Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

11 September 2021

9 cara mudah untuk menjadi seorang yang sentiasa kreatif - menarik untuk diamalkan

  Ano Nyme       11 September 2021


Artikel kali ini adalah sumbangan En Azad Jasmi. Beliau merupakan seorang usahawan berjaya, seorang coach dalam bisnes dan seorang peminat tegar dunia automotif terutamanya kereta berprestasi tinggi.

Boleh follow dia kat Linkedin atau kat Instagram

Artikel yang Azad tulis menyentuh bab kreatif.

Dulu saya percaya yang bukan semua orang mampu jadi kreatif. Bagi saya, satu ketika dahulu, gelaran kreatif datang sekali satu pakej ketika anda dilahirkan.

Tapi ternyata, andaian itu salah sama sekali.

Semua orang mampu jadi kreatif. Pilihannya terletak pada diri anda sendiri samada nak keluarkan keupayaan kreatif yang dipendamkan dalam diri anda selama ini atau tidak.

Kalau anda sendiri tak mau keluarkan, tak ada sesiapa yang boleh bantu. Anda sendiri yang menghalang amalan kreativiti yang ada dalam diri anda.

Kita baca apa En Azad tulis pasal kreativiti kat bawah ni ..

Kreativiti Perlu Dalam Kehidupan

Saya ingin kongsi input berkenaan permikiran yang wajar untuk kita menjadi kreatif, baik bagi pelajar, orang bekerja atau pun usahawan.

Ini ialah hasil garapan dari sedikit pembacaan dan semoga ada manfaat buat kita insyAllah.

Ekologi kehidupan sering diasyikkan dengan perkara-perkara rutin yang membosankan sehingga membawa kepada kegelisahan dan ketidakselesaan.

Sesetengah orang berpandangan idea kreatif hanya berlaku pada orang yang tertentu dan bukan semua orang boleh memilikinya.

Namun hakikat sebenar idea kreatif bukan bergantung kepada tanggapan kita samada kita adalah seorang yang kreatif ataupun tidak, tetapi ia bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir.

Berlatih untuk asah Kreativiti

Berikut 9 cara yang boleh anda guna pakai untuk melatih dan mengasah keupayaan kreativiti yang ada terpendam dalam diri anda.

#1. Bergembira dan bersuka

Idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Sering kali kalau kita perhatikan, kebanyakkan idea-idea hebat datang dari orang yang suka bergaul dengan orang yang berseronok dengan apa yang mereka lakukan.

#2. Fikir macam budak

Kanak-kanak sentiasa ada idea untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka tidak meletakkan had atau limitasi pada sesuatu penyelesaian. Kita sebagai orang yang dewasa pula selalu meletakan limitasi pada sesuatu penyelesaian sehingga menyebabkan kita menjadi tidak kreatif.

#3. Tiru individu yang kreatif

Pilihlah sesiapa sahaja yang telah membuktikan bahawa mereka ialah orang yang kreatif. Orang yang telah berjaya dengan pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan, mereka kebanyakkanya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil dan mempunyai imaginasi yang tinggi.

#4. Tambahkan pengetahuan am

Selalu membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan pengetahuan anda dalam pelbagai perkara. Cukuplah sedakar memahami prinsip, asas dan pengenalan tentang sesuatu. Ia pasti akan banyak membantu anda mengeluarkan idea-idea yang bernas.

#5. Mempelbagaikan cara berfikir

Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran. Itu yang terbaik.Teknik berfikir adalah satu kemahiran bukan semula jadi. Anda perlu belajar dan berlatih.

#6. Usah fikirkan perihal logik

Oleh kerana terlalu berfikiran mengikut logik, ramai orang gagal untuk menjadi orang yang kreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. Tetapi kreatif bukan tentang perkara yang sudah ada! Kreatif berkaitan perkara yang belum ada atau belum wujud. Jika idea itu berada di mana-mana, itu bukan kreatif namanya.

#7. Berfikir gila, bukannya gila, tetapi gila-gila

Banyak kegunaan hari ini tercetus kerana pemikiran gila-gila. Rudolph Schneider (pencipta kad kredit) terfikir bolehkah makan di restoran tanpa membayar?

Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama, Diner’s Cub. Cuba bayangkan anda hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar, kamera, kalkulator, jam, penggera, jam randek, dan diari, bahkan boleh juga menghantar faks.

Sudah pasti orang lain cakap itu idea yang gila. Tetapi itu ialah idea tidak gila. Ia idea yang gila-gila.

#8. Anda tidak perlu pempertahankan idea sendiri

Dalam berkreatif, yang penting ialah keluarkan idea. Tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Orang lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika masih diperingkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. Yang penting ialah idea.

#9. Berani untuk jadi kreatif

Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif dan benarkan diri anda buat kesilapan.

Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif boleh dianggap satu kejayaan yang besar. Mungkin anda tidak berjaya kali pertama, namun ia bukan satu kegagalan.

Yang penting cubaan anda itu tidak menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Tapi perlu ingat, ciri-ciri orang kreatif ialah istiqamah dan tidak takut kepada masalah.

Selain itu, benarkan untuk diri anda melakukan kesilapan.

Memanglah orang yang mengikut pada kebiasaannya jarang sekali membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah.

Natijahnya usah kita cepat mengalah, dan beralih angin sekiranya idea yang anda buat tu gagal.

Anda perlu ingat bahawa tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama-lamanya.

Kenal pasti kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud, lakukan penambah baikkan dan cuba sekali lagi.

selain dari kesemua yang disenaraikan kat atas tu, jangan lupa untuk berdoa.

Mintalah daripada pemiliknya. Perlu diingat, idea itu adalah milik Allah.

Mohon dan mintalah daripada-Nya supaya dibukakan pintu hikmah dan khazanah pengetahuan-Nya untuk anda.

Mohonlah, doa kepada Allah tidak putus-putus dengan hati yang khusyuk dan tawadduk setiap hari selepas solat.

Yang baik itu dari Allah dan segala kekurangan ialah milik saya

Azad Jasmi

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 9 cara mudah untuk menjadi seorang yang sentiasa kreatif - menarik untuk diamalkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !