Pernah dapat panggilan telefon dari seseorang yang anda tak kenal kononnya dari pihak bank, beritahu kononnya anda ada tunggakkan bayaran ansuran hutang bank selama beberapa bulan?
Sedangkan anda yakin tak pernah ada hutang dengan bank yang disebutkan dan tak pernah ambil jumlah hutang seperti yang diberitahu oleh pemanggil tu.
Kalau pernah jadi macam itu, besar kemungkinan anda sedang dihubungi oleh seorang scammer. Kalau tak pernah berlaku, berhati-hatilah dan ingat artikel ni. Supaya anda tidak mudah terkena dek scammer yang sangat pandai berlakon dan kering hati mereka.
Tunggakan hutang 3 bulan
Ada sekali saya sedang duduk minum pagi di Kuching Sarawak. Tiba-tiba dapat panggilan dari seorang lelaki yang kononnya dari cawangan sebuah bank terkenal di Terengganu.
Selepas dia tanya nama saya, dia beritahu yang saya ada tunggakan hutang selama 3 bulan. Bla-bla-bla dan akhirnya saya malas nak layan dan letak saja phone tu. Senang cerita. Kalau memang betul bank nak cari saya bukannya dengan telefon.
Dia akan hantar surat macam yang bank biasa amalkan.
Tapi saya semak lah juga selepas itu. Manalah tahu kot-kot ada hamba Allah yang pakai nama saya untuk ambil duit bank. Itulah yang lelaki dalam phone tadi beritahu. Ada orang pakai maklumat peribadi saya untuk dapatkan loan.
Ternyata semua yang lelaki scammer tu gertak, tidak wujud sama sekali.
Terima mesej dari isteri polis
Dalam satu lagi kisah, saya sedang breakfast juga. Tapi kat rumah. Masa tu seorang diri. Ada temujanji lewat tengahari. Jadi ada banyak masa menikmati sarapan buat salad dan bakar roti sapu mentega dan jem.
Tiba-tiba dapat satu mesej dari sms dan bukannya WhatsApp.
Pelik juga mesej sms. Sekarang ni amat susah nak dapat mesej sms kecuali dari KKM atau mesej dari bank nak beritahu ada transaksi berlaku pada akaun bank.
Penghantar mesej itu panggil saya Kak Zah. Kononnya dia pergi mengurut semalam dengan Kak Zah dan hasilnya amat memuaskan. Dan mula bercerita pula tentang pay*dar* yang dah terasa segar dan berbagai lagi.
Sekali lalu saja saya dah yakin itu cubaan untuk memerangkap.
Takkan la nak berkomunikasi dengan tukang urut pakai sms. Pakai ler whatsapp. Lagipun, takkan le tak simpan nombor telefon tu dalam memori phone. Main taip dan hantar mesej saja dan terus cerita ke dalam.
Oleh sebab saya tak ada kerja, maka saya layan. Dalam asa yang sama saya mula buat carian terhadap nombor telefon yang tertera di sms tersebut. Saya cari juga dari whatsapp untuk melihat samada paparan gambar ada atau tidak.
Caranya adalah dengan save nombor tu. Buka kat Whatsapp untuk hantar mesej. Biasanya akan ada paparan gambar nombor orang yang anda save tu.
Dari paparan tu dia pamerkan gambar seorang gadis lincah berseluar jeans bersinglet tanpa lengan dan kelihatan genist dan seksi.
Satu lagi yang anda boleh buat adalah terus semak dalam portal samada nombor tertera pernah ada laporan kes atau tidak.
Untuk semak samada nombor telefon yang hubungi anda tu ada kes atau tidak, boleh pergi ke portal ini. Masukkan nombor phone tu dan tekan cari maklumat. Kalau ada laporan kes, dia akan beritahu. Maknanya nombor tu scammer la.
Semak scammer kat pautan sini.
Selepas saya semak memang dah ada 3 laporan kes terhadap nombor itu. Memang sah-sah scammer nak gepaq orang cari duit mudah.
Selepas beberapa siri balas mesej, tiba-tiba dia ubah kepada whatsapp pula. Buat terkejut dan pamerkan gambar saya terpampang seorang lelaki. Dia buat-buat tanya you siapa????
Terus dia maki saya kurang ajar dan biadap sebagainya. Ugut untuk beritahu suaminya yang kononnya seorang pegawai polis di sebuah balai. Dia akan dedahkan kebiadapan saya berbohong dan menyamar dalam portal polis dan buka kes.
Saya tak berapa nak mengigil sangat sebab tak ada apa-apa yang jelik sangat perbualan yang saya taip bila dia buat provokasi bertanya soalan-soalan sensitif. Semua jawapan saya adalah jawapan tak masuk tajuk lansung.
Bila dia ugut nak buat laporan polis, saya dah malas nak layan dan kata, baguslah. Bolehlah kita jumpa kat balai nanti .. dan saya abaikan saja. Dia jawab dengan gertakan untuk pastikan saya diseret masuk penjara ..
Semua berhenti setakat itu saja.
Selepas itu bila saya semak semula nombor dan gambar pada whatsapp, nombor tu dah tak aktif lagi kat whatsapp.
Jangan terlanjur layan
Walalupun saya kononnya nak main-main dengan scammer tu, tapi saya rasa itu bukanlah satu tindakan yang bijak.
Jadi saya nasihatkan pada kawan-kawan pembaca kat luar sana terutamanya yang lelaki, jika ada umpan masuk macam tu, elok abaikan saja jangan nak layan. Itu lebih baik dan aman damai.
Kalau anda memang nak perangkap mereka dan cuba kesan panggilan datang dari mana dan sebagainya, tak apalah layan. tapi sekadar nak main-main, elok hentikan saja niat macam itu.
Biasanya mereka akan cuba menakutkan lelaki yang terlanjur layan sampai basah dan buat ayat atau hantar gambar yang bukan-bukan sebab dan lalok. Bila terlebih, dia akan gunakan semua itu untuk ugutan.
Bila anda dah terperangkap, dia akan tawarkan jalan selesai mudah dengan membuat bayaran. Begitulah kerja scammer.
Jadi berhati-hati!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !