Pagi tadi kawan kat grup wasap kongsikan kejayaannya berjalan kaki lebih dari 8 ribu langkah!. Satu kejayaan yang besar tu!
Perlu diraikan kejayaan macam tu supaya amalan dapat berterusan!.
Biasanya untuk dapat jumlah sebanyak itu, anda perlu jalan kaki sejauh lebih dari 6 kilometer. Jumlah yang disarankan oleh kebanyakan pakar adalah sebanyak 10 ribu langkah sehari.
Kalau setiap pagi dah boleh jalan kaki lebih dari 7 ribu langkah, ertinya dalam tempoh satu hari tu sampai ke malam, akan dapatlah sasaran 10 ribu langkah tu.
Kalau anda jenis kerja yang banyak berjalan ke sana ke sini, akan lebih banyak lagi jumlah langkah yang dapat dibuat setiap hari.
Bila masuk ke peringkat umur 40 tahu ke atas, kalau tak jaga badan dan tak amalkan gaya hidup sihat sejak dari muda dulu, kesannya akan mula kelihatan dengan jelas. Badan mula gempal, perut mula memboyot dan banyak lemak tergantung disana sini pada anggota tubuh badan yang lain.
Kalau tersedar, alhamdulillah.
Kawan saya tu mungkin masuk dalam kategori dah terasa nak betulkan semula perubahan pada tubuh badan tu. Terutamanya pada bahagian perut. Nak kelihatan slim dan nak ringankan semula berat badan. Itulah yang terbaik. Bila masa pun anda nak mula buat baik, tidak ada erti lewat.
Memang masa yang paling sesuai untuk mula bersenam secara konsisten adalah dalam 10 tahun dulu. Tapi masa itu dah missed. Jadi ambil peluang kedua untuk mula bersenam. Iaitu sekarang!
Hilangkan lemak pada bahagian perut
Dalam banyak-banyak lemak yang boleh berkumpul pada tubuh badan anda tu, lemak yang berhimpun pada bahagian anggota perut adalah yang laing tak best!
Mat Saleh panggil 'belly fat'.
Lemak kat perut tu memang membuatkan penampilan anda jadi sangat hodoh! Perut merening bulat sampai pusat tenggelam ke dalam. Pakai selur akan sentiasa melondeh jatuh ke bawah perut. Sangat merimaskan.
Lemak kat bahagian tu ditentukan oleh banyak faktor. Antaranya adalah keturunan, umur, hormon, jantina dan gaya hidup.
Gaya hidup tu termasuklah apa makanan yang anda selalu ambil, macam mana tahap tekanan jiwa yang anda hadapi setiap hati dan bagaimana anda tidur merehatkan diri.
Ada jiran saya yang sangat ketara perut boroinya. Dia sangat aktif main bola main futsal. Tak berapa tua sangat. Tapi perutnya punya lah boroi sampai nampak risau bila dia berjalan kaki bawa anjingnya meronda di taman.
Macam-macam dia dah usahakan, katanya pada saya satu hari. Tapi semuanya tak berkesan. Saya kata mungkin perut jadi macam tu atas faktor keturunan juga. Dia bersetuju dan mengaku memang keturunannya ada bakat mudah perut jadi boroi.
Lemak yang terkumpul kat kawasan perut tu memang ada fungsi yang tersediri. Perlu ada juga lemak kat bahagian tu untuk adi kusyen dan filter kepada anggota lain yang ada di kawasan tersebut. Saya baca yang lemak itu juga main peranan untuk sistem imuniti kita.
Tapi bila dah terkumpul secara berlebihan, ia mendatangkan kesan buruk pada tubuh badan. Paling ketara adalah lemak yang terlalu banyak tu akan menghimpit dan mengubah kedudukan semua organ penting lain yang ada dalam badan.
Itulah yang bahaya!
Ia dapat mecetuskan masalah insulin yang tidak dapat digunakan dengan betul oleh tubuh badan. Begitu juga dapat membuatkan seluruh anggota lain jadi sakit bukan saja kat bahagian perut tu.
Jadi sangat penting untuk berusaha kurangkan lemak kat bahagian perut tu demi kesihatan tubuh badan anda.
Persoalannya macam mana nak buat?
Saya kongsikan langkah penting kat bawah yang perlu anda lakukan. Iktu langkah ini, insyaallah usaha anda untuk jadikan perut nampak slim dan macam orang muda akan lebih mudah dan berkekalan.
Kawal tahap tekanan hidup
Langkah paling awal dan paling penting untuk turunkan tahap lemak pada perut dan pada bahagian lain anggota tubuh badan anda adalah dengan kawal stress.
Mungkin anda rasa pelik apa kena mengena stress dengan gemuk. Kajian menunjukkan jika anda sering tertekan atau stress, anda akan lebih mudah untuk kumpulkan lemak pada bahagian tengah badan anda tu!
Bila anda tertekan, akan berlaku rembesan hormon kortisol yang banyak. Dengan meningkatnya jumlah hormon kortisol tersebut, anda akan terasa nak makan dan sangat berselera sekali. Lalu belasah makan dan pengumpulan lemak pada bahagian tengah badan juga menjadi sangat mudah.
Oleh itu, apa saja aktiviti yang membuatkan tekanan jiwa anda meningkat, membuatkan anda rasa stress, akan membuatkan anda mudah kumpulkan lemak pada tubuh badan.
Oleh itu, tanam niat dalam hati. Berikan azam dan komitmen yang sepenuhnya dengan berniat seperti berikut ..
"Mulai dari hari ini, aku berjanji untuk jadikan usaha kawal dan mengelakkan diri dari stress adalah perkara penting dalam kehidupan aku"
Alhamdulillah anda dah pasang niat!
Bila dah niat nak jaga stress tu, kenalah tahu macam mana nak uruskannya.
Semua orang tahu bahawa cara terbaik untuk kawal stress adalah dengan pergi bersukan atau bersenam. Kemudian, anda juga boleh jadikan aktiviti solat dan berzikir sebagai alat mengawal stress juga.
Kalau orang barat dan orang bukan islam mereka akan amalkan meditasi sebagai cara kawal tekanan. Yang Islam tu boleh buat sebagai mana yang saya syorkan ka atas tu ya!
Utamakan rehat dan tidur
Masih lagi dalam usaha untuk kawal stress kat atas tadi.
Tidur adalah satu cara yang penting untuk kawal stress. Anda hanya perlu pastikan cukup tidur saja. Itu saja dah cukup untuk kawal tahap tekanan yang semak dalam dada anda tu.
Dalam satu kajian yang disiarkan dalam majalah SLEEP, tak cukup tidur mempunyai hubung kait yang sangat kuat terhadap bertambahnya jumlah lemak pada bahagian perut di kalangan mereka yang berumur bawah 40 tahun.
Orang yang selalu tidur tak cukup, iaitu kurang dari 5 jam sehari, menampakkan peningkatan jumlah lemak pada bahagian perut sebanyak 32%
Bagi mereka yang tidur cukup pula, iaitu dalam 7 jam sehari, peningkatan lemak pada bahagian tersebut hanya dalam 13% sahaja.
Oleh itu, sila ambil serius dengan jaga waktu tidur ni. Jangan bawa masuk segala laptop atau phone dan seumpamanya ke dalam bilik tidur.
Jaga apa yang anda makan
Sekarang kita masuk ke dalam bab jaga makan pulak untuk pastikan and atak makan segala benda yang membuatkan penambahan lemak jadi sangat pantas.
banyak maklumat pasal pemakanan boleh di dapati dalam buku dan internet. Pergi cara dan baca semua maklumat itu dan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
Anda perlu tahu bahawa kalau nak hilangkan 1 kilo lemak, sebanyak 7000 kalori perlu dibakar dari tubuh badan anda. Ideanya kat sini adalah pastikan anda sentiasa bakar lemak dan jangan sumbat jumlah makanan yang kandungan kalorinya lebih tinggi daripada jumlah kalori yang anda bakar.
Dan juga jangan lupa minum banyak air kosong.
Bersenam dengan konsisten
Jaga makan saja masih tak cukup kalau anda benar-benar nak kawal berat badan dan kempiskan perut.
Perlu ditambah satu lagi aktiviti iaitu bersenam secara rutin. Salah satu darinya macam saya cakap pada awal tadi iaitu jalan kaki 10 ribu langkah sehari.
Atau boleh cari mana-mana senaman cardiao yang anda suka seperti berenang, kayuh basikal, panjat bukit, menari, masuk hutan dan sebagainya.
Perlu buat secara tetap dan berterusan.
Tambah pula lagi dengan aktivit angkat berat sikit. Bolah saja guna kerusi, guna lesung penggiling, guna buku atau kalau tak mau kelihatan terusk sangat, beli lah dumbel.
Pasang bar besi untuk mudah mendagu setiap hatri kat rumah. Gunakan lantai untuk pumping dan tambah pula lagi dengan ketuk ketampi.
Cari kawan yang nak buat aktiviti kempiskan perus lagi 2 atau 3 orang, buka grp wasap dan sering kongsikan sebagai penggalak dan motivasi kepada semua untuk terus berusaha.
Sekian moga bermanfaat dan dapat diamalkan!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !