Ia merupakan hasil kerjasama antara FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) dengan Arus Education Sdn Bhd (Arus Academy).
Portal celik wang Fun(d) for Life
Anda boleh layari portal tersebut untuk ketahui macam mana dan apa yang ada di situ dengan pergi ke pautan berikut: fundfor.life
Apa yang ada dalam portal celik kewangan itu?
Berikut adalah perkara yang anda boleh lihat di dalamnya:
- Untuk pelajar - Permainan interaktif, infografik dan kandungan video. Ia dsediakan untuk pelajar yang berumur antara 7 tahun ke 18 tahun
- Untuk orang dewasa - Artikel yang berupa maklumat pendidikan untuk orang dewasa khasnya ibu dan bapa. Juga untuk sesiapa saja jika anda berminta nak tambah pengetahuan.
- Untuk para guru - Pelan pengajaran untuk para guru. Ia sesuai untuk semua peringkat gred. Juga sesuai dengan kurikulum kebangsaan.
Belajar urus kewangan di era Covid-19
Bila negara di landa wabak Covid-19, ramai yang mula sedar betapa pentingnya ilmu urus kewangan. Ramai yang sedar dan menyesal kenapa masa ada duit sebelum ini tak disiplinkan diri untuk menabung umpamanya.
Menabung untuk berjaga-jaga di kala kecemasan.
Mereka yang ada buat simpanan kecemasan macam itu agak lega bila negara di landa Covid-19. Tambah pulak jika anda antara yang terlibat tak dapat pergi kerja. Majikan pulak tak bayar gaji jika tak ada kerja.
Ada ramai juga kalangan ibu bapa yang kerja tak tetap. Mereka cari makan dengan dapat bayaran harian. Buat kerja rencam itu dan ini di sana dan sini. Bila semua orang tak boleh buat kerja, golongan ini memang sangat terkesan.
Tapi kalau ada duit simpanan, maka bolehlah makanan dan minuman di sediakan di atas meja untuk anak-anak dan seluruh keluarga makan.
Ada isteri yang tak pernah kerja. Selama ini hanya jadi suri rumah tangga sepenuh masa yang tak faham situasi PKP. Mereka lansung tak faham apa kesannya terhadap keupayaan suami untuk mencari duit yang sudah terbatas.
Malah ada ramai golongan suami yang lansung tak ada pendapatan. Terutamanya suami yang berniaga. Bila tak boleh berniaga, maka tak ada pendapatan.
Jika isteri tak faham, dia pulak jenis tak ambil tahu apa maklumat kat media massa. Tak mahu pulak guna akal untuk cuba mengerti segala kesan sekeliling kepada gaya hidup yang sudah ditimpa banyak halangan. Maka dia akan minta duit sebab nak belanja macam biasa.
Mana suami nak cari duit?
Bila suami terangkan dia tak mahu cuba faham. Itu perkara berat bagi akalnya dan dia tak bersedia untuk susahkan akal yang dia ada. Maka teraniayalha pihak suami. Sekadar boleh diamkan diri mengadu pada dinding kesusahan yang dialaminya.
Ilmu kewangan yang asas dan jelas adalah wajib untuk dihadam oleh semua orang sekarang. tak kira samada anda suami atau isteri. Jangan ingat isteri tak perlu fikir pasal cari duit, maka dia tak perlu cuba faham macam mana perjalanan dan kekangan yang ada dalam usaha mencari duit.
Jadi, rumusannya. Belajarlah pasal kewangan. Kalau tak mahu berusaha untuk cari wang pun, sekurangnya berusahalah untuk uruskan wang agar wang yang didapati dapat dilaburkan untuk kegunaan jangka masa panjang.
Jangan tuang habis, tuang habis ... mampus suami cari duit kalau macam itu.
Sama juga pada mereka yang kerja cari duit digalas oleh isteri. Suami pula kerjanya habiskan duit saja. Mengada-ngada dan kuat bergaya. Dah lah malas cari duit, kebas duit isteri dan mengebat mengorat perempuan lain pulak.
Itu lagi parah !
Saya kongsikan kenyataan media yang diberikan oleh pihak FWD Takaful:
FWD Takaful dan Arus Academy melancarkan Fun(d) for Life
Platform baru dalam talian untuk mengajar literasi kewangan
Platform ini juga mengandungi aktiviti pendidikan COVID-19 untuk para pelajar
Kuala Lumpur, 15 Jun 2020 - FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) meneruskan kerjasama dengan Arus Education Sdn Bhd (“Arus Academy”) dengan melancarkan portal Fun(d) for Life, sebuah platform dalam talian percuma yang mengajar literasi kewangan.
Ini adalah tahun kedua FWD Takaful bekerjasama dengan Arus Academy, sebuah perusahaan sosial yang ingin memberikan peluang yang sama pada semua untuk mendapatkan pendidikan berkualiti, dan sebahagian daripada siri inisiatif untuk mempromosikan literasi kewangan di seluruh negara.
Portal ini yang boleh dilayari di fundfor.life turut memiliki ciri-ciri berikut:
- Permainan interaktif, infografik dan kandungan video untuk pelajar berumur 7 hingga 18 tahun
- Artikel dan kandungan pendidikan untuk orang dewasa - sama ada ibu bapa, atau mereka yang sekadar ingin membina dan meningkatkan pengetahuan mereka
- Pelan pengajaran untuk guru, bagi semua peringkat gred, sesuai dengan kurikulum kebangsaan
Kesan ekonomi COVID-19 telah meningkatkan keperluan untuk kesedaran dan pengurusan kewangan peribadi, oleh itu platform ini juga telah direka untuk menawarkan bantuan dan sokongan khusus ketika melalui keadaan unik yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Ia juga sejajar dengan Strategi Nasional Malaysia untuk Literasi Kewangan 2019-2023.
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Takaful berkata,
"Kami berbesar hati kerana dapat meneruskan kerjasama dengan Arus Academy, terutamanya fokus mereka yang menyokong pelajar yang kurang bernasib baik. Platform ini adalah sebahagian daripada matlamat kami untuk memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memahami dunia kewangan dan istilah kewangan untuk membantu generasi muda kita.
"Fun(d) for Life akan merapatkan beberapa jurang berhubung pengetahuan kewangan yang penting dengan memberikan rakyat Malaysia akses yang mudah dan cepat dengan mengajar kemahiran kewangan yang berharga disamping membantu membentuk tabiat kewangan yang baik. Dengan cara ini, platform ini juga sejajar dengan visi utama kami untuk mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful."
Pengasas bersama Arus Academy, Alina Amir, berkata,
"Pelancaran ini tepat pada waktunya memandangkan kesan akibat COVID-19 dan kemelut kewangan turut dirasai oleh ramai keluarga. Ini meningkatkan lagi keperluan untuk mewujudkan pendidikan kewangan yang baik dan dapat diakses oleh rakyat Malaysia di semua peringkat umur – oleh itu kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan FWD Takaful dalam inisiatif baru yang menarik ini.
Fun(d) for Life adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang dilancarkan oleh FWD Takaful untuk mempromosikan pendidikan dan pengurusan kewangan yang baik - termasuk mendidik rakyat Malaysia mengenai konsep dan manfaat perlindungan takaful.
Pada tahun 2019, FWD Takaful dan Arus Academy melancarkan 'Fun(d) for Life Camps’; satu program literasi kewangan interaktif untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Dalam beberapa bulan akan datang, Fun(d) for Life akan berkongsi lebih banyak aktiviti dan kandungan untuk ibu bapa, guru dan pelajar.
Kepentingan pendidikan kewangan yang menyeluruh juga telah diketengahkan oleh Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penentu untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) 2030 PBB. Oleh itu, ia juga akan membantu Malaysia dalam mencapai matlamat-matlamat global ini.
- Tamat -
Mengenai FWD Takaful Berhad
FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (FWD) - perniagaan insurans daripada kumpulan pelaburan, Pacific Century Group - yang merentasi Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah Takaful keluarga dan faedah pekerja merentasi beberapa pasarannya.
Sejak tahun 2013, FWD telah menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru, dengan produk-produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital.
Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD akan mencapai visinya untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans.
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.
Mengenai Arus Education Sdn Bhd (Arus Academy)
Arus Academy adalah sebuah perusahaan sosial tempatan pendidikan yang memberikan murid pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui pendekatan kreatif dan digital. Matlamat kami adalah untuk menjadikan pembelajaran relevan untuk anak murid dan memupuk sifat mencintai ilmu. Program kami memberikan murid kemahiran design thinking, pengurusan projek, pembentangan, dan pengaturcaraan untuk melatih mereka menjadi seseorang yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.arusacademy.org.my.
Untuk pertanyaan media,
sila e-mel ke
media.my@fwd.com
atau hubungi:
Arnee Ismail
Brand,
PR & Communications,
Marketing
P (60) 3 2771 7776
M (60) 19 663 3390
E arnee.ismail@fwd.com
Aslinda Aminuddin
PR & Communications,
Marketing
P (60) 3 2771 7784
M (60) 12 294 5805
E aslinda.aminuddin@fwd.com
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !