Awal tahun ini saya dapat posting yang jadi viral memasuki banyak grup wasap. Posting berkenaan Angela Merkel, seorang wanita, ahli fizik, yang memimpin Jerman selama 18 tahun dengan cemerlang.
Terlalu banyak pujian diberikan kepada wanita hebat itu. Antara yang saya kagum adalah tentang satu laporan dari Forbes berkenaan kajian yang dibuat pada Oktober 2020.
Kajian mendapati, 75% dari kalangan orang dewasa di 14 buah negara Eropah lebih percaya pada Angela Merkel (sumber gambar dari sini)berrbanding semua pemimpin mereka yang lain.
Untuk punya seorang ahli politik yang dipercayai oleh ramai orang adalah satu perkara yang sangat sukar sekarang ini. Mana-mana saja negara, ahli politik mendapat imej yang sangat buruk. Saya sendiri punya persepsi yang buruk terhadap ahli politik.
Rumusan umum yang boleh diberikan kepada orang politik terutamanya yang dah punya jawatan adalah ..
1. Rasa diri terkecuali dari undang-undang
Ini nampak sangat jelas dari dulu sampai sekarang di negara kita. Rakyat boleh lihat sendiri bahawa undang-undang negara hanyalah untuk rakyat marhaen sahaja.
2. Tak peduli rakyat selain untuk kepentingan diri
Apa saja yang orang politik buat adaah untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja. Mereka sanggup buat apa untuk kekalkan jawatan agar dapat pergunakan jawatan tersebut sewanangnya. Sebab itu mereka sanggup kacau dodol pada periuk yang tak ada api di bawahnya.
Berkuasa bukan untuk buat harta
Apa yang paling menarik pada Angela Merkel adalah sikap sederhana yang ada pada dirinya. Macam mana dia sebelum jadi Chancellor, macam itulah dirinya semasa dan selepas jadi Chancellor.
Dia tak kumpulkan kereta mewah, jam tangan mewah, kapal layar, pakaian dari rekaan mewah, istana atau hartanah luas dan lain-lain seumpamanya.
Cara dia berpakaian juga tidak berubah selama 18 tahun dia duduk di atas sebagai ketua! Mana nak cari pemimpin macam tu.
Diceritakan sekali seorang wartawan bertanya padanya soalan jahat.
'Kenapa dia asyik pakai pakaian dan jenisnya yang sama berulang kali, tak ada pakaian lain ke?'
Dia jawab lurus saja.
"Saya bukannya seorang model, saya hanya seorang pegawai kerajaan!"
Dalam posting viral itu juga mengatakan yang Angela Merkel tak punya pembantu rumah untuk buat semua kerja susun dan kemas rumah mereka. Mereka suami isteri basuh dan kemas rumah sendiri.
Rumah juga tetap rumah yang sama saja. Rumah jenis apartment yang mereka tinggal sebelum jadi pemimpin Jerman, kekal tak berubah. Tak perlu rumah hebat siap dengan kolam renang dan taman indah penuh kemewahan.
Cuba bandingkan dengan pemimpin politik negara kita yang berkuasa lama di atas sana.
Perlu pemimpin sederhana dan bijak
Memang ada pemimpin politik yang hidup mereka sederhana. Pemimpin macam arwah Tok Guru Nik Aziz tak bleh dinafikan sangat sederhana sikapnya. Malah boleh dikatakan punya kualiti dan level tawaduknya yang tersendiri.
Tapi sederhana saja tak mencukupi tanpa ada kebijaksanaan membangun dan memakmurkan rakyat di bawahnya. Perlu ada keupayaan berunding dengan baik dengan semua pihak baik kawan mahupun lawan untuk mencapai hasil yang paling optimum buat rakyat di bawah.
Ramai juga pemimpin politik lain yang sangat sederhana selain dari Nik Aziz. Mereka pernah duduk di atas berkuasa sebentar selepas PRU 14 lalu. Dari kalangan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu.
Mereka sebelum jadi kerajaan punyalah gebang besar pasal cara menjadi pemerintah negara yang baik dan sebagainya. Tapi bila duduk kat atas terus jadi kejang. Buat banyak polisi yang hanya memakan diri. Terlalu retorik dan rigid dan akhirnya jatuh tersembam.
Sejak UMNO atau Barisan Nasional jatuh, negara memang sangat kucar kacir. Masih tidak ada barisan kepimpinan yang boleh diharapkan mengetuai majoriti ahi politik agar kerajaan yang stabil dapat dibentuk.
Kerosakan yang dah dlakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan yang terdahulu termasuklah Tun Mahathir adalah sangat serius dan tidak mampu dibaiki dalam masa yang pantas. Tun Mahathir mungkin kata dia tak makan duit. Tapi dia bleh lihat sendiri para menteri ketika dia berkuasa hidup macam mana.
Dia boleh lihat sendiri macam mana dengan hanya menjadi Ketua Bahagian Umno, rumah boleh buat besar macam hotel dan boleh kumpul lebih dari 3 buah kereta mewah.
Dan yang sangat mengecewakan, budaya berkuasa untuk buat duit sebanyak mungkin sudah menjadi satu amalan biasa daripada para pemimpin politik sehinggalah ke peringkat pegawai kerajaan, pegawai polis dan hampir kesemua agensi kerajaan. Itulah legasi Tun Mahathir yang sangat ketara dalam melahirkan para pemimpin dari kalangan BN.
Selain dari para pemimpin rosak dari kalangan BN yang kaya raya terhasil oleh polisi dan cara pimpinan Tun Mahathir, beliau juga berjaya menjadikan negara ketandusan pemimpin pembangkang yang berkaliber.
Sampai bila nak kena tunggu sehingga munculnya pemimpin yang kuat, bijak, sederhana dan lebih berminat untuk membangunkan negara berbanding membangunkan diri dan keluarganya sendiri saja. Itulah yang Malaysia perlukan sekarang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !