Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 May 2020

3 kumpulan orang yang kerap cerita pasal politik dalam media sosial. Elak jadi yang ke-3 tu !

  Ano Nyme       16 May 2020

Media sosial ada banyak. Tapi yang sangat biasa dan jadi lumrah majoriti orang kita main hanya ada beberapa kerat saja. Berdasarkan ranking, berikut saya kongsikan media sosial paling laris mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.
  1. Facebook - 80.79%
  2. Twitter - 7.45%
  3. Instagram - 4.21%
  4. Pinterest - 3.9%
  5. Youtube - 3.23%
  6. Tumblr - 0.21%
Itu merupakan data terkini untuk tahun 2020. Apa yang dipaparkan adalah penguasaan pasaran sebagaimana yang diberikan dari pautan kat sini. Ia lebih kepada nilai dalam bentuk pendapatan yang dijana oleh semua medai sosial tersebut.

Data pada tahun 2018 kat bawah ni pula memberikan maklumat jumlah pengguna rakyat Malaysia terhadap 5 media sosial popular berikut.
  1. Facebook - 23 juta pengguna
  2. YouTube - 20 juta
  3. Instagram - 11 juta
  4. LinkedIn - 4.4 juta
  5. Twitter - 2.2 juta
Maklumatnya berbagai. Tak berapa pasti mana satu nak pakai. Jumlah ramai orang ada akaun kat satu-satu media sosial tidak bermaksud dia aktif menggunakan media sosial tersebut.
Tapi saya yakin orang yang aktif gunakan Facebook memang sangat ramai.

Kalau tambah satu lagi media sosial yang tengah dok naik sekarang, Tik Tok, akan ada banyak perubahan lagi untuk tahun yang mendatang. Tik Tok berdasarkan maklumat 2018, ada seramai 4 juta pengguna di Malaysia.

Sekarang dah berapa ramai orang yang guna Tik Tok saya tak tahu. Cuba cari dalam google tapi tak jumpa yang pasti. Hanya ada maklumat pengguna Tik Tok seluruh dunia saja. Saya yakin makin ramai yang terjun ke Tik Tok terutamanya anak-anak muda.

Itu sedikit update pasal media sosial punya perkembangan.

Media sosial sebagai platform politik

Sekarang kita bincang pasal jenis orang yang menggunakan media sosial ni pulak. Kita fokus lebih kepada mereka yang jadikan media sosial sebagai landasan untuk lepaskan idea dan pendapat politik mereka.

2 media sosial yang sangat ketara penggunaannya untuk lepaskan nafsu politik orang Malaysia adalah Facebook dan Twitter.

Saya ada akaun twitter. Dari pengamatan saya, Twitter paling rancak tersembur posting politik berbanding media lain. Facebook pun tak berapa nak rancak macam Twitter dalam bab merusuh kicauan politik ni.

Mungkin sebab saya bermula kumpul kawan-kawan dalam Twitter dari kalangan ahli politik, maka saki baki penggemar politik masih tetap melekat masuk ke akaun Twitter saya sampai sekarang. Walaupun dah jenuh unfollow atau mute mereka yang mabuk politik kat semua posting mereka.

Kalau anda perhatikan, baik di Twitter mahupun di Facebook, hanya ada 3 golongan ini sahaja yang sangat kerap update posting politik pada paparan media sosial mereka. Kita tengok siapa 3 golongan tersebut kat bawah ni.

1. Ahli politik

Ini sangat logik sekali. Mereka memang cari makan, hidup dan menjiwai kehidupan sebagai seorang ahli politik. Jadi tak boleh nak marah atau nak meluat jika mereka sentiasa buat posting yang berkait rapat dengan isu politik.

Dah nama pun ahli politik!

Mereka bergiat dalam organisasi politik. Ada pengikut, ada pemimpin, ada perjuangan dan ada matlamat yang nak dikuasai. Jadi rajin update pasal politik adalah sangat biasa dan amat perlu untuk kewujudan mereka.

Tak payah nak komen sangat pasal ahli politik yang sering buat posting pasal politik. 

Kalau anda masih komen tak puas hati dengan mereka sebab asyik berpolitik. Ertinya anda lah yang salah tak reti nak paham apa kerja orang politik.

Lagipun, tak payah nak ambil pot sangat dengan orang politik ni. Mereka antara orang yang paling tak boleh dipercayai. Malah lebih teruk rankingnya berbanding penjual kenderaan 2nd hand. Sebab apa nak layan sangat dengan mereka. Biarlah sesama mereka saja yang bertembung dalam media sosial tu.

2. Cyber Trooper parti politik

Ini adalah golongan yang cari makan dengan bertuankan ahli politik, kumpulan kat atas tu. 

Bila kumpulan pertama, ahli politik buat kerja, buat kenyataan atau apa saja, maka jadi satu tugas cyber trooper ni untuk buat havoc kasi kelam kabut atau kasi up naik.

Ada 2 jenis cyber trooper ni.

Satu yang sokong kerajaan yang berkuasa. Satu lagi yang hentam kerajaan yang berkuasa, maksudnya yang sokong pembangkang.

Mereka memang sangat kerapa buat posting politik. Mereka serang maki dan kata macam-macam kat musuh dan lambung naik tuan yang bela serta bayar kepada mereka. Biasanya kerja mereka adalah serang lawan dan pertahankan boss.

Itu saja kerja mereka.

Cari makan dengan menjadi tentera cyber sebarkan propaganda, sebarkan kekeliruan dan sebagainya demi nak jatuhkan pesaing kepada boss mereka atau nak naikkan boss mereka supaya lebih kuat.

Jika anda baru nak up main media sosial terutamanya Twitter, cari kawan yang cari makan dengan jadi cyber trooper ni dan friend dengan akaun mereka. Biasanya akaun mereka adalah fake,  menyamar macam-macam rupa dan jantina.

Nama pelik, palatao segala segi dan fasih update dalam dua bahasa. Inggeris dan Melayu. Mereka ada banyak maklumat dan sangat pantas berikan respon terhadap apa saja isu politik. Sebaik anda follow mereka, pantas saja mereka akan follow anda pulak.

Golongan ni tak payah nak marah. Mereka hidup cari makan macam tu. Semua demi sesuap nasi. Bukan sangat pasal perjuangan. Bukan sangat pasal benar dan salah, hak dan batil. Yang paling benar adalah bayarannya dapat setiap bulan.

Tak perlu layan mereka. Abaikan saja semua posting mereka. Golongan ni jadi macai kepada golongan atas dan mereka pula akan jadikan golongan ke-3 di bawah sebagai lauk sedap mereka untuk laksanakan kerja mudah.

Kita lihat golongan ke-3 pulak kat bawah ni.

3. Tak ada kerja buang masa

Ya! inilah hakikatnya mereka yang sering update pasal politik. Sering berkicau pasal politik. Sering berikan pendapat pasal politik. Marah tak tentu hala, pertahankan tak tentu kalu kumpulan politik yang mereka suka.

Tapi malangnya, mereka sokong buta ikhlas tanpa dapat sesenpun apa-apa bayaran.

Yang dapat hanyalah kemarahan dan jiwa terbakar membuak-buak setiap kali lihat posting yang mengecam parti atau leader kecintaan mereka. Yang permainkan mereka adalah golongan cyber trooper kat atas tu.

Sebab itu kalau anda minta kawan cybertrooper, cepat saja mereka terima. Tambah pulak kalau lihat anda ada sedikit pengikut dan anda nampak macam ada kecenderungan politik. Akan dijadikan anda sebagai lauk mainan mereka untuk mudahkan kerja mereka.

Memang golongan ini tak ada kerja. Hanya membuang masa layan golongan pertama dan kedua kat atas tu. Sepatutnya mereka berikan tumpuan pada kerjaya mereka. Kerjaya yang memberikan sumber pendapatan pada mereka dan abaikan saja geng ahli politik dan cyber trooper.

Melainkan anda memang bergantung pada ahli politik untuk cari makan dengan lobi projek. Itu bermakna anda masuk golongan kat no 2 atas tu. Buat kerja menempik politik ada makna. Ada potensi masyuk.

Jika habuk pun tarak, maka memang membuang masa. Tak nak la pulak saya cakap bod*h ! nanti ada yang terasa pulak. Tapi itulah kebenarannya.

Jangan jadi kumpulan yang ke-3 tu!

Saya tulis pasal politik ni apa macam pulak?

Saya boleh dimasukkan ke dalam golongan ke-2 juga. Tapi bukan jadi macai ahli politik. Cuma ambil kesempatan jana pendapatan dari blogging saja. Tulis sedikit pasal politik. Ramai juga yang suka bab politik, jadi akan ada lah trafik baca ke blog ni. itu saja.

Maksudnya saya bukan golongan ke-3 yang buat kerja sia-sia ...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 3 kumpulan orang yang kerap cerita pasal politik dalam media sosial. Elak jadi yang ke-3 tu !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !