sini

12. Cuba ekstrak kulit kayu manis

Kulit kayu manis diketahui dapat bantu kawal gula dalam darah. Cuba baca kat sini.

Ia juga dapat bantu berfungsi macam insulin tapi dengan tahap sedikit rendah dari insulin. Baca kat sini

Tapi jangan makan banyak sangat. Tak bagus. Anggaran dalam 1 ke 6 gram sehari dah mencukupi. 

Ada juga orang yang rebus kulit kayu manis dan minum air rebusan tu sekali setiap hari.

13. Cuba herba Berberine

Ini tradisi perubatan cina. Dah lama mereka gunakan Berberine ni untuk rawatan masalah kencing manis. Memang terbukti berkesan dalam kajian. Baca kat sini atau kat sini

Boleh dapatkan maklumat pasal Berberine ni kat google. Ada dalam bentuk suplement pun akalu nak cuba. Tapi ada sedikit kesan sampingan. Anda mungkin akan rasa sakit perut.

Dosnya tak boleh lebih dari 500 mg sekali makan dan makan hanya 3 kali sehari. Sila semak dengan doktor atau pergi tanya farmasi.



14. Cuba biji halba

Kajian mendapati bji halba ni sangat bagus untuk kawal kandungan gula dalam darah. Cuba baca kati sini.

Kita selalu guna halba ni dalam masakan terutamanya masakan India. Ia didapati sangat selamat untuk orang kencing manis jadikan ubat kawalan gula. Baca sini

Lepas ni masak apa saja campu sikit dengan biji halba ni. Dos yang sesuai adalah dalam lingkungan 2 ke 5 gram sehari saja.



15. Kurangkan berat badan

Ini satu usaha yang sangat bagus. Kalau anda kurangkan dalam 7% berat badan anda tu, anda dapat kurangkan risiko kena kencing manis sebanyak 58%. Tak menarik ke tu? Cuba baca kat sini.

Terlalu banyak yang anda boleh usahakan untuk kawal tahap gula dalam badan anda sekarang. Kalau boleh buat kesemuanya sekali, and amemang layak sihat dan kacak hebat!. Selamat mencuba.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 15 cara turunkan paras gula dalam darah secara semula jadi tanpa makan ubat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !