Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 May 2020

Kisah Sugu Pavithra yang sangat menarik untuk jadi sumber inspirasi anda

  Ano Nyme       21 May 2020
Gambar Pavithra bersama suaminya buat masakan kari ayam - sumber gambar Bernama

Saya hanya mula dengar pasal Sugu Pavithra ni ketika membaca satu posting yang dikongsikan dalam satu akaun twitter yang saya ikut. Masa tu jumlah subscriber Youtube Channel Sugu Pavithra, menurut posting itu baru dalam lingkungan 45 ribu orang.

Masa baca tu, 45 ribu subscriber!, bagi saya sudah satu pencapaian yang sangat luar biasa. Bukan mudah nak dapat jumlah seramai itu dalam mana-mana Youtube Channel yang anda buat.

Apa yang ditulis dalam twitter itu menarik minat saya sebab dia sebut, dalam tempoh sebulan sahaja Pavithra mulakan channel youtube dia, terus mendadak peningkatan jumlah subscribernya sampai berpuluh-puluh ribu.

Sekarang, saya lihat jumlah yang subscribe pada Sugu Pavithra Channel adalah seramai lebih dari 579 ribu orang!!!.

Bukan mudah nak buat macam itu kalau sendiri-sendiri.

Bila timbul persoalan itu, saya mencari siapa sebenarnya di belakang Sugu Pavithra yang sudah tentu punya pengalaman juga dalam penggunaan youtube ni. Lalu saya buat sedikit carian maklumat di google.

Bagaimana kisah Sugu Pavithra bermula

Dari carian maklumat yang saya buat, saya dapat tahu yang orang awal ajar pada Pavithra tentang cara nak guna Youtube adalah jirannya.

Jiran itu seorang warga Indonesia yang duduk di Malaysia bernama Kakak Sri. Anda boleh pergi lihat pautan ke Youtube Channel Kakak Sri yang juga punya ramai subscriber, baru tadi saya lihat ada seramai 91.2 ribu orang!

Kakak Sri juga buat youtube kongsikan pasal masak memasak.

Ramai juga yang subscribe tu!. Itu juga satu fenomena. Saya pun baru tahu pasal Kakak Sri ni masa dok buat carian untuk tulis artikel ni.

Kakak Sri yang awal bantu Pavithra

Daripada youtube Kakak Sri saya rasa dia berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa India warganegara Malaysia. Anda boleh lihat video Kakak Sri dia dengan anak dan suaminya cakap Bahasa Melayu juga.

Bermula dari Kakak Sri yang memang dah popular juga masa tu. Dia ajar Pavithra. Sebab itulah Sugu Pavithra mudah naik. Masa mula dia buka youtube tu, dalam tempoh 4 hari sahaja dia berjaya dapatkan seramai 5 ribu orang subscriber.

Bila mendadak dapat 5 ribu subscriber tu diaterus mendapat email dari youtube ajak jadi partner. maksudnya ada kebenaran untuk buat duit lah tu bila dah ada ramai pengikut.

Video mula yang dia kongsikan adalah resepi ikan bakar tilapia

Sehinggalah sekarang Pavithra dan mengatasi Kakak Sri jauh ke depan. Terlalu jauh sehingga dengar cerita timbul sengketa antara Pavithra dan Kakak Sri.

Bila kita dah zoom masuk selidik dunia kehidupan sebenar, baru nampak susah senang untuk naik jadi popular. Di mana-mana saja akan ada cabaran dan cubaan. Macam tulah kehidupan.

Kakak Sri juga nampaknya berjaya menjana pendapatan yang agak baik dari usahanya menjadi seorang Youtuber. Dia akan bersedekah menghadiahkan barang-barang keperluan pada kawan-kawannya setiap kali mendapat bayaran dari youtube. Menarik kan!

Kenapa Sugu Pavithra unik

Sekali pandang dalam membandingkan antara Sugu Pavithra dengan Kakak Sri, orang yang mula ajarnya, saya rasa Kakak Sri lebih menarik dari apa yang Pavithra ada. Kerana Kakak Sri merupakan seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan seorang lelaki India Malaysia.

Anak-anak Kakak Sri sangat comel dan mereka semuanya cakap Bahasa Melayu.

Tapi ternyata sebaik saja Pavithra mulakan perjalanannya sebagai seorang Youtuber, dia mendapat perhatian dan akhirnya mendadak sekali peningkatan jumlah subscribernya dan mungkin tak berapa lama nanti akan masuk kategori Gold Creator dalam senarai youtuber channel.

Gold Creator adalah mereka yang berjaya mendapat jumlah subscriber melebihi 1 juta orang. Jumlah mereka yang dapat status Gold Creator ni tak ramai sangat diseluruh dunia. Dalam lingkungan 16 ribu orang sahaja.

Jika Sugu Pavithra berjaya, nanti,dan saya yakin dia akan berjaya, masuklah dia dalam senarai elit yang sangat unik dalam dunia youtube dan dunia sensasi media sosial.

Apa yang membuatkan Sugu Pavithra unik?

1. Bantuan pengguna media sosial lain

Saya rasa pertamanya dia mendapat bantuan perkongsian dari media sosial lain seperti twitter yang saya ceritakan kat atas tadi. Sayapun dapat tahu pasal kisah Pavithra ni dari twitter. Dan saya juga share atau retweet maklumat itu yang ketika saya tweet tu nampkanya dan mencecah puluhan ribu retweet.

2. Bantuan media massa utama

Kemudian liputan dari media massa utama seperti The Star, bernama dan lain-lain membuatkan penambahan pengikutnya naik secara eksponen.

Sebaik saja Bernama masuk campur tonjolkan berita itu, habis satu Malaya masuk campur tumpang toi. Jumlah subscriber mendadak naik lagi dan semua sumber media massa utama lain terjun sekali.

3. Komunikasi dalam Bahasa Melayu

Ramai yang sangat teruja dengan pendekatan Pavithra berkomunikasi dalam Bahasa Melayu yang sanat fasih. Dalam masa yang sama isu cakap melayu ini juga mengundang kontroversi bila orang kritik pujian pasal pandai berbahasa melayu kepada bangsa india adalah satu penghinaan.

Itu juga berjaya meningkatkan lagi penyebaran sensasi kepada lebih ramai orang. Apabila ada dua golongan bertentangan sama-sama berperang saling menyerang antara satu sama lain. Sebaran maklumat menjadi lebih besar. Satu golongan puji dan satu lagi kritik golongan yang puji tu.

4. Penampilan yang sangat sederhana

Kalau anda tonton macam mana Pavithra beraksi ketika kongsikan cara memasak atau apa saja perkongsian lain, satu perkara yang anda akan perasa sangat istimewa. Kelembutan bicara dengan penuh kejujuran dan bukan gedik meminta sensasi.

Itu paling menarik saya rasa. Macam mak mak punya personaliti.

Untuk makluman, Pavithra baru berusia 28 tahun dengan suaminya berusia setahu lebih tua darinya. Usia Pavithra sama dengan usia Syed Sadeq, bekas menteri muda kita sebelum ini ketika zaman PH.

Tengok semua peralatan memasaknya. Tengok rumah atau dapurnya, semuanya adalah real dan sangat sederhana mengambarkan kehidupan sebenar Pavithra.

5. Tonjol ciri kekeluargaan

Selepas dia masak, dia akan duduk makan satu keluarga dengan anak-anak dan suaminya. Mana nak cari youtuber glamour yang akan buat macam tu kan?. Tapi itulah uniknya Pavithra dan itulah yang peliknya kenapa orang suka.

Mungkin ramai dah bosan dengan lakonan dalam media terutamanya oleh golongan glamour dan golongan profesional yang mendapat bayaran tinggi dari organisi perniagaan yang besar. Pavithra menghidangkan satu kelainan yang menarik.

5. Resepi masakan India dan lain yang ringkas

Ini juga satu perkara unik yang Pavithra ketengahkan yang saya rasa berbeza dari Kakak Sri yang ajarnya sebelum itu pasal Youtube. Kakak Sri saya rasa buat perkongsian masak yang umum dan biasa. Maklumlah dia seorang warga Indonesia.

Tapi Pavithra mampu ketengahkan masakan asli India sebab dia bangsa India. Semua resepi keturunan dan mungkin resepi keluarganya dia boleh kongsikan. Masakan asli India ramai orang kita kat Malaysia ni dah biasa sebenarnya di kedai-kedai mamak.

Tapi ia masih juga jadi satu perkara sensasi apabila ada juga orang India yang kritik kenapa nak bocorkan rahsia masakan India pada semua orang kat Malaysia? Ia sepatutnya kekal menjadi rahsia tak perlu dikongsikan pada semua bangsa.

Bila ada isu sensasi begitu, akan timbul dua golongan besar saling meyerang juga dan berbahas. Maka ia menambahkan lagi viral pasal Sugu Pavithra ni.

Selain dari itu Pavithra juga buat perkongsian masakan segala resepi yang ringkas dan mudah-mudah belaka. Kalau ikut semua orang boleh buat. Tak macam perkongsian masakan yang anda lihat dibuat oleh chef masakan hebat restoran atau hotel. Nak ikut segala bahan dan peralatan dia saja dah jadi gibab.

Anda juga boleh cuba jadi Youtuber

Melihat pada fenomena Pavithra ni saya rasa ia dapat memberikan satu inspirasi atau idea untuk anda sendiri memulakan satu channel youtube.

Mungkin ada ada kemahiran tertentu yang ramai orang berminat nak tahu. Boleh buka satu channel dan mula kongsikan.

Perlu ikut cara Pavithra naik. Mulakan dengan mendapat bantuan dari mana-mana youtuber yang dah ada ramai pengikut. Dari tempias pengikut dia akan ada impak yang memudahkan anda mendapat pengikut anda sendiri.

Saya dah lama buka channel youtube ni. Tapi punya tunggu dan tunggu tak tau nak isi dengan apa sampai sekarang tak ada sumbscriber lagi. Adalah dalam 200 orang lebih itupun ada dalam 5 atau6 video saja yang caca merba.

Ada niat nak buat satu channel pasal hisap pipe. Mungkin akan ada yang ikut kot? tapi tak tau berapa ramai orang yang hisap Pipe kat Malasia ni? apa pendapat anda?
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kisah Sugu Pavithra yang sangat menarik untuk jadi sumber inspirasi anda

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Tuan, kat malaysia kurng orang hisap pipe...susah nak glamour...kalau betul nak cepat naik & glamour & ramai yang penghisap, Tuan boleh buat channel hisap ganja, memang cepat viral & akan dapat liputan semua media massa & sosial...hahaha...

    Maaf Tuan...gurauan sebelum raya...selamat hari raya...mohon maaf kalau ada terasa dalam komen ini & komen-komen sebelum ini...selamat beraya di rumah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! setuju tu. Buat channel hisap ganja tentu cepat meletop !!! last sekali masuk dalam haha.
      Terima kasih sudi berikan komen tuan! Selamat berhari raya !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !