Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 May 2020

Panduan buat bisnes dari rumah masak makanan dan buat penghantaran kepada pelanggan

  Ano Nyme       19 May 2020

Artikel ni bertujuan untuk kongsikan maklumat berkenaan peluang untuk belajar buat bisnes dari rumah. Bisnes masak makanan kemudian buat penghantaran kepada pelanggan yang telah menempahnya.

Bagi anda yang tak tahu lagi. Bisnes masak dan hantar kepada pelanggan ni dah lama orang buat sejak sebelum berlakunya isu Covid-19 ni lagi.

Saya sendiri secara peribadi pernah terlibat dengan bisnes macam ni lebih dari 5 tahun yang sudah. Masa tu bisnes ni dah ada tapi tak berapa nak famous sangat lagi. Malah, masa tu, konsep bisnes food delivery pun dah mula berjalan.

Dah ada Food Panda masa tu.

Saya terlibat membantu seorang kawan buat bisnes hantar makanan. Tapi bukan sekadar hantar sahaja macam yang foof panda atau grab food buat sekarang. Kami sediakan makanan, pamerkan pada webside untuk orang masuk dan buat tempahan.

Agak advance sikit masa tu. Cuba nak tapaw semua peluang sekali harung. Masak dan logistik. Tapi bisnes tu gagal bertahan. Bukan tak ada orang beli, tapi tak tahan daulat dengan kerenah pengurusan yang sangat mencabar masa tu.

Sukar nak dapatkan pekerja yang sanggup jadi team delivery. Orang punya jangkaan pula sangat tinggi. Jumlah tempahan pula tak berapa nak bagus sangat dan seribu satu macam masalah lagi. Maklumlah benda baru nak naik.

Itu cerita lebih dari 5 tahun lalu.

Masak dan hantar makanan kepada pelanggan

Sekarang konsep bisnes masak dan hantar makanan kepada pelanggan ni dah jadi biasa sangat. Lebih-lebih lagi bila meletupnya masalah Covid-19, makin meningkat permintaan khidmat penghantaran makanan ke rumah kepada pelanaggan.

Mereka yang terlibat dalam usaha hantar makanan ni pula diiktiraf sebagai salah satu dari industri yang diperlukan. Dalam semua orang dilarang ke sana sini sesuka hati, team food atau team delivery ada lesen besar untuk ke sana-sini memenuhi permintaan pelanngan yang makin lama makin menaik.

Adik ipar saya yang sebelum ini dalam keadaan biasa berniaga pasar malam, masih dapat jana duit dalam suasana PKP dengan giatkan lagi bisnes masak dan hantar makanan kat orang. Memang sebelum ni dia dah buat bisnes dapatkan tempahan, masak dan hantar serentak dengan niaga pasar malam.

Tapi bila pasar malam tak boleh diadakan, dia fokus penuh pada masak dan hantar makanan sahaja. Masih ok dan tak menang tangan.

Saya jangkakan konsep bisnes ni ada peluang untuk dibina dan boleh pergi jauh jika kena caranya dan betul strateginya. Bergantung pada jenis makanan dan cara anda buat pemasaran untuk menghasilkan jualan.

E-book panduan buat bisnes makan delivery

Untuk makluman anda, bisnes makan delivery ni adalah evolusi kepada bisnes restoran.

Bisnes restoran sedang hadapi masalah yang sangat besar dalam keadaan covid-19 masih tidak ada jalan penyelesaian yang mantap. Restoran sukar untuk mendapat kehadiran pelanggan yang mencukupi seperti mana sebelum ini.

Kalau orang memang nak pergi makan kat luar ramai-ramaipun, kerajaan atau pihak berkuasa terpaksa tidak benarkan. Bukan sengaja nak susahkan orang ramai buat apa yang mereka gemar. Tapi bertujuan baik untuk menjaga dan mengawal wabak covid-19 dari meletup naik semula.

Untuk atasi masalah itu, orang yang tak ada masa atau tak suka masak, terpaksa order makanan dan dapatkan khidmat penghantaran. Kat situlah anda yang ada bakat dan kemahiran memasak boleh rebut peluang.

Kalau nak buka restoran, kos sangat tinggi. Ramai yang tak mampu.

Tapi kalau nak masak sendiri kat rumah, bungkus dan hantar kar rumah pelanggan, semua orang boleh buat dengan mudah.

Yang menjadi masalah paling getir bagi saya adalah isu pemasaran. Macam mana nak buat pemasaran dan jualan supaya bisnes anda meletup dan dapat menghasilkan pendapatan yang mencukupi dan sangat berbaloi.

Untuk itu, kena belajar. Dapatkan maklumat dan panduan dari mereka yang dah berjaya melakukannya.

Kat situlah yang saya nak kongsikan kat sini. Anda boleh dapatkan semua maklumat pasal bisnes makan delivery dari E-book ini.



Buat bisnes full-time atau part-time

Dalam keadaan sekarang ramai orang yang hilang kerja. Ekonomi sangat mencabar lani. Banyak bisnes bungkus. Banyak bisnes yang buang pekerja untuk kurangkan kos tetap perniagaan. Jadi ramai yang hilang sumber pendapatan.

Bagi anda yang ada kemahiran masak dan dah hilang kerja, inilah peluang yang anda boleh rebut. Boleh dilakukan samada secara sepenuh masa mahupun secara separuh masa.

Kalau buat seperuh masa, sangat letih. Tapi kalau ada partner, masih ok lagi. Maksudnya, isteri full-time kat rumah memasak dan buat persediaan, suami buat kerja pemasaran dan uruskan penghantaran.

Insyaallah akan membantu anda menjana duit yang mencukupi untuk teruskan kehidupan dengan selesa.

Bagi yang nak beli E-book bisnes makan delivery ni, saya kongsikan sedikit apa yang anda akan dapat dari e-book itu.

  • 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes - Iya! Sebelum nak mula apa-apa pun, kena ada persediaan! Jadi, saya dah ringkaskan 6 perkara yang perlu anda siapkan sebelum nak start buat bisnes makan delivery ni! 
  • Kaedah-kaedah Jualan! - Nak buat bisnes makan ni sebenarnya ada 2 kaedah! Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih ikut waktu kesesuaian anda... sama ada nak buat kaedah jualan #1 atau kaedah #2. 
  • Cara Pembungkusan - Ini pun penting juga, bekas jenis apa yang pakai? Bagaimana nak bungkus supaya makanan tidak mudah rosak atau basi? 
  • Panduan Kira Kos & Keuntungan! - Ada satu bab saya bagi contoh, macam mana nak kira kos serta, bagaimana untuk meletakkan harga jualan! . 
  • Bagaimana Nak Mula? - Hah! Ini yang paling mustahak! Ramai orang tak tahu macam mana nak mulakan bisnes ni! Tak tahu kat mana nak cari pelanggan! Jadi, saya tunjukkan cara, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah, pantas dan tanpa mengeluarkan sebarang kos! 
  • Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp! - Tak perlu guna sistem rumit-rumit.. gunakan sahaja whatsapp yang memang kita gunakan hari-hari tu! Dalam ebook ni saya ajar macam mana nak simpan no pelanggan secara tersusun dan macam mana nak buat promosi kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada! . 
  • Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama! - Saya tunjukkan strategi macam mana nak dapatkan 100 contact (nama,phone & alamat diorang) dengan pantas! Insyallah.. boleh dapat 100 nama ini dalam masa 1-2 hari sahaja! Strategi ni kena keluar kos sikit! Tapi ia sangat berbaloi! 
  • Cara & Time Buat Iklan! - Ini sangat penting, anda perlu tahu bila waktu nak buat iklan, bila waktu nak ambil order serta bila waktu nak masak dan buat delivery! 
  • Cabaran & Rintangan - Walaupun bisnes ini kecil risikonya, tetapi, tetap ada juga cabarannya.. saya sharekan beberapa pengalaman sebenar saya menghadapi cabaran-cabaran ini dan bagaimana saya mengatasinya!
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Panduan buat bisnes dari rumah masak makanan dan buat penghantaran kepada pelanggan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !