Tengah sedap duduk buat kerja, telefon bergetar. Saya ambil dan tengok apa mesej yang masuk. Ada wasap banyak juga yang saya belum baca. Salah satunya wasap dari orang rumah.
"Bang, satgi kalau sempat, tolong pergi Giant belikan Milo, susu Fernleaf, lauk, sayur, biskut dan Air Fryer sekali ya!, tq bang!"
Mesej dari isteri macam tu akan saya dapat sekali atau dua kali setiap minggu. Itu perkara biasa.
Tapi agak luar biasa bila ada pesanan untuk beli Air Fryer sekali kat Giant tu! Mana pulak dia dapat idea nak beli Air Fryer.
Pergi Giant Shah Alam risik Air Fryer
Petang itu sebelum balik ke rumah, saya singgah Giant Shah Alam. Tempat mula sekali saya pergi adalah bahagian barangan elektrik. Memang itu lokasi pertama yang anda akan jumpa selepas pintu masuk Giant Shah Alam.
Saya pusing dan terjumpa memang ada Air Fryer dijual kat Giant. Ada beberapa jenama yang biasa dengar dipamerkan pada bahagian Air Fryer. Harganya dalam lingkunganRM200 ke RM400.
Sepantas kilat saya google guna telefon kat Lazada. Cari jenama yang sama untuk dibandingkan harga antara Lazada dengan Giant. Beza jauh harganya. Produk jenama sama dengan spesifikasi yang sama jauh lebih murah kat Lazada.
Saya tangguh dulu dari beli Air Fryer tu. Perlu cari maklumat lebih lagi pasal Air Fryer ni. Maklumat seperti spesifikasi, jenama yang baik, macam mana nak pakai dan kenapa nak kena pakai serta lain-lain lagi.
Mudahbetul lani untuk buat pembelian. Google saja dan bandingkan saja harganya. Saya teringat iklan billboard sebuah pasaraya satu ketika dulu, "Bandingkan harga kami .. ". Sekarang tak nampak dah iklan tu.
Harga barangan kat Lazada memang jauh lebih murah dari kat kedai!
Mesej iklan nak berikan tiupan emosi halus kepada pengguna yang kononnya harga barang kat pasaraya itu paling murah. Tapi sekarang semua orang tahu barang yang anda beli dari Lazada banyak sangat yang jauh lebih murah berbanding harga yang dipamerkan kat kedai.
Tak boleh nak lawan kalau bab harga sahaja. Lazada memang murah!. Tapi kena la buat perbandingan dengan ramai penjual yang ada kat dalam portal tu terlebih dahulu dan baca komen dari pelanggan yang dah beli untuk lihat tahap kepuasan pembelian mereka.
Tangguh lama sebelum beli Air Fryer
Masa balik, ketika bawa masuk barang ke dalam rumah, isteri tanya beli tak Air Fryer. Teruja benar dia nak tahu dengan harapan saya baik hati terus beli. Tapi dia sendiri tahu yang saya biasanya akan ambil masa untuk beli terhadap semua barang yang dia minta.
Bukan kedekut. Tapi sebab biasanya dia akan bagi arahan secara umum begitu saja. Banyak kali dah terkena. Beli terus kemudian salah. Kena beli lebih dari sekali sebab dia tak ambil kisah pasal spesifikasi dan maklumat yang diperlukan. Buang duit dan bazirkan barang yang salah beli saja.
Nak berleter pun tak guna. Dia memang macam tu. Jadi saya sajalah ambil alih untuk selidik terlebih dulu maklumat yang diperlukan sebelum buat sebarang pembelian.
Saya berikan alasan Air Fryer kat Giant jauh lebih mahal dari Lazada. Elok tunggu dulu untuk beli secara online nanti. Dia terima alsan itu dan selamat untuk seketika dari membeli barang memasak.
Masa susun barang kat dapur, saya tengok ada Oven, ada Microwave, ada dapur gas dan beberapa peralatan eletrik untuk memasak lagi atas para dapur rumah tu. Tak ada isu untuk memasak kalau air fryer tu saya tak beli pun.
Tapi saya hanya cakap pada diri sendiri saja. Bila isteri dah mahu, selagi tak beli dia akan ulang sampai akhirnya dia dapat juga. Biarlah lebih dari setahunpun, dia tak akan lupa.
Cari maklumat pasal Air Fryer
Tahun lalu, ketika awal PKP, saya ada tulis pasal Thermomix.Barang itu perkataannya jadi carian paling banyak ketika awal PKP dikenakan kat negara kita. Boleh baca artikel tu kat pautan sini.
Nasib baik isteri tak minta benda ajaib yang mahal tahap gaban tu!. Untuk hargai permintaan yang tak berapa mahal sangat tu maka saya mula buat pemcarian maklumat pasal air fryer.
Macam biasa buka saja Mr Google dan taip maklumat yang anda nak cari. Saya biasanya akan mulakan dengan mencari maklumat 'the best air fryer'.
Akan ada banyak perkongsian dari blog atau portal yang kerjanya buat review peralatan rumah atau daput terutamanya kerkakasan eletrik. Saya akan baca portal dari luar negara dulu untuk dapat idea konsep terbaik yang mereka gariskan.
Bila dah dapat idea apa yang dimaksudkan sebagai terbaik terhadap sesuatau peralatan, barulah saya akan taip pula, 'the best air fryer in Malaysia'.
Walaupun saya tak pasti samada mereka tulis sebab dibayar untuk promote sesuatu barang itu, tapi sekurangnya saya boleh dapat idea penting untuk membuat pilihan. Dalam bab Air Fryer ni, kebanyakan review akan syorkan ambil jenama Philip.
Jenama tu mahal dan dimasukkan dalam kategoti pilihan mewah. Banyak sebab kenapa jenama Philip disyorkan. Antaranya sudah tentu kualiti yang telah terbukti selama ini. Ia juga antara yang awal perkenalkan konsep air fryer ni. Jadi sudah tentu dia jadi leader kat depan.
Oleh sebab harganya agak mahal, khas untuk suri rumah bekerjaya dan malas masak, saya fikirkan ia tak sesai untuk isteri saya. Dia sepenuh masa duduk rumah jaga anak-anak dan uruskan hal ehwal dapur dan lain-lain, jadi style bukan keutamaan.
Tefal Air Fryer 4.2L |
Akhirnya beli Tefal Air Fryer 4.2L
Setelah buat perbandngan di sana sini. Saya berkenan dengan jenama Tefal. Ia antara satu lagi jenama yang di syorkan sebagai sangat berkualiti dan bezanya berbanding Philip adalah lebih murah.
Samada kat luar negara atau kat Malaysia, Tefal akan masuk dalam senarai.
Untuk mudahkan saya buat pilihan, maka saya pegang jenama itu. Dan mula zoom lebih ke arah model apa nak beli pulak dari jenama Tefal tu.
Saya pilih model yang boleh masak banyak sikit sebab kami ada 7 orang serumah. Bila masak kenalah banyak sikit. Harga juga jadi penentuan. Bab kualiti tak perlu nak risau sebab semua barang Tafal dia berikan jaminan selama 2 tahun. Kalau tak yakin dia tak akan berikan tempoh selama tu.
Dan akhirnya, saya buka Lazada, cari Tefal Air Fryer 4.2L, dan terus buat pembelian. Semuanya secara online dan bayar guna Visa. Pantas saja dia sahkan pembelian tu dan proses tempahan dan penghantaran segera di uruskan.
Dalam selang seminggu saja barang tersebut sampai di pejabat. Di bungkus dengan baik tanpa sebarang masalah. Saya bawa balik dan isteri dengan gembira terus buka dan baca manual dan akhirnya, malam itu juga mereka mula masak.
Bagusnya Air Fryer ni hanyalah masakannya tak payah minyak, atau terlalu sedikit saja kalau rasa tak syok lansung tak ada minyak. Sihatlah sikit bagi yang tak suka makan minyak banyak tu. Model ni bila masak agak bising sikit bunyinya. Tapi sikit saja. Betul seperti yang saya baca review ketika buat pemcarian sebelum itu.
Bising sikit saja macam tu macam tak ada bunyi bagi saya sebab kat dapur rumah tu, bila masak buka tingkap akan kedengaran bunyi aircond jiran yang bising macam nak runtuh. Dia sentiasa buka dan tak ambil peduli bising kuat di belakang rumahnya. Entah bila agaknya compressor tu nak meletup dan dia perlu tukar baru yang senyap .. !
Dari segi masa, tak lah pantas sangat macam Thermomix yang saya baca. Tapi yang pentingnya dah beli dan isteri gumbira.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !