Pernah dengar tak macam mana orang menggunakan kesan emosi terhadap warna untuk memberikan persepsi yang tertentu terhadap produk atau servis yang orang bisnes jual?
Untuk satu barang yang sama, anda akan lihat dengan emosi berbeza bergantung kepada warna barang tersebut dipersembahkan.
Kemungkinan selama ini anda telah tertipu dengan mainan warna terhadap sesuatu produk adalah sangat tinggi. Antara dua barang yang sama, secara tidak sedar anda pilih salah satu barang hanya disebabkan terpengaruh hanya dengan warnanya sahaja.
Kajian terhadap warna dan emosi
Satu kajian terah dilakukan terhadap 4,500 peserta dari 30 buah negara. Kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Johannes Gutenberg University Mainz (JGU).
Dalam bancian atau kajian tersebut, peserta telah diberikan sebanyak 20 jenis perasaan yang ditulis. Mereka diminta untuk kaitkan setiap perasaan tersebut dengan satu warna pilihan yang menterjemahkannya.
Peserta juga diminta menyatakan kekuatan warna tersebut dalam menggambarkan perasaan pilihannya. Maksudnya memberikan skala antara 1 ke 10 di mana 1 lemah dan 10 sangat kuat.
Hasil dari kajian ternyata warna memberikan terjemahan perasaan tertentu untuk semua orang dari semua negara. Bergantung kepada dari negara mana anda berasal, warna memang ada kaitan dengan perasaan yang tercetus di dalam minda anda.
Warna merah didapati punya perasaan negatif dan positif bergantung kepada negara. Ada yang melihat merah sebagai positif. Contohnya merah memberkan maksud sayang atau cinta. Ada pula yang melihat merah sebagai mewakili tanda bahaya, geram atau marah.
Warna coklat pula didapati tak banyak memberikan kesan perasaan terhadap manusia di kebanyakan negara.
Warna pilihan berikan gambaran personaliti
Warna yang anda suka banyak memberikan terjemahan terhadap sikap atau personaliti yang anda miliki.
Macam yang selalu orang kongsikan selama ini, meneka personaliti anda dari warna yang anda suka nampaknya memang ada kebenarannya.
Anda boleh rujuk kajian terhadap personaliti berdasarkan pilihan warna kegemaran di pautan bi bawah:
Kalau anda seorang yang meminati warna merah, biasanya anda punya sikap yang kuat dan nekad. Agak mudah meloncat buat keputusan pantas tanpa fikir panjang dan sukakan cabaran dan petualangan (adventure).
Jika anda minat warna orange, anda adalah seorang yang kreatif, ceria dan sukakan kebebasan. Biasanya orang yang minat warna orange ni sangat produktif, sentiasa bersemangat, berikan semangat dan galakan serta ceria. Biasanya sangat menyeronokkan untuk ada bersama anda.
Warna orange yang blog
www.hidupringkas.com gunakan sebagai warna tema blog itu memang sangat sesuai untuk memperlihatkan sikap suka membantu dan sentiasa memberikan galakan dan panduan kepada para pembacanya. Cuba pergi lihat dan baca blog tersebut
di sini.
Warna biru pula dikaitkan dengan keboleh percayaan seseorang. Boleh digantung harap dan seumpamanya. Sebab itu beberapa syarikat besar yang nak ketengahkan bahawa diri mereka sangat boleh diharapkan dan boleh dipercayai sering memilih warna biru terhadap warna logo mereka.
Persepsi warna setiap negara berbeza
Ini ramai yang dah tahu. Tapi kajian yang universiti tu buat telah mengesahkan wujudnya kaitan emosi yang tercetus berdasarkan warna secara lebih meyakinkan. Bukan sekadar andaian lagi.
Warna putih misalnya. Kalau di negara Cina ia memberikan gambaran kesedihan. Kalau kat negara kita, untuk orang Melayu misalnya, warna putih lebih melambangkan kesucian dan ketelusan. Kalau kita tengok orang pakai baju dan kain serba putih pergi ke surau atau masjid, sejuk hati memandangnya.
Tapi, kalau anda pergi ke Greece, warna yang menggambarkan kesedihan adalah warna ungu. Kemungkinan besar persepsi terhadap warna sebegitu adalah berkaitan dengan budaya atau amalan tradisi sesebuah negara sejak dahulu.
Kat China pakaian putih dipakai bila nak kebumikan mayat. Kat Greece pulak pihak gereja akan berpakaian warna ungu gelap bila nak berkabung.
Satu lagi perkara menarik terhadap kaitan emosi dengan warna ini adalah menyentuh warna kuning. Kajian mendapati di negara yang kurang mendapat cahawa matahari, warna kuning mencetuskan emosi kegembiraan yang kuat.
Cetusa emosi kegembiraan terhadap warna kuning makin pudar di negara-negara yang mendapat banyak cahaya matahari.
Ada banyak faktor yang memberikan kesan emosi terhadap warna. Budaya, bahasa, agama, cuaca, keadaan muka bumi, sejarah perkembangan sesebuah negara dan perkembangan sistem persepsi manusia itu sendiri.
Walaupun manusia ada akal yang sangat berupaya untuk berfikir secara rasional, tapi tak dapat elak dari pengaruh emosi yang biasanya lebih pantas pengaruhi keputusan manusia.
Nanti kita buat satu artikel khas untuk huraikan makna dan perasaan terhadap warna-warna utama yang ada.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !