Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 January 2021

Iktibar yang boleh anda ambil dari kejadian kemalangan jalanraya yang banyak berlaku saban hari

  Ano Nyme       22 January 2021


Setiap kali saya memandu jarak jauh dengan menggunakan lebuhraya dan jalan biasa, sentiasa akan bertemu dengan kejadian kemalangan jalanraya.

Jika keadaan jalanraya basah ketika musim hujan, lebih tinggilah kemungkinan akan terserempak dengan kemalangan jalanraya.

Alhamdulillah! dalam tempoh lebih dari 15 tahun, setakat ini, saya bernasib baik tidak berhadapan sendiri dengan kejadian kemalangan di jalanraya. Peristiwa paling akhir yang saya kemalangan teruk kalau tak silap adalah pada tahun 2004.

Ketika itu saya memandu Proton Satria. Pulang dari KLIA untuk ke rumah di Subang. Selepas bergerak separuh jalan berlaku satu kemalangan ngeri. Kereta saya masuk bawah Treler panjang bawa besi berat. 

Nasib baik saya masih hidup dengan sedikit luka kecil pada tangan antara jari anak dengan jari manis di tangan kanan. Itupun cedera sebab terjahan satu pecahan kecil kaca dari ribuan kaca cermin depan kereta yang hancur berderai sebab ditekan remuk oleh tayar besar treler tersebut.

Kereta saya terpantul keluar dari bawah lori dan terhenti di tepi jalan sebelah divider tengah lebuhraya utara selatan tu. Saya berjaya menendang pintu dan dapat keluar dari kereta dalam keadaan selamat walaupun seluruh tubuh saya menggigil ketakutan.

Sejak itu saya faham bagaimana nak ikut rasa detik hati dalam membuat keputusan nak laju atau nak perlahan, nak potong atau nak kekal dibelakang. Sampai sekarang, kekal selamat tanpa sebarang kemalangan. Moga Allah pelihara anda yang membaca dan saya dari kejadian yang tak diingini setiap kali memandu kenderaan.

Statistik kemalangan jalanraya

Saya cari maklumat berkenaan kemalangan jalanraya di negara kita dari google. Dapat satu pautan dari maklumat Polis Diraja Malaysia berkenaan statistik kemalangan jalan raya dari tahun 2011 hingga Jun 2020. Rujuk pautannya di sini.

Saya kongsikan purata statistik setahun, yang saya kira, kemalangan jalan raya dari tahun 2011 hingga ke tahun 2019. Saya tak ambil kira tahun 2020 lagi sebab maklumat yang diberikan hanya antara bulan Januari hingga Jun sahaja.

Cuba lihat statistik tersebut di bawah kemalangan untuk satu tahun:

  • KEMALANGAN MAUT - 6,210 
  • KEMALANGAN PARAH - 3,399
  • KEMALANGAN RINGAN - 6,436
  • KEMALANGAN ROSAK SAHAJA - 486,836
  • JUMLAH KEMALANGAN - 502,880 
  • KEMATIAN - 6,715
  • CEDERA PARAH - 4,350
  • CEDERA RINGAN - 8,180 

Statitstik yang diberikan oleh PDRM itu sangat menakutkan. Kalau saya bahagikan jumlah setahun sebanyak 365 hari, purata jumlah kemalangan yang berlaku sehari adalah sebanyak 1,378 kemalangan berlaku atas jalanraya.

Jumlah yang meninggal dunia pula adalah dalam 17 orang setiap hari!

Semua maklumat itu sebenarnya adalah lebih buruk dari Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang. Dan ia berlaku saban tahun tanpa nampak ada sebarang perubahan untuk reda dan dapat dielakkan.

Saya tulis pasal kemalangan di atas lanjutan dari sumbangan artikel di bawah ini yang diberikan oleh saudara Azad Jasmi, seorang pemandu profesional yang sangat terlatih dalam lumba kereta rally. Jom kita baca perkongsiannya kat bawah ni.

Ikhtibar dari Insiden Untuk Pemandu

Azad Jasmi | 22 Jan 2021

————————————————

Kemalangan ialah sesuatu yang tidak pernah dipinta oleh sesiapa. Jadi penulisan kecil kali ini bukanlah ingin mencari salah laku pemandu atau sesiapa yang terlibat tetapi sekadar untuk menjadi peringatan buat saya sendiri serta pembaca. Tiada prajudis buat mana-mana pemandu.

  • Kenderaan yang hebat dengan sistem brek dan suspensi mahal bukanlah “lesen” untuk kita memandu laju di atas jalan raya lebih-lebih lagi pada kawasan perumahan, pada kawasan pusat perniagaan atau jalan-jalan yang ramai kenderaan. 
  • Jangan sesekali kita “underestimate” kekuatan kenderaan dan “overestimate” keupayaan diri. “Aku dah ada lesen dekat 20 tahun lebih, aku pernah masuk lumba, aku tahu sistem kereta aku, aku pernah itu ini, aku biasa bawa sports car, aku dah masuk kelas defensive driving, aku selalu masuk Sepang”. Kata-kata ini bukanlah satu validasi yang melayakkan kita memandu dengan laju. 
  • Sikap diri, ego diri, adab pemanduan itu bukan berdasarkan berapa lama anda dapat lesen atau berapa banyak kali kita masuk Sepang atau berapa mahal sistem kenderaan kita. Sikap ini perlu dibentuk dan jangan jadikan jalan raya untuk tempat nak “test power”, nak jadikan tempat nak suruh kawan rasa kereta yang baru ditala, nak test sistem brek dan sebagainya. 
  • Sekadar pandangan tentang sistem brek, ramai yang bergolok gadai beli sistem brek yang mahal dengan “brake pads” racing contohnya tapi kereta digunakan untuk ke pejabat dan ke 7-Eleven dan untuk pengetahuan suhu optimum pads itu kadang kala tidak mencapai aras cengkaman yang baik kerana suhu yang belum tinggi, maka daya cengkaman brake pads racing anda itu lebih rendah keupayaannya kerana anda hanya bergeral dari Point A ke Point B untuk ke kedai berdekatan.
  • Dengan bangga kita menekan minyak dengan laju dan akhirnya tahap brek anda itu tidak terlaksana dengan baik, bukan kerana brake pads itu salah tapi tahap ilmu pemandu dan sikap pemandu yang memilih lapangan yang salah untuk “test power”. Ini kerap kali berlaku.
  • Ramai menganggap suspensi keras dan rendah, tayar lebar, tukar rim sport, tukar “brake pads racing” dah membolehkan anda memandu laju. Dan mereka rasa kenderaan mereka ini dah “layak” untuk dipandu laju.
  • Tingkatkan ilmu pemanduan dan ilmu pemanduan ini bukan sahaja skil fizikal mengawal kenderaan tetapi skil kematangan diri untuk mengawal emosi agar tidak mudah terpengaruh dengan “ajakan” kenderaan lain atau mudah teruja dengan kenderaan lain di atas jalan raya. Kematangan mengawal emosi juga ilmu pemanduan yang jarang diambil berat. 
  • Ramai mudah terusik jika memandu kenderaan berkuasa tinggi dan terlihat kenderaan lain yang sedang cilok “Dia ingat kereta dia power ke? Dia tak kenal aku lagi.” Maka berlaku satu “perlumbaan tak rasmi.” 
  • “Aku baru saja tukar ECU dan brakes sert downpipe serta exhaust system ni. Kena try.”  Bila keluar sahaja dari workshop terus “test”. Ini juga satu isu.
  • Isu tukar “exhaust” dan pemandu syok dengar bunyi sambil turun cermin sambil kepala tengok tepi nak dengar bunyi exhaust pun ada. Jadi tak fokus ke cermin hadapan. 
  • Sebelum memandu, elok berdoa dan bertawakkal. 
  • Tidak kira jenama kenderaan apa atau jenama tayar apa pun, atau jenama brek, ini tidak boleh “Defy the law of physics” atau menentang lumrah fizik bila hujan. Elok perlahankan kenderaan.
  • Sekali lagi peringatan, jalan raya bukan tempat berlumba atau tempat nak pamerkan kelajuan kenderaan atau kemahiran pemandu kerana ia boleh mencederakan orang lain jika berlaku kemalangan.

Yang baik dari Allah dan buruk itu dari saya.

Safety First, Last & Always.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Iktibar yang boleh anda ambil dari kejadian kemalangan jalanraya yang banyak berlaku saban hari

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !