Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 June 2020

Ini dia 6 skill yang anak muda baru grad perlu ada untuk mudah dapat kerja pasca Covid-19

  Ano Nyme       10 June 2020

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lulus dan gran dari universiti tidak lagi dapat memberikan jaminan anda akan dapat kerja.

Berdasarkan jumlah sebanyak 21 universiti awam dn 38 universiti swasta, seramai 51 ribu pelajar yang grad setiap tahun. Dari jumpah tersebut, biasanya dalam 60% akan kekal tak ada kerja dalam tempoh setahun dari lepas grad!

Itu belum masuk jumlah pelajar yang ambil Ph.D seramai 5 ribu orang setaip tahun. Menjelang tahun 2023, akan ada seramai 23 ribu orang pemegang Ph.D di negara kita.

Fakta di atas saya rujuk kepada laporan dari NST pada bulan Feb 2020 yang lalu. Boleh rujuk kat sini.

Ramai orang hilang kerja sebab isu Covid-19

Bila negara kita dilanda wabak Covid-19, isu lain pulak timbul. Masalah ekonomi yang jadi sangat suram bukan saja di negara kita, malah diseluruh dunia.

Bila ekonomi tak berapa baik, banyak perniagaan akan terkesan.

Bila jadi macam itu, banyak syarikat yang terpaksa kurangkan jumlah overhead tetap mereka. Jalan paling mudah adalah dengan buang pekerja.

Berdasarkan bancian yang dibuat oleh JobStreet, lebih dari 2 juta orang hilang pekerjaan disebabkan wabak covid-19 ini. Dan mereka semua sedang aktif mencari peluang pekerjaan lain.

Dalam keadaan ekonomi yang suram ini, masih ada banyak peluang pekerjaan yang menunggu mereka yang tak ada kerja. Antara sektor yang masih menyediakan peluang pekerjaan termasuklah sektor seperti berikut:
  • Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Pembuatan dan Perkilangan
  • Perbankkan dan Khidmat kewangan
  • Peruncitan dan Pemborongan
  • Perubatan dan Khidmat Kesihatan
Menurut JobStreet, terlalu banyak orang buat pencarian kerja kosong dalam internet berlaku sekarang. Bulan March 2020 saja, ada sebanyak 74 juta carian kerja berlaku di google. 

Jumlah itu adalah 13% lebih tinggi berbanding sebelum berlakunya isu Covid-19. Kalau dibandingkan dengan masa yang sama tahun lepas pula, ada peningkatan sebanyak 16%.

Banyak juga bantuan khidmat nasihat tentang kerjaya telaqh dirujuk kepada JobStreet berlaku bulan March. Lebih kurang 5 juta pertanyaan terhadap nasihat kerjaya JobStreet dapat.

Itu semua menambahkan lagi cabaran untuk mencari peluang pekerjaan.

Jadi apakah yang dapat membantu mereka yang baru grad untuk meningkatkan peluang mereka supaya menjadi lebih cerah mendapatkan kerja.

Saya baca dari perkongsian di LinkedIn, berikut merupakan skill yang dapat membantu anda yang baru grad untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan. Saya senaraikan di bawah. Ada 6 semuanya.

1. Khidmat Pelanggan

Kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan merupakan antara pekerjaan permulaan yang paling tinggi ditawarkan kepada mereka yang baru grad tamat pengajian dari pusat pengajian tinggi.

Jika anda ada pengetahuan yang bak macam mana nak buat kerja khidmat pelanggan ini, anda ada peluang yang cerah.

Tambahan pulak banyak syarikat yang terpaksa sesuaikan diri mereka dengan keadaan norma baru yang lebih banyak berhubung melalui digital untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan mereka. Pekerjaan ini makin diperlukan oleh banyak syarikat.

Belajarlah dan tambah ilmu anda terhadap teknik khidmat pelanggan ini. Ia sangat berbaloi untuk memudahkan anda mula masuk dunia pekerjaan.

2. Kepimpinan

Bukan semestinya anda kena jadi seorang pengrus untuk memerlukan anda kuasai kemahiran memimpin. Dalam menjalankan segala urusan harian di peringkat mana pun daya kepinpinan yang tinggi sangat diperlukan.

Anda akan sentiasa berhadapan dengan keadaan di mana keputusan dan pertimbangan yang baik perlu dilakukan. Perlu pandai meyakinkan orang yang berurusan dengan anda. Perlu pandai pengaruhi orang lain untuk melakukan perkara yang betul dan membantu semua orang.

Jadi, perlu belajar macam mana nak jadi pemimpin. Skill ini memerlukan kafahaman teori dan praktikal. Anda tak boleh berlakon sebagai seorang pemimpin jika anda tidak ada keupayaan yang betul untuk memimpin.

Cari maklumat dan belajar serta amalkan.
 

3. Komunikasi

Kemahiran ini tak boleh dipertikaikan lagi kepentingannya. Tambah dalam keadaan norma baru pulak, ramai orang terpaksa berkerja samada dari rumah atau secara berjauhan.

Hanya kemahiran berkomunikasi dengan baik sahaja yang akan membantu anda untuk menguasai keadaan dan menyampaikan dengan betul dan berkesan.

jadi belajar dan tambah ilmu anda tentang komunikasi berkesan.

4. Keupayaan selesaikan masalah

Masalah sentiasa timbul samada sebelum atau selepas Covid-19. Tambah pulak dalam keadaan sekarang yang semua orang lebih tahu dari semua orang lain. Akan sentiasa timbul maslaah yang baru yang perlu diselesaikan dengan pantas dan baik.

Jika anda seorang yang tidak gentar hadapi masalah dan suka cari jalan selesaikannya dengan cara yang berkesan dan pantas, anda ada banyak kelebihan untuk diterima kerja.

5. Operasi dan Pengurusan Projek

Cara kerja sentiasa berubah. Macam-macam kekangan baru yang timbul dan sentiasa ada perkara baru yang perlu di uruskan, dilaksanakan dan sampaikan dengan baik. 

Kamhiran untuk anda menguruskan projek sangat diperlukan dalam suasana dunia baru yang serba mencabar sekarang.

Syarikat perlu sentiasa bersedia untuk ubah haluan dan menyesuaikan diri dalam menghadapi permintaan dari liar yang tak dapat dikawal untuk kekal relevan. 

Kalau anda jenis kena tunggu arahan satu persatu sebelum dapat buat kerja, and ahanya akan menggagalkan usaha syarikat untuk bertindak dan berubah dengan pantas.

Jadi belajar tentang operai dan bagaimana cara nak uruskan sesuatu projek dengan baik dan berkesan.

6. Pemasaran

Antara kelebihan yang ada pada produk yang mampu bertahan semenjak masalah Covid-19 melanda dunia adalah produk yang dapat memahami kehendak dan keperluan pelanggan. Untuk memahami pelanggan, syarikat wajib sentiasa berupaya berhubung dengan pelanggan atau pelanggan sasaran mereka.

Itu semua adalah kerja pamasaran.

Jadi, jika anda ada keupayaan dan kemahiran dalam memahami teknik pemasaran dan merealisasikannya, sudah tentu anda ada banyak kelebihan yang sangat diperlukan oleh majikan.

Semua 6 kemahiran tersebut di atas adalah kemahiran yang di panggil soft-skill. Ia berbeza dari hard-skill yang anda belajar dan daptkan sijil diploma atau ijazah di universiti.

Memang hard-skill diperlukan untuk tambah keupayaan anda dapat kerja, tapi tanpa dikuatkan lagi dengan soft-skill, anda punya pelung yang agak nipis untuk bersaing dan menonjol di kalangan ramai lagi orang lain yang sedang memburu peluang pekerjaan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ini dia 6 skill yang anak muda baru grad perlu ada untuk mudah dapat kerja pasca Covid-19

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !