Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 January 2021

Tahap bacaan insulin yang anda perlu ukur, pantau dan kekalkan untuk jaga kesihatan tubuh badan

  Ano Nyme       29 January 2021

Macam mana nak tahu samada tubuh badan anda sekarang berada dalam keadaan yang baik atau tidak?

Secara umum, cara paling mudah nak tahu samada anda sihat atau tidak adalah dengan merasakan sendiri mesej atau petanda yang tubuh badan berikan.

Saya sendiri boleh tahu samada rasa sihat atau tidak hari ni.

Tak perlu nak ukur suhu badan dah boleh sedar yang badan rasa macam nak demam atau dah demam.

Ertinya, dalam keadaan biasa, bila berlaku sesuatu yang tak kena pada tubuh badan, anda akan dapat mesej dengan pantas. Tak perlu tunggu lama untuk tahu diri tak sihat.

Tapi ada banyak lagi penyakit yang bila dah sedar ada pada diri anda, segalanya sudah terlewat. Tak boleh nak buat apa lagi. 

Contohnya macam kencing manis.

Kencing manis tak akan datang sekali gus pantas macam mana datangnya demam. Demam pun sebenarnya adalah tindak balas tubuh badan untuk membetulkan masalah yang berlaku dalam badan. Mungkin serangan kuman yang bahaya yang perlu dimusnah dan dikeluarkan dari badan.

Kencing manis adalah masalah yang dibuat secara sedikit demi sedikit oleh diri anda sendiri. Makanan dan gaya hidup yang tak sihat diamalkan dalam tempoh yang mencukupi sehingga akhirnya sampai ke tahap maksimum dan berlaku kerosakan.

Ukur keadaan tubuh badan anda

Petanda macam itulah yang saya maksudkan bila tanya soalan kat atas tadi. macam nak tahu samada tubuh badan anda berada dalam keadaan baik atau tidak.

Petanda yang kita boleh ukur untuk dipantau supaya penyakit jenis terbina secara perlahan itu dapat dielakkan. Atau paling tidakpun, dapat ditangguhkan ke tahap paling lambat untuk kita kena.

Keseluruhannya, ada 7 perkara yang anda perlu ukur untuk tahu kedudukan kesihatan tubuh badan anda sekarang.

Saya sedang belajar untuk memahami teknik menjaga kesihatan dengan menggunakan keadaan semula jadi tubuh badan kita sendiri. Untuk tahu pasal teknik tersebut, saya beli sebuah buku bertajuk 'Effortless Healing'.

Maklumat dari buku itulah saya gunakan untuk mendapatkan 7 perkara yang anda perlu ukur untuk tahu keadaan tubuh badan.

Dalam artikel ini, saya kongsikan perkara pertama dan kedua sahaja dahulu. Untuk 5 lagi ukuran yang perlu diambil dan dipantau, akans aya kongsikan pada artikel yang lain pulak.

Kita lihat apa dia 2 perkara pertama itu terlebih dahulu. Sila baca apa yang saya kongsikan kat bawah ini.

1. Tahap insulin dalam keadaan puasa

Ini ukuran yang pertama di berikan dalam buku yang saya sebut di atas tadi. Kalau dah biasa buat pemeriksaan doktor untuk tahu kedudukan kencing manis, anda tentu pernah ukur badaan tahap insulin ketika puasa ni.

Insulin ni adalah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Kerjanya adalah untuk kawal jumlah gula dalam darah anda. Dalam badan anda tu ada antara 4.5 liter ke 5.5 liter darah. Jumlah gula yang ada dalam darah anda tu hanya dalam satu sudu teh saja. Tak banyak.

Kalau gula naik sampai satu sudu besar, anda boleh rebah koma terus! Dan mungkin juga terus titik dan buka koma lagi!.

Jadi insulin kerjanya untuk pastikan perkara itu tak berlaku.

Bila anda makan nasi atau bahan gula lain, maka badan akan keluarkan insulin. Kalau anda makan terlaku banyak bahan bergula tu saban hari, insulin yang sangat banyak terpaksa dikeluarkan. Makin lama makin banyak insulin diperlukan untuk buat kerja tu hingga akhirnya anda menghadapi masalah 'insulin resistant'.

Kalau berterusan, tak mahu ubah pemakanan dan gaya hidup, anda akan kena kencing manis. Jadi formulanya kat sini adalah anda perlu pantau jumlah insulin dalam keadaan anda berpuasa.

Bacaannya mestilah kurang dari 5. Bacaan yang sangat baik adalah dalam lingkungan 3 ke bawah sahaja. Jangan pedulikan bacaan mormal yang klinik biasanay berikan. Itulah adalah bacaan normal yang diambil berdasarkan keadaan orang ramai yang majoriti besarnya adalah tinggi.

2. Tahap vitamin D dalam darah anda

Ini merupakan bacaan kedua yang anda perlu ukur.

Memang leceh sikit sebab nak kena pergi klinik ambil darah dan nak test bacaan vitamin D dalam darah tu. Tapi menurut panduan dari buku Effortless Healing tu, bacaan ini sangat penting untuk diambil tahu dan dipantau.

Minta doktor buat bacaan yang dipanggil 25(OH)D. Juga dipanggil 25-Hydroxyvitamin D

Pastikan tahap bacaan optimalnya adalah antara 50 ke 70 ng/ml. Kalau anda tak dapat bacaan macam itu, segera buat sesuatu untuk baikinya. Jadikan ianya satu perkara paling penting untuk anda baiki.

Kenapa vitamin D penting?

Sebab ia mempengaruhi lebih kurang 10% daripada keseluruhan Gen dalam tubuh badan anda. Itu membawa maksud ianya sangat penting dalam memainkan peranan dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda.

Macam mana nak daatkan vitamin D?

Mudah saja, bagi kena cahaya matahari kat luar rumah tu. jangan asyik terperap menyorok sampai duduk dalam gelap dan kulit anda tak dpaat cahaya matahari.

Banyak lagi kegunaan vitamin D ni. Anda boleh cari maklumat sendiri untuk tahu. Yang pentingnya pastikan kulit anda kena cahaya matahari dan jangan tak kena lansung. Mudah kan!

Kita sambung lagi 5 perkara yang anda perlu ukur di lain artikel.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tahap bacaan insulin yang anda perlu ukur, pantau dan kekalkan untuk jaga kesihatan tubuh badan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !