Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 February 2021

7 perkara yang anda perlu ukur dan pantau bila nak mula jaga kesihatan tubuh badan dan ubah gaya hidup

  Ano Nyme       03 February 2021


Artikel yang lalu saya ada kongsikan berkenaan perlunya ukur tahap insulin dalam tubuh badan kalau nak jaga kesihatan. Anda tentu tahu kenapa insulin kena ukur kan!. Sebab nak jaga diri dan hindari dari masalah kencing manis.

Kemudian dalam artikel tu juga saya ada berikan satu lagi ukuran yang anda kena buat supaya tahapnya mencukupi untuk kesihatan tubuh badan. Iaitu tahap Vitamin D.

Kenapa vitamin D ni penting juga saya ada kongsikan sedikit dalam artikel yang lalu. Untuk tambahan, Vitamin D ni penting untuk cegah masalah jantung. Dia menjadi pencetus untuk keluarkan oksida nitrik yang kerja membantu kurangkan masalah darah tinggi dan masalah serangan jantung dan strok.

Vitamin D juga akan bekerja sekali dengan Vitamin K untuk membantu tubuh badan anda menyerap kalsium dari makanan dan keluarkannya dari arteri (saluran darah) pergi ke tulang. Ini dapat mencegah saluran darah anda dari menjadi keras yang merupakan salah satu dari punca masalah jantung.

Orang yang tahap Vitamin D kurang dari 15 ng/ml lebih cenderung untuk kena masalah sakit jantung dari mereka yang punya vitamin D lebih dari itu.

Banyak kajian yang menunjukkan kepentingan vitamin D ni. Malah mereka rumuskan dengan pastikan tahap vitamin D mencukupi, anda dapat megelak dari banyak masalah kesihatan yang melanda manusia.

Kali ini saya nak sambung lagi 5 perkara yang anda perlu ukur untuk jaga kesihatan. Jadi semuanya ada 7 perkara sebagaimana tajuk yang saya tulis kat atas tu. Saya ringkaskan dulu kesemua perkara tersebut kat bawah ni:

  1. Tahap insulin ketika puasa
  2. Vitamin D
  3. Kadar ukuran pinggang dengan pinggul
  4. Peratusan lemak badan
  5. Kadar Kolestrol dan HDL
  6. Tekanan darah
  7. Tahap Asid Urik
Saya terangkan serba sedikit kesemua 5 perkara yang anda perlu mula ukur di atas tu.

3. Kadar ukuran pinggang berbanding pinggul

Mungkin anda dah pernah dengar perlunya ukur kadar pinggang berbanding pinggul ni. Tahniah sebab anda memang peka kepada kesihatan.

Tapi saya sebenarnya baru pertama kali tahu. Itupun setelah saya mentelaah buku di mana saya dapatkan semua maklumat berkenaan 7 perkara yang perlu diukur ni. Iaitu buku bertajuk Effortless Healing yang ditulis oleh Dr Joseph Mercola.

Ideanya mudah saja. Ukuran pinggan anda kalau besar sangat tu merupakan petanda kepada samada tubuh badan anda sihat atau tidak. Ia menjadi tanda adanya terlalu banyak lemak pada bahagian pinggang tu. Saya ada tulis juga bab ni kat artikel di sini.

Lemak yang banyak berkumpul kat situ menghalang organ dalaman anda berfungsi dengan cekap. Seterusnya membuatkan naiknya risiko kena kencing manis, strok dan serangan jantung.

Anda perlu ukur kadar antara pinggang dengan pinggul anda untuk mendapatkan gambaran samada sihat atau tak. Caranya mudah saja. Ambil tali tape dan buat ukur lilit pinggang anda. Letakkan tali tape tu atas pusat sikit, biasanya itu kawasan paling kecil ukuran pada pinggang anda tu. Catitkan berapa ukurannya.

Kemudian ukur pula bahagian pinggul anda, iaitu bahagian yang biasanya paling tinggi atau paling besar pada pinggul tu. 

Selepas itu bahagikan ukuran pinggang dengan ukuran pinggul. Anda akan dapat 4 tahap bacaan seperti berikut:
  • Bacaan ideal adalah 0.8 untuk lelaki dan 0.7 untuk perempuan
  • Risiko rendah jika bacaannya lebih rendah dari 0.95 (perempuan kurang dari 0.8)
  • Risiko sederhana jika bacaannya antara 0.96 ke 0.99 (perempuan 0.81 ke 0.84)
  • Risiko tinggi jika bacaan lebih dari 1 (perempuan lebih dari 0.85)

4. Peratusan lemak badan

Peratusan lemak yang ada dalam badan anda juga boleh jadi penentu ukur tahap kesihatan tubuh badan.  Ia ada kaitan dengan masalah kesihatan yang kronik seperti jantung, kencing manis, Alzheimer's dan kanser.

Lemak badan sikit sangatpun tak bagus juga. Ini akan membuatkan berlaku keadaan di panggil Catabolic State di mana protein pada otot diuraikan untuk jadi tenaga.
  • Ukuran peratusan lemak badan anda adalah tak bagus dan masuk kategori gemuk jika anda ada lebih dari 25% untuk lelaki dan untuk perempuan adalah lebih dari 32%. 
  • Kalau peratusannya adalah antara 18% ke 24% untuk lelaki dan 25% ke 31% untuk perempuan, kira boleh diterima.
  • Kalau nak masuk kategori orang yang fit anda perlu ada dalam 14% ke 17% lemak badan (perempuan 21% ke 24%)
  • Untuk seorang atlet, hanya perlu ada 6% ke 13% saja (14% ke 20% untuk perempuan)
  • Minimum peratusan lemak yang perlu ada adalah antara 2% ke 5% untuk lelaki dan 10% ke 13% untuk perempuan.
Macam mana nak ukur?

Biasanya anda boleh gunakan Fat Calipers dengan beli saja kat Lazada. Boleh klik kat pautan sini untuk pergi tengok kat lazada dan beli.

Atau kalau nak yang mudah dan percuma, anda boleh gunakan gambar dari pautan sini untuk dapatkan gambaran lebih kurang berapa peratusan lemak badan anda.

5. Kadar Kolestrol dan HDL

Sebuat saja kolestrol semua orang tahu. Penekanan yang sangat kuat selalu diberikan dalam bab jaga kesihatan ni terhadap kolestrol. Yang selalu anda dengar adalah tak boleh biarkan tahap kolestrol tinggi.

Kolestrol bukan saja ada di aliran darah anda, tapi ada pada semua sel dalam badan. Kolestrol membantu dalam pembentukan selaput pada sel, bantu hasilkan hormon, vitamin D, juga bantu hasilkan said hempedu yang diperlukan untuk menghadamkan lemak.

Kolestrol juga diperlukan dalam pembentukkan memori. Juga penting untuk fungsi neurologi. Ternyata kolestrol bukan calang-calang kepentingannya untuk tubuh badan kita berfungsi dengan baik.

Ada 2 jenis kolestrol. Ini pun ramai dah tahu:
  • HDL - High density lipoprotein. Yang ni kita biasa panggil kolestrol baik. Dia bantu kesihatan saluran darah anda. Bawa balik kolestrol jahat ke hati untuk diproses semula. Dia juga bantu baiki lapisan dalam saluran darah anda yang tersumbat dengan lemak.
  • LDL - Low density lipoprotein. Ini kolestrol jahat. Jenis ni selalu kita difahamkan akan terlekat tertampal pada saluran darah dan membuatkannya jadi tersumbat atau jadi sempit. Dia juga yang buatkan saluran darah anda jadi rapuh tidak freksibel.
Selain dari 2 benda kat atas tu yang mementuk keseluruhan jumlah kolestrol anda, ada lagi 2 benda yang juga termauk dalam keseluruhan kolestrol tu.
  • Triglycerides - Sejenis lemak yang mana kalau naik tinggi dalam badan anda memberikan kesan terhadap risiko kencing manis dan sakit jantung. Orang yang tak aktif, makan banyak gula, merokok, kaki mabuk, dan gemuk biasanya punta ahap yang tinggi bahan triglycerides ni. Jadi berhati-hati!
  • Lipoprotein (a) - biasanya juga ditulis Lp(a). Sejenis bahan yang terhasil dari gabungan LDL dan  bahan protein (dipanggil apoprotein a). Jika level Lp(a) ni tinggi dalam badan anda, risiko kena masalah jantung adalah sangat besar! Bila pergi check darah pastikan bacaan ini dipantau sekali.
Macam mana nak tahu bacaan yang baik dan tak baik untuk keseluruhan bacaan tahap kolestrol anda ada diberikan dalam buku yang saya baca sebagai berikut.

Perlu lihat kadar bacaan antara keseluruh kolestrol ,HDL dan Triglyceride seperti berikut.
  • Jumlah Kolestrol / HDL - Jangan lebih dari 4. Kalau bacaannya sampai lebih dari 10, anda ada masalah besar. Biasanya bacaan tak akan kurang dari 2.
  • Triglyceride / HDL - Bacaan yang baik mestilah bawah dari 2 Lagi tinggi lagi tak baik.

6. Tekanan darah

Masalah darah tinggi memang dah terkenal sangat. Biasanya kita sebut dalam BI sebagai Hypertension. Saya pernah tulis pasal bacaan darah tinggi ni. Boleh pergi baca kat sini kalau tak baca lagi.

Secara mudahnya, bacaan tekanan darah anda mestilah kurang dari 120/80.

Elok kalau ada alat membaca tekanan darah ni sendiri kat rumah dan buat bacaan sendiri. Kalau pergi jumpa doktor, biasanya debaran dan risau kena jumpa doktor juga memberikan sumbangannya naik tinggi sikit tekanan darah tu dari biasa.

7. Tahap asid Urik

Asid Urik ni adalah bahan buangan yang ada dalam darah anda. Orang yang ada masalah tekanan darah tinggi, berat berlebihan, ada gout, atau ada masalah buah pinggang biasanya bacaan asid urik adalah tinggi.

Bahan ni ada kalau rendah sangat tak bagus dan kalau tinggi sangat juga tak bagus. Jadi kena maintain saja bacaannya untuk ambil faedah dari funginya yang baik.

Tahap bacaan yang ideal adalah antara 3 ke 5.5 mg/dl

Kalau bacaannya lebih dari itu, kemungkinan besar anda makan banyak gula atau banyak karbohidrat. Cuba kekalkan tahap macam tu saja bacaannya dan untuk itu kenalah rajin ambil bacaan untuk lihat perkembangan tahap kesihatan anda.

OK!

Saya dah kongsikan semua maklumat yang saya dapat hasil dari membaca buku Effortless Healing. Moga ada manfaatnya untuk saya dan untuk anda yang sudi membacanya. Untuk saya insyallah ada manfaat sebab bla menulis, membuatkan saya faham dan ingat apa yang tertera dalam buku yang saya baca ini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 7 perkara yang anda perlu ukur dan pantau bila nak mula jaga kesihatan tubuh badan dan ubah gaya hidup

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !