Bancian tahun 2019 mendapati setiap 1 dari 5 orang rakyat Malaysia mengidap masalah diabetes atau kencing manis. Itu satu fakta yang menakutkan sebab jumlah mereka yang ada diabetes mungkin adalah lebih tinggi lagi dari itu sebab ada ramai juga yang tak sedar dia kena kencing manis.
Jumlah orang yang mengidap kencing manis menurut bancian itu adalah seramai 3.9 juta rakyat Malaysia!. Data tahun 2015 hanya ada dalam 13.4% saja geng kencing manis. Tahun 2018 dah naik sampai jadi 18.3% !
Bab tak jaga kesihatan di kalangan rakyat Malaysia sangat ketara. Hanya seorang dari 4 orang yang berumur lebih dari 16 tahun yang hidup aktif. Malas bergerak rupanya orang Malaysia nih!
Lebih kurang separuh dari rakyat Malaysia terlebih berat badan mereka. Senang cakap, panggil saja gemuk. Ini memang semua orang boleh lihat sendiri kalau anda duduk kat kawasan yang ada orang ramai. Cuba perhatikan berapa orang yang tubuh badan mereka slim dan menarik?
Baca laporan kesihatan kat Malaysia dalam berita Malay Mail ni.
Pengidap Diabetes boleh cuba kopi dan teh
Kenyataannya ramai orang Malaysia dah kena kencing manis. Itu berita tak baik!
Satu lagi berita tak baik adalah, kencing manis ni merupakan satu penyakit yang memang tak ada ubat untuk dipulihkan untuk anda kembali normal tanpa diabetes seperti sediakala.
Satu-satunya cara nak kawal diabetes supaya tidak menjadikan anda lebih merana dan teruk dan seterusnya mati lebih awal daripada tempoh normal secara biologi adalah dengan ubah gaya hidup. Jaga makan, banyak bersenam dan pantau keadaan gula dalam darah secara konsisten.
Mungkin berita kajian yang dilakukan di Jepun ini dapat berikan sedikit harapan untuk anda cuba amalkan.
Beritanya adalah berkenaan kajian terhadap seramai hampir 5000 orang Jepun, purata umur 66 tahun, yang ada masalah sakit kencing manis. Mereka dipantau untuk melihat tabiat mengambil minuman kopi dan teh hijau.
Kekerapan atau banyak mana amalan mengambil minuman kopi dan teh ni dilihat untuk mengukur kesannya terhadap kesihatan dan panjang umur mereka.
Sebagai mana semua orang dah tahu minum kopi atau teh memang berikan kesan positif terhadap kesihatan orang ramai. Sebab kedua-dua itu tinggi kandungan antioksidannya.
Hasil kajian menunjukkan mereka yang ambil lebih dari 4 cawan teh sehari, atau lebih dari 2 cawan kopi sehari, risiko mati awal berkurangan sampai 40%.
Itu mungkin dah biasa kita dengar ..
Yang menariknya, orang yang minum kedua-duanya sekali. kalau dia jenis yang suka ambil 2 atau 3 cawan teh sehari dan juga ambil 2 atau lebih kopi sehari, menyaksikan risiko mati awal berkurangan sampai 51%
Jadi gabungan minum kedua-duanya berikan kesan yang lebih baik lagi!
Dan mereka yang ambil lebih banyak lagi gabungan kopi (2 cawan atau lebih) dan teh hijau ( 4 cawan atau lebih) ni, risiko mati awal meningkat lagi sehingga ke tahap 63%.
Ringkasnya, minum kedua-duanya sekali setiap hari. Kopi dan juga teh hijau. Minum banyak tak apa. Tapi tak payahlah bubuh gula. Dah tahu ada kencing manis, tentu anda tahu macam mana nak minum kopi atau gula kan!.
Kajian perlu lebih maklumat lagi
Walau macam manapun, kajian ini perlu diperhatikan dengan lebih mendalam. Lagipun ia dibuat untuk orang Jepun dan mungkin tak sama dengan orang Malaysia.
Mungkin juga ada faktor gaya dan cara hidup yang memainkan peranan kat sini yang tidak diambil kira. Orang yang kuat minum teh hijau dan kopi asli original kat Malaysia umpamanya adalah orang yang agak berada.
Orang kampung totok macam saya belum tentu nak biasa ambil kopi asli ori dan teh hijau.
Namun begitu, bukan susah pun kalau nak cuba. Lagipun, kopi atau teh hijau ni memang ok juga rasanya akalu dah biasa minum. Memang terasa perubahan dari segi kesegaran tubuh badan bila sering amalkannya.
Cubalah!
Untuk maklumat lanjut berkenaan kajian anda boleh lihat dan baca kat pautan di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !