Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

30 July 2020

Kenapa usaha anda untuk hapuskan pepijat dari rumah masih lagi gagal sampai sekarang

  Ano Nyme       30 July 2020

Pernahkah anda bagun pagi ketika tidur di bilik hotel murah, kemudian rasa gatal pada anggota tubuh badan?

Bahagian yang gatal pulak mungkin pada bahagian belakang di leher, pinggang, lengan atau kaki?

Biasanya, jika sekadar tidur satu malam sahaja, kemudian dah nak check-out keluar dari hotel tu, anda tak akan ambil peduli sangat pada rasa gatal tersebut. Anda abaikan saja sebab bergegas nak keluar dan nak selesaikan urusan lain pulak yang jauh lebih penting.

Jika anda pernah rasa gatal sebegitu, ada kemungkinan katil hotel yang anda sewa itu ada si pemburu malam penghisap darah manusia, Pepijat!

Hapuskan Pepijat dengan rawatan haba - Ramai pelanggan yang sudah merasa lega bila menggunakan khidmat rawatan haba bagi menghapuskan pepijat degil dari rumah mereka. Mungkin Easelife Services Sdn Bhd juga dapat bantu anda sekarang dengan kepakaran yang mereka ada. WhatsApp (https://wa.me/60102342542)

Pepijat ada di bilik tidur rumah

Kalau pepijat hanya ada kat hotel saja masih ok lagi. Tapi anda perlu tahu yang pepijat mampu terjun masuk ke dalam beg kembara anda dan ikut anda pulang ke rumah.

Jika anda tidak berhati-hati, tak tahu si pemburu malam itu memag ada hisap darah anda malam tadi. Anda bangun, kemas lipat baju sumbat masuk ke dalam beg dan terus check-out untuk balik ke rumah. Sedangkan pada baju terpakai yang anda campakkan semalam dah ada seekor dua pepijat duduk di celah lipatan baju tu.

Atau mungkin beg kembara anda yang terbuka dan tersadai tepi dinding tak jauh dari katil semalam dah dimasuki oleh dua atau 3 ekor pepijat semalam. Dia dah berkenan dengan bau badan yang melekat pada lipatan baju terpakai dalam beg itu.

Bila anda balik ke rumah, tanpa disedari anda bawa bersama beberapa ekor pepijat dari bilik hotel tempat anda bermalam sebelum itu.

Maka bermulalah pembiakan kumpulan pepijat kat dalam bilik tidur anda pulak!.

Tanda rumah anda pepijat

Antara tanda rumah ada pepijat adalah macam yang saya sebutkan kat atas tadi. Ada kesan gigitan dan rasa gatal bintik kemerahan pada anggota tubuh badan setiap kali bangun pagi.

Biasanya gigitan bukan sekadar satu titik saja. Mungkin lebih dari 2 atau 3 bintik gigitan dan rasa gatal. Bentuknya pula adalah secaar zig-zag. Tempatnya pulak pada bahagian pinggang belakang, bahagian lengan belakang. leher atau kaki.

Jika anda kenal macam mana bau pepijat, anda juga boleh agak bahawa tempat tidur di rumah anda itu memang ada pepijat.

Tambah pulak jika ada kesan tompok kecil darah kat cadar tu. Itu menambahkan lagi kemungkinan pepijat hisap darah anda semalam.

Bila anda selak semua bahagian tepian tilam dan celahan katil, dan bernasib baik nampak pepijat sedang merayap cari tempat berlindung, maka memang sah rumah tu dah ada pepijat.

Jika pepijat baru ada 3 atau 4 ekor, memang agak sukar nak jumpa kehadirannya melainkan anda yakin kesan gatal pada anggota badan tu adalah kesan gigitan pepijat. Tanda-tanda lain seperti tinggalan najis, kulit pepijat yang tertanggal dan lain-lain lagi masih tak ada sebab pepijat dewasa dah tak bersalin kulit.

Cuma bila pepijat mula menetaskan telur dan mula beranak pinak, barulah ada anak pepijat yang membesar dan perlu bersalin kulit.

Kenapa pepijat gagal dihapuskan

Seandainya anda memang dah yakin pepijat memang ada, tindakan paling logik yang anda akan buat adalah cuba untuk menghapuskannya.

Kalau pepijat memang ada banyak kat rumah tu, mungkin anda akan dapatkan khidmat syarikat pest control untuk hapuskan pepijat dari bilik tidur atau rumah anda.

Tapi malangnya, ramai yang berusaha untuk hapuskan pepijat dari rumah mereka menemui kegagalan. Spray bahan kimia yang anda beli dari kedai atau pasaraya. Spray air serai dan sebagainya yang mendakwa dapat hapuskan pepijat dan lain-lain petua yang anda tonton atau baca dari youtube. Semuanya menemui kegagalan.

Keesokkan paginya masih ada kesan gigitan baru pulak pada badan anda itu. Atau selepas hilang seminggu dua, kemudian dah muncul kembali.

Kenapa jadi macam tu?

Saya berikan beberapa sebab kenapa anda masih gagal hapuskan pepijat kat rumah anda tu sampai sekarang masih ada lagi.
  • Racun atau Bahan kimia yang tak berkesan - banyak laporan menunjukkan pepijat dah mula jadi kebal dan tak lut dengan bahan kimia racun serangga yang ada di pasaran sekarang. Jadi tak ada kesan sangat bila kena racun tu.
  • Tidak masuk ke celahan jauh - Bahan kimia yang anda gunakan spray pada kawasan yang anda rasa ada pepijat tu celahannya ke dalam. Dan bahan kimia tu pulak tak sampai masuk ke tempat pepijat menyorok.
  • Telur tak mati - Mungkin bahan racun yang anda pakai tu memang berkesan. Anda jumpa pepijat dan terus spray semua sampai mati dan anda rasa lega tengok mereka semua mati. Tapi telur masih ok. Masih melekat di celahan tilam atau katil dan tunggu masa saja untuk menetas. Bila menetas, pepijat muncul kembali.
  • Rawatan tidak menyeluruh - Kerja cari dan sembur pepijat ni sebenarnya sangat remeh. Perlu ambil masa dan buat pemeriksaan di seluruh tepat yang berpotensi kawasan membiak pepijat. Jika anda tak sabar, maka tak semua pepijat dihapuskan.
  • Rumah terlalu bersepah banyak barang - Ini ada kaitan dengan sebab kat atas tu. Bila rumah bersepah dan banyak barang. Maka banyaklah tempat menyorok membiak pepijat. Ini menjadikan kerja mencari dan hapuskannya bertambah remeh dan sukar.
Itu antara sebab yang menyumbang kepada kegagalan usaha anda hapuskan pepijat dari rumah. Memang usaha hapuskan pepijat bila dia dah banyak merebak adalah kerja sukar yang perlukan kesabaran dan kemahiran.

Cara paling bagus adalah buat usaha pencegahan dari awal. Dalam bab jauhi maslaah ini, memang mencegah lebih baik dari merawat adalah terpakai dimana-mana saja dalam kehidupan.

Hapuskan pepijat dengan Haba

Salah satu cara terkini yang sangat berkesan untuk hapuskan pepijat adalah dengan menggunakan teknik rawatan haba.

Ini dapat mengatasi semua masalah seperti ketahanan pepijat terhadap racun dan masalah bahan kimia tak sampai ke tempat pepijat menyorok di celahan katil atau rekahan.

Masalah telur tak mati juga tidak timbul lagi sebab haba panas itu akan membunuh apa saja samada pepijat dewasa, anak pepijat atau telur pepijat.

Jadi akan ada proses penghapusan pepijat secara total dari rumah anda.

Sudah tentu kerja mengenal pasti segenap tempat untuk dilalukan haba juga sangat penting. Wajib juga untuk kemaskan dan kurangkan segala barang yang berterabur kat dalam rumah anda itu. Lagi kurang benda, lagi mudah rawatan dapat dilakukan dan lagi berkesan.

Jika anda mahukan khidmat menghapskan pepijat dengan teknik rawatan haba, boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control berlesen dan berpengalaman sejak tahun 1998.

Hubungi Athirah di nombor 010-2342542 atau klik sini untuk WhatsApp (https://wa.me/60102342542)
Ramai pelanggan yang sudah merasa lega bila menggunakan khidmat rawatan haba bagi menghapuskan pepijat degil dari rumah mereka. Mungkin Easelife Services Sdn Bhd juga dapat bantu anda sekarang dengan kepakaran yang mereka ada.
 
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa usaha anda untuk hapuskan pepijat dari rumah masih lagi gagal sampai sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !