Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 May 2020

Kesan jangkitan Covid-19 jauh lebih parah pada 7 golongan ini - Kajian sains

  Ano Nyme       08 May 2020

Ada orang yang kena jangkitan Covid-19 tak berapa teruk sangat keadaan mereka. Hanya mengalami gejala yang ringan dan tidak membahayakan. Tapi ada pula yang alami gejala yang sangat kritikal bila kena jangkitan Covid-19.

Pada mulanya saintis sangkakan ia ada kena mengena dengan faktor umur. Mereka yang tua akan menerima kesan gejala yang sangat buruk berbanding pesakit covid-19 yang masih muda.

Tapi rupa-rupanya ada faktor lain, selain dari umur. Kajian terbaru mendapati ada beberapa faktor lain yang memberikan kesan samada pesakit teruk atau tidak teruk, menerima kesan jangkitan Covid-19.

Ia menjawab persoalan kenapa ada pesakit yang kuat sihat berumur dalam lingkungan 20-an hadapi gejala parah. Dan kenapa pesakit yang melebihi 70 tahun umurnya tak berapa teruk sangat.

Berikut disenaraikan 7 faktor yang memberi kesan kepada keadaan parah atau tidak seseorang jika terkena jangkitan Covid-19.

1. Faktor umur

Umur memainkan peranan sama da anda boleh kena teruk atau tidak dengan Covid-19 ni. Dalam kes di Amerika, 8 dari 10 mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 berumur melebihi 65 tahun.

Lebih berumur, lebih tinggi risiko untuk meninggal atau perlukan rawatan yang rapi jika anda dijangkiti Covid-19. Ini disumbang oleh keadaan mereka yang tua biasanya turut sama menghadapi masalah kesihatan lain seperti diabetes dan masalah jantung.

Keupayaan tubuh badan melawan patogen juga semakin berkurangan dengan meningkatnya umur.

2. Golongan pesakit diabetes

Jika anda ada masalah diabetes, jika terkena jangkitan covid-19, keadaan anda akan jadi lebih parah berbanding orang lain yang tak ada masalah diabetes.

Dari pengamatan saintis, mereka yang ada masalah diabetes berisiko untuk meninggal atau berada dalam keadaan yang sangat parah 3.7 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang tak ada apa-apa masalah diabetes.

Rujuk laporannya kat pautan sini.

Tapi jika anda ada diabetes dan pandai menjaga tahap gula dalam darah dengan baik dan stabil, anda dapat kurangkan risiko menjadi parah jika terkena Covid-19 ini.

Jika anda perlukan khidmat disinfeksi / nyahkuman untuk pejabat atau rumah, boleh dapatkan khidmat tersebut dari Easelife Services Sdn Bhd. Hubungi Cik Athira 010-234 2542 atau Whatsapp (https://wa.me/60102342542untuk maklumat lanjut

3. Masalah jantung dan darah tinggi

Mereka yang ada masalah dengan sistem kardiovaskular seperti ada sakit jantung dan darah tinggi punya risiko tinggi untuk menjadi parah jika kena Covid-19.

Boleh dapatkan banyak maklumat berkenaan Covid-19 dan masalah kardiovaskular di pautan sini.

Dari maklumat pesakit Covid-19 di Wuhan China juga mendapati, 1 dari 5 pesakit mengalamai kerosakan pada jantung diserang oleh virus ganas itu.

4. Golongan perokok

Kalau anda seorang penghisap rokok, doakan agar dijauhi daripada jangkitan Covid-19. Sebab perokok yang kena Covid-19 adalah lebih parah berbanding mereka yang tak merokok.

Perokok akan alami masalah pneumonia atau radang paru-paru, kerosakan organ dan perlukan alat bantuan penafasan jika terkena Covid-19.

Keadaan di China memberikan data mereka yang 12.3% perokok masuk ICU dan perlukan bantuan pernafasan. Sedangkan hanya 4.7% sahaja pesakit yang tidak merokok masuk ICU. Baca maklumatnya kat sini.

Ada beberapa sebab kenapa ianya jadi macam tu. Untuk maklumat lanjut anda boleh baca kat sini.

5. Golongan yang gemuk gendut

Golongan gemuk juga hadapi risiko tinggi untuk jadi parah jika terkena Covid-19 ni. Mereka berisiko 2 kali ganda dari biasa untuk terlantar di hospital. Mereka juga punya risiko 1.8 kali ganda untuk masuk rawatan rapi jika kena Coivd-19.

Masalah juga ni sebab sekarang ramai sangat orang yang gemuk di negara kita.

Kenapa orang gemuk lebih parah dengan Covid-19 masih tidak dapat dpastikan dengan jelas.

6. Jenis darah

Kalau darah anda dalam kumpulan darah A seperti A+ atau A-, atau AB+ atau AB-, keadaan anda akan lebih teruk berbanding mereka yang bukan berdarah kumpulan A.

Mereka yang berdarah jenis kumpulan O seperti  O+ atau O- didapati punya risiko yang rendah untuk terkena jangkitan Covid-19.

Kenapa darah menjadi faktor penentu kepada masalah jangkitan covid-19 masih tidak dapat dipastkan lagi.

7. Faktor Genetik

Jenis jenetik yang ada dalam diri anda juga memainkan peranannya. Maklumat teknikal ada pada pautan kat sini kalau anda berminat nak tahu.

Oleh sebab kes genetik ni sangat teknikal, kita biarkan ianya menjadi maklumat umum sahaja. Asalkan kita tahu bahawa faktor genetik ada peranannya dah mencukupi untuk orang awam.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kesan jangkitan Covid-19 jauh lebih parah pada 7 golongan ini - Kajian sains

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !