Ini satu kajian yang menarik. Berkenaan perbezaan antara orang yang menarik dengan orang yang tidak menarik.
Adakah anda anggap diri anda seorang yang menarik atau seorang yang tidak menarik?
Untuk jawab soalan itu, tak boleh tanya pada tuan punya badan. Kena tanya pada orang lain yang tak kenal anda. Jawapan yang diberikan biasanya lebih tepat menggambarkan keadaan sebenar di mata orang ramai.
Soalan samada anda menarik atau tidak ni perlu tanya orang lain, sebab ada masalah perasan terhadap diri sendiri yang berbeza dari keadaan sebenar.
Perasan dari segi menarik atau tidak terhadap diri sendiri berbeza antara orang yang memang menarik dengan orang yang memang tidak menarik.
Orang tidak menarik perasan lebih menarik
Kalau anda tanya pada orang yang tidak menarik bagaimana dia berikan markah terhadap daya tarikan dirinya sendiri. Biasanya mereka akan berikan markah lebih dari keadaan sebenar.
Maksudnya, kena buat bancian terlebih dahulu dengan bertanya orang ramai yang tak kenal anda. Tanya apa pandangan mereka dan berikan markah terhadap daya tarikan anda.
Jawapan dari orang ramai itu akan dapat berikan gambaran terhadap daya tarikan sebenar diri anda di mata orang ramai.
Selepas itu bandingkan markah yang anda sendiri berikan terhadap diri anda, dengan markah yang orang ramai berikan.
Bila kajian di buat, memang keputusannya menarik ..
Kajian mendapati, golongan yang tidak menarik, biasanya akan berikan markah lebih daripada keadaan sebenar. Dia perasan yang dia lebih bagus.
Pelik bukan?
Mungkin timbul soalan samada mereka ni jenis yang tak tahu menilai antara menarik atau tidak menarik. Jadi nak kena buat ujikaji juga tengok cara orang tak menarik buat penilaian.
Kajian juga dah cover masalah ini dengan melihat cara mereka memberikan penilaian terhadap orang lain. Memang mereka tahu dan penilaian yang diberikan oleh golongan ini adalah sama saja seperti semua orang lain.
Maksudnya mereka memang tahu bezakan antara apa yang yang dikatakan menarik dengan tidak menarik.
Oleh itu, memang sah orang yang tidak menarik biasanya lebih perasan lebih yang mereka jauh lebih menarik dari hakikat sebenarnya.
Orang menarik lebih betul andaian mereka
Tapi agak pelik juga bila ujian yang sama dilakukan terhadap orang yang menarik.
Kita buat ujian sama dengan tanya tahap daya tarikan anda pada orang ramai.
Selepas itu bandingkan pula markah yang anda berikan sendiri dengan apa yang orang ramai berikan.
Rata-rata, orang yang memang menarik akan berikan markah yang lebih tepat atau kalau tak tepatpun, dia akan berikan markah yang lebih rendah dari apa yang orang ramai berikan.
Boleh dirumuskan bahawa orang menarik lebih berpandangan realistik terhadap diri mereka sendiri berbanding orang yang tidak menarik. Mereka juga lebih cenderung untuk merasakan diri lebih kurang menarik dari hakikat sebenar yang dirasakan oleh orang ramai.
Orang menarik banyak kelebihan
Semua orang tahu betapa beruntungnya mereka yang menarik. Orang menarik lebih mudah mendapat kerja. Lebih mudah naik pangkat. Lebih mudah dapat kawan. Lebih mudah disukai orang dan biasanya orang yang menarik akan lebih tinggi gaji mereka berbanding orang yang tak menarik.
Adakah kerana orang menarik ni lebih realistik berbanding orang yang tak menarik?
Boleh jadi juga. Sebab bila anda memang tak menarik dan perasan yang anda jauh lebih menarik dari keadaan sebenar. Membuatkan orang rasa meluat pada sikap anda yang merasan lebih tu. Mungkin sebab itu orang tak menarik lebih susah nak dapat kerja berbanding orang yang menarik.
Kajian menarik atau tidak menarik
Anda boleh semak kajian terhadap pandangan orang menarik dengan orang tidak menarik terhadap diri mereka sendiri di pautan sini.
Kajian itu membuktikan bahawa orang tak menarik tak sedar bahawa diri mereka jauh lebih tidak menarik daripada yang mereka sangkakan. Maksudnya mereka ada sedikit sikap perasan lebih.
Satu lagi persoalan yang patut kita tanya adalah samada boleh atau tidak boleh untuk kita jadikan diri menarik.
Mungkin ada kaitan dengan karisma dalam bab menarik atau tidak menarik ini. Tidak semestinya berwajah cantik atau hensem untuk jadi menarik. Ada banyak lagi faktor lain yang dapat menyumbang terhadap daya tarikan seseorang.
Kebersihan, kesihatan, cara berpakaian dan sebagainya mampu memberikan perbezaan terhadap daya tarikan.
Ada kajian yang mengatakan kita boleh bina karisma supaya diri dapat jadi lebih menarik. Jika anda berminat nak tahu macam mana nak jadikan diri lebih berkarisma, boleh baca artikal kat pautan sini. Boleh baca dan amalkan petua yang dikongsikan di situ untuk menjadikan diri anda lebih berkarisma.
Adakah anda rasa diri anda menarik sekarang?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !