Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 July 2020

Rajin buat 'Stretching' mampu membuatkan jantung anda jadi sihat - Kajian

  Ano Nyme       21 July 2020

Berapa kerap anda buat senaman regangan atau yang biasa kita panggil 'stretching'?

Biasanya orang yang rajin buat senaman regangan ni ialah orang yang sama yang rajin buat senaman lain seperti jogging, jalan kaki, berbasikal dan seumpamanya.

Orang yang rajin bersukan juga biasanya, yang dah biasa dengan cara bersukan yang betul, tak akan lupakan proses melakukan senaman regangan sebelum mula bersukan.

Saya yang dah terbiasa sertai kumpulan sukan macam bolasepak untuk sekolah sejak sekolah rendah lagi memang dah terbiasa sangat untuk melakukan stretching ni setiap kali masuk ke padang. Tak akan terus terjun dan main macam itu saja kerana dah dilatih macam tu oleh para jurulatih.

Bila pergi main bolasepak kat kampung dengan kawan-kawan masa petang pun, sudah pasti akan didahului dengan senaman regangan untuk kendurkan otat dan jadikannya lebih fleksibel.

Sekarang saya dah tak main bolasepak. Apa sukan pun dah tak main. Tapi bersenam masih tetap diteruskan sehingga sekarang. Saya akan berjalan kaki cepat-cepat setiap pagi sebelum pergi kerja. Biasanya paling cepatpun saya akan jaln kaki selama 45 minit.

Setiap kali nak mulakan jalan kaki, memang dah selesa sangat untuk lakukan senaman regangan tangan dan kaki. Rasa sedap sangat buat senaman regangan macam tu pagi-pagi kemudiannya mula berjalan laju-laju selama 45 ke sejam.

Bila dah selesai berjalan kaki pula, buat sekali lagi senaman regangan. Kali ini lebih lama sedikit dari masa awal sebelum nak berjalan kaki tadi.

Semua tu dibuat berdasarkan tabiat yang memang dah terlatih selama ini. Kalau tak buat rasa janggal.

Senaman regangan tanpa bersukan

Ada juga orang yang walaupun dia tak bersukan, tapi dia rajin buat senaman regangan. Saya tengok orang tua-tua kat kampung suka amalkan stretching macam ni setiap petang atau setiap pagi.

Ada pula orang yang akan buat senaman regangan setiap kali bangun pagi. Bila dah tersedar dari tidur, dia tak bangun terus. Dia akan buat seneman regangan seketika atas katil tu. Lepas tu bangun duduk tepi katil teruskan lagi senaman regangan.

Kemudian baru bangun. Masa bangun pun dia akan tambah lagi senaman regangan masa berdiri tu. Samada pakai sokongan dinding atau berdiri atas lantai dan tunduk ke bawah pegang ibu jari kaki.

Saya juga rajin buat senaman regangan selepas bagun tidur sebelum mandi walaupun tak nak bersenam jalan kaki. Regang sana dan sini, kemudian buat tekan tubi atau ketuk ketampi sampai letih baru pergi mandi.

Saya tertanya-tanya juga samada bagus ke tidak buat senaman regangan sahaja macam tu. Ada manfaatnya tak kepada kesihatan tubuh badan?

Ada sekali saya dengar kat Radio masa tengah bawa kereta seorang yang saya tak ingat siapa kongsikan cara untuk mengeliat ketika berada atas katil. Dia juga galkkan untuk kita kerap mengeliat dan tak perlu nak tunggu bangun tidur baru nak mengeliat.

Katanya, mengeliat ini sangat diperlukan dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Saya tak pernah pula semak kebenaran perkongsiannya itu.

Senaman regangan baik untuk kesihatan jantung

Baru-baru ini saya nampak maklumat yang sangat menarik tentang senaman regangan ni. Ia dapat membantu menjadikan jantung anda sihat jika selalu diamalkan.

Semua itu dirumuskan berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan kepada peserta kajian selama 12 minggu.

Jika anda buat regangan pasif selama 12 minggu berturut-turut, pengaliran darah anda akan menjadi lebih baik dan seterusnya memberikan kesan yang sangat positif dalam mengelak dari terkena strok atau serang masalah jantung!

Patutlah ramai yang sampai buat kelas kongsikan teknik meregangkan otot. Macam lelaki yang saya dengar dalam radio tempoh hari. Dia siapa buat kelas untuk ajar teknik mengeliat.

Anda boleh rujuk kepada maklumat kebaikan melakukan senaman regangan secara pasif setempat itu pada pautan kat sini.

Kajian senaman regangan 12 minggu

Dalam kajian, mereka pecahkan seramai 39 orang kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan kena kena buat seaman regangan sebanyak 5 kali dalam seminggu. Dan aktiviti itu berterusan selama 12 minggu. Maksudnya setiap hari dia akan buat senaman regangan dan 2 hari saja dalam seminggu dia rehat tak buat.

Satu lagi kumpulan tak buat apa-apa aktiviti srtetching.

Ternyata kumpulan yang buat stretching 5 kali seminggu selama 12 minggu itu didapati fungsi aliran darah dan jantung mereka menjadi lebih baik dari biasa. Itulah kesannya yang sangat menakjubkan. \

Hanya buat senaman regangan saja tu.

Kalau and atambah lagi dengan senaman aerobik sepeti jalan kaki dan seumpamanya, berganda-ganda lah kebaikannya.

Jadi, tunggu apa lagi.

Benda mudah sangat ni!

Buatlah senaman regangan pasif statik selalu. Caranya mudah saja, anda gunakan benda luar seperti dinding, lantai atau alat senaman untuk paksa sedikit regangan anggota dan otot seperti kaki atau tangan.

Regangkan dan relaks kat situ selama 2 atau 3 saat.

Atau angkat kaki letakkan atas tempat tinggi paras pinggan, luruskan dan cuba rapatkan badan anda ke kaki tu. Bertahan selama 2 atau 3 saat. 

Itulah senaman rengangan ... ahhh saya yakin anda tahu macam mana nak buat!

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Rajin buat 'Stretching' mampu membuatkan jantung anda jadi sihat - Kajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !