Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 July 2020

Serangan pepijat - 3 tanda awal ini menunjukkan pepijat ada pada katil tempat tidur anda sekarang

  Ano Nyme       04 July 2020

Serangan pepijat dah jadi satu masalah yang kerap berlaku sekarang. Menurut syarikat pest control berlesen di Shah Alam, Easelife Services Sdn Bhd, setiap minggu akan ada panggilan dari pelanggan mengadu rumah mereka ada pepijat.

Berbanding dengan 6 ke 7 tahun sebelum ini, aduan serangan pepijat seakin menjadi-jadi sekarang.

Pepijat merupakan makhluk kecil yang sangat leper. Saiznya dalam lingkungan 5 mm sahaja. Berwarna coklat kemerahan pekat seperti warna besi karat.

Sejak kebelakangan ini, pepijat dilaporkan semakin kebal terhadap racun serangga yang biasa digunakan untuk menghapuskan mereka. Ini membuatkan usaha kawalan serangan pepijat dengan menggunakan bahan kimia menjadi sesemakin sukar dan mencabar.

Sebab itu teknik kawalan serangan pepijat dengan menggunakan Haba menjadi semakin popular sekarang.

Untuk info lanjut tentang teknik kawalan pepijat dengan menggunakan Haba, sila Call Athirah 010-234 2542

Memang tak tahan jika rumah, terutamanya di atas katil tempat tidur anda ada pepijat menyorok dan sedang mula membiak membina team hisap darah mereka.

Macam mana nak kesan lebih awal, sebelum serangan pepijat jadi lebih teruk, yang menunjukkan adanya pepijat pada katil tempat anda tidur sekarang?

Sedikit fakta tentang pepijat

Anda tentu dah tahu yang pepijat ni hanya menjadikan darah sahaja sebagai sumber makanan mereka. Mereka sangat mudah membiak. Cara hidup mereka yang sangat berahsia menjadikan kewujudan mereka agak sukar untuk anda nampak kehadiran mereka.

Kerja menghasilkan dan menetas telur adalah kerja pepijat betina. Sepanjang hayat pepijat betina ini hidup, mereka akan menghasilkan lebih kurang 300 telur pepijat yang akan menetas menjadi anak pepijat.

Jangka hayat pepijat adalah antara 2 ke 4 bulan sahaja. Tak lama sangat. Tapi melihatkan kepada jumlah telur yang pepijat betina itu hasilkan, anda boleh bayangkan banyak mana dan betapa cepatnya mereka tersebar menjadi banyak.

Tanda pertama adanya pepijat

Pernahkah anda bangun pagi dan terasa ada sedikit pedih dan gatal pada lengan, pinggang, leher atau bahagian kaki?

Jika kerap sangat jadi macam itu dan berturut-turut setiap pagi pulak tu, itu tanda-tanda awal kemungkinan ada pepijat pada katil tempat anda tidur sekarang.

Pepijat merayap keluar ketika anda sedang tidur. Ketika gigit, cecair yang bertindak sebagai bius di rembeskan. Ini membuatkan anda tak rasa apa-apa sepanjang masa ketika pepijat itu menghisap darah anda.

Bila dah selesai dia akan pergi menyorok semula di tempat berkumpul semua pepijat yang ada pada katil anda itu.

Bila dah bangun, kesan bius dah tak ada, barulah terasa pedih dan gatal sedikit.

Tanda kedua adanya pepijat

Satu lagi cara untuk anda boleh tahu adanya pepijat adalah dengan melihat kesan samada, darah pada bantal, tilam atau cadar.

Anda juga boleh pastikan adanya pepijat jika nampak najis tompokkan hitam kecil yang dikeluarkan oleh pepijat samada pada tilam, bantal atau cadar.

Jika anda selak pada tepian tilam atau cadar. Atau tengok pada celahan perabut katil ada tinggalan kulit pepijat, itu tanda yang terang benderang adanya pepijat.

Tapi jika serangan pepijat masah dalam peringkat awal. Tak ada banyak sangat pepijat, agak sukar nak jumpa kulit tinggalan pepejat ni. Sebab pepijat dewasa dah tak bersalin kulit.

Bila pepijat dah mula beranak, untuk membesar, anak-anak kecil pepijat akan mula bersalin kulit. Barulah anda akan mula nampak kesan tinggalan kulit pepepijat.

Kulit yang pepijat keluarkan bila berdsalin kulit akan menjadi banyak dengan cepat sebab kadar untuk hancur kulit itu makan masa. Jadi semakin lama semakin banyak kulit tinggalan pepijat tersebut.

Maknanya, jika ada terjumpa kulit pepijat, dah dalam peringkat yang tak elok tu. Pepijat dah mula membiak dan jika dibiarkan berterusan, jumlah mereka akan menjadi semakin banyak.

Begitu juga kesan kena gigit pepijat makin menjadi-jadi. Mereka akan mula merebak ke kawasan berhampiran dan jika dibiarkan lagi, akhirnya habis semua rumah dah kena serangan pepijat.

Tanda ketiga adanya pepijat

Satu lagi tanda yang agak mudah, samada pepijat dah banyak atau sedikit, adalah adanya bau seperti ketumbar atau bau manis sedikit hapak di kawasan adanya pepijat. 

Satu lagi perkara berkenaan pepijat ni. Bila kumpulan mereka dapati ada gangguan, mereka akan keluarkan bau yang dipanggil sebagai 'alarm pheromone'. Ia seperti bau yang memberikan isyarat ada gangguan.

Bau juga boleh ada dari bahan buangan dari pepijat tersebut.

Bila anda terjun nak baring atas tilam tu, terasa macam ada sedikit bau ketumbar pulak. Sebelum ni tak pernah ada bau macam itu.

Haaa!

Itu satu lagi tanda mudah untuk tahu adanya pepijat pada katil anda tidur sekarang!.

Cara atasi masalah gigitan pepijat

Saya ada kongsikan bagaimana cara untuk ubati masalah gatal dan bitikan merah pedih hasil dari gigitan pepijat tu sebelum ini kat balog ini.

Anda boleh baca kat sini caranya.

Apa yang penting. Bila dah kena gigit pepijat tu adalah:
  • Letakkan benda yang sedkit sejuk pada tempat kena gigit tu seperti kain yang bersih dan dibasahkan. Ini untuk pastikan rasa gatal dan pedih itu berkurangan.
  • Pastikan kawasan kena gigit itu bersih.
  • Jangan garu kat situ!!!. Nanti jadi lebih teruk kesan gigitan tu sampai berkudis bagi orang yang alah kepada garuan.
Penting untuk segera hapuskan pepijat yang ada pada katil dan tilam tempat tidur anda. Jika anda ada masalah masih tak dapat hapuskan pepijat tu segeralah berhubung dengan syarikat pest control berlesen untuk membantu anda selesaikannya sampai habis.

Anda boleh dapatkan khidmat hapuskan pepijat dengan menggunakan Haba yang sangat berkesan dari Easelife Services Sdn Bhd.

Call Athirah di nombor 010-234 2542 atau WhatsApp https://wa.me/60102342542 untuk maklumat lanjut.
Jika anda ada kawan-kawan yang hadapi masalah pepijat ini, bolehlah kongsikan artikel ini dengan mereka. Terima kasih!
 
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Serangan pepijat - 3 tanda awal ini menunjukkan pepijat ada pada katil tempat tidur anda sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !