Anda pernah ucap ungkapan ini?
Anda pernah dengar orang ucap?
Anda pernah berkata dalam hati?
Saya ingin kongsikan sedikit sikap manusia yang sering ingin tonjolkan bahawa setiap kejayaan orang itu, ada sebahagian dari mereka yang mereka bantu.
Ada sebahagian yang mereka bantu itu mereka suka ungkit dan nak beritahu bahawa kejayaan orang itu adalah hasil dari mereka.
- “Aku Yang Bantu Dia Dapat Kerja. Dah dapat kerja lupa dan sombong pada aku. Kalau aku tak tolong dahulu entah apa jadi.”
- “Aku yang bagi modal dia buat business tu. Kalau aku tak bagi mana dia ada duit. Dah kaya ni aku call pun tak angkat phone.”
- “Ini idea aku la yang beritahu dia. Dah cedok idea aku tu senyap terus dan tak hello hello pun aku. At least bagi lah token ke, apa ke.”
- “Dia dulu tu bukan ada jawatan dalam parti. Aku yang susah susah kempen pada dia. Dah naik, lupakan aku.”
- “Dulu dia bukan tahu apa apa pasal racing. Lepas join aku dan menang terus pergi team lain dan lupakan aku”
- “Dulu masa sekolah, punyalah teruk pelajaran. Aku bantu dia macam-macam. Bila sekarang ni aku nak pergi jumpa pun tak layan. Buat macam tak kenal.”
- “Dulu sebelum Coaching, business dia teruk. Lepas Coaching dengan aku tu business dia naik terus. Kalau tak kerana aku, tak naik punya business dia.”
- "Kalau aku yang tak ambil dia kerja, entah apa jadi kat dia. Mungkin merempat. Aku yang bagi dia kerja sampai dia berjaya. Sekarang call dah tak angkat.”
- “Kalau aku tak introduce dia kat “xxxxx” tu, confirm tak dapat projek tu.”
Kalau kita nak tolong, tolong lah dengan ikhlas. Dia nak sombong ke, nak lupakan kita ke, nak marah kita ke, itu sikap buruk dia.
Bila kita ikhlas menolong orang, usah mengharapkan sebarang balasan dan jangan ungkit dan hanya berdoa pada Allah agar seseorang itu berubah menjadi baik.
Jika kita membuat kebaikan dengan mengharapkan balasan baik dari seseorang, kita tidak baik.
Kita buat baik ini dengan ikhlas sehala, yakni kita buat baik dan tiada perasaan ingin ungkit atau bercerita pada orang.
Bantu orang. Senyap. Redha dan hanya harapkan balasan Allah.
Kita hanya usaha dan Allah yang berikan kejayaan.
Ingat, Allah pilih kita untuk bantu dia. Dan Allah hantar ujian pada kita agar sabar dengan perangai dia.
Jadi tak perlu sakit hati, tak perlu resah. Tak perlu cerita pada orang. Buat baik dan terus lupakan sahaja.
Allah berfirman:
”Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti (perasaan si penerima)” (Al-Baqarah: 264)
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tiga golongan orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu; orang yang menghulurkan kainnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya, dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.”
Juga disebutkan sebuah hadis:
”Tiga golongan yang tidak masuk syurga; orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan orang yang terus menerus minum arak, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya.”
Suatu hari, Ibnu Sirin mendengar seorang berkata kepada sahabatnya, “Aku sudah berbuat baik kepadamu. Aku sudah melakukan ini…. dan itu …!” Maka Ibnu Sirin menegurnya, “Diamlah! Tidak ada kebaikan dalam amal kebajikanmu jika ia disebut-sebut!”.
Sebahagian ulama’ berkata, “Barangsiapa mengungkit-ungkit kebaikannya, dia bukan termasuk orang yang bersyukur; dan barangsiapa merasa bangga dengan amalnya, pahalanya menjadi terhapus.”
Jika kita bantu orang. Bantu sajalah. Usah ungkit. Allah kan ada untuk balas di akhirat. Kenapa kita perlu dan dambakan balasan di dunia, dambakan pengiktirafan manusia?
Ini merupakan peringatan untuk saya sendiri yang sentiasa lemah dengan pelbagai dugaan dan ujian.
Saya mengharapkan ada manfaat dan kebaikan yang boleh saya kongsikan bersama, insyAllah. Yang baik itu pasti dari Allah. Yang buruk itu milik saya pastinya.
Artikel bertajuk 'Elakkan Sikap Ungkit' ini adalah sumbangan dari saudara Azad Jasmi yang dkirimkan pada 21 Nov 2020. Beliau merupakan seorang usahawan, penceramah dan pembimbing usahawan berpengalaman. Follow Azad di laman LinkedIn
—————————
Sikit perkongsian.
ReplyDeleteIkhlas bermakna, niatnya semata mata kerana Allah swt. Salah satu dr 6 syarat bg kesempurnaan iman ; 1.ikhlas, 2.jujur, 3.amanah, 4.sabar, 5.syukur dan 6.tawakkal.
4 tingkatan ikhlas.
1. Kerana takutkan azab dan amaranNya, serta mengharap balasan baik drNya.
2. Mengharap ampunan dan rahmatNya.
3. Mengharap redhaNya.
4. Semata mata syukur kpdNya.
Bak kata Al Imam AsSyafei ; setinggi tinggi derjat seorg hamba, adalah hamba yg sentiasa bersyukur kpdNya, abdan syakura.
Terima kasih atas perkongsian!
Delete