Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan bermula tahun lepas, aktiviti membeli secara online makin bertambah berbanding sebelum adanya PKP.
Dulu, sebelum PKP, saya hanya membeli secara online jika barang yang nak dibeli tu memang tak ada di kedai.
Biasanya hanya beli buku saja melalui Amazon. Buku yang tak ada di kedai buku samada MPH, Popular atau Kinokuniya. Pilihan akhir adalah buka Amazon.com dan terus order dari US. Tak pernah lagi buku yang saya cari tak ada dalam Amazon.
Edifier e25HD Luna Eclipse 2.0 High Definition
Kali ni bukan nak share pasal pembelian buku. Tapi saya beli speaker untuk komputer kat pejabat. Speaker dari jenis Edifier e25HD Luna Eclipse 2.0 High Definition.
Nota: Ini bukannya ulasan berbayar!. Cuma tergerak nak kongsikan pengalaman tentang speaker ni sebab rasa berbaloi membelinya
Dah agak lama saya hanya pakai speaker yang dibeli dari Plaza Mall Shah Alam saja. Harganya tak sampai RM150 pun. Tak murah sangat dan tak mahal sangat. Speaker tu ringan, kecil dan siap ada sekali dengan radio.
Bila duduk buat kerja-kerja paper work kat pejabat, kalau sunyi sangat cepat bosan. Jadi biasanya saya pasang music background macam musik yang boleh anda dengar dipasang di kedai-kedai buku atau cafe santai.
Untuk berikan sedikit kesegaran secara emosi, boleh dengar musik Jazz atau Bossa Nova khas untuk membaca atau buat kerja. Banyak ada secara percuma saja kat Youtube.
Bila dah lama pakai speaker biasa, mula rasa tak puas hati dengan kualiti bunyinya. Apatah lagi jika saya nak bandingkan dengan radio Yamaha yang ada kat rumah. Walaupun kecil radio dan speaker Yamaha tu, bunyi dia macam dengar orang main secara life.
Jadi satu hari tu, saya gatal tangan google maklumat speaker terbaik untuk dipasang pada komputer.
Dari situlah terjumpa speaker jenis Edifier e25HD Luna Eclipse 2.0 High Definition. Di syorkan untuk mereka yang ada bajet tak tinggi sangat tapi masih mahukan bunyi yang berkualiti.
Bila semak kat Lazada, memang speaker tu ada di jual dan harga yang ditawarkan agak menarik. Saya dah semak dari banyak pembekal kat dalam Lazada tu, dari segi komen pembeli dan rekod penjual, saya pilih tawaran dengan harga RM687 sahaja.
Dengan harga tersebut beserta dengan jaminan selama 1 tahun, saya terus buat pembayaran dan tunggu barang di hantar ke pejabat.
Ulasan terhadap Edifier e25HD Luna Eclipse 2.0
Antara faktor utama saya buat keputusan beli Edifier e25HD Luna Eclipse 2.0 High Definition adalah dari segi rekabentuknya. Ia berbeza dari kebiasaan bentuk speaker yang lain yang kotak 4 segi.
Speaker Edifier ni berbentuk oval macam telur. Saiznya macam bola rugby, tak besar dan tak kecil sangat.
Masa saya mencari ulasan dari mereka yang dah beli speaker tu, rata-rata berpuas hati dari segi kualiti bunyi bass dan bunyi keseluruhannya secara umum.
Bass mantap dan tak pecah. Dengar kejap dan padat samada dibuka secara perlahan mahupun secara kuat.
Dari banyak ulasan yang saya lihat, ada 2 kategori orang nak pakai speaker berkualit ni. Samada untuk dipasang pada komputer main Game. Atau untuk mereka yang nak nikmati musik atau lagu. Speaker ni saya rasa kalau pakai untuk main video game, memang berdentum bunyi bass dia.
Saya lebih berminat untuk nikmati musik dan lagu dari komputer. Bagi saya bass yang padu dan padat serta tidak pecah adalah pilihan utama. Dan memang ada pada speaker ni.
Tapi bagi anda yang lebih fokus kepada bunyi gemersik treble, saya boleh katakan kualitinya agak sederhana bagus saja. Namun begitu, bila pasang lagu bossa nova dengan petikan guitar memang padu. Anda boleh dengar setiap petikan sebijik-sebijik dengan jelas dan padat.
Packing yang berkualiti
Masa kotak tu sampai dihantar ke pejabat, semuanya berada dalam keadaan yang baik. Packing yang mereka buat kemas dan kuat. Mereka masukkan speaker bersama dengan kotak aslinya, masukkan lagi ke dalam sebuah lagi kotak yang dilapik dengan bahan tahan hentakan dan hasilnya saya dapat barang dalam keadaan baik dan sempurna.
Sebaik saja buka kotak tu dan keluarkan speaker, terasa sangat kukuh buatannya. Beratnya pula dalam lingkungan 1.4 kilo setiap satu.
Bila saya buka semua kabel yang disertakan, ternyata kualiti semua kabel yang diberikan sangat tebal. Mempamerkan kualiti yang terbaik yang mereka mahu berikan pada pembeli speaker itu.
Turut sama diberikan alat kawalan jauh yang ringkas. Boleh digunakan untuk on dan off serta besarkan atau kecilkan kekuatan bunyinya. Tapi saya memang tak berapa pakai sangat alat kawalan jauh tu. Sekali dah set kekuatan bunyinya, habis dah tak pakai lagi tersimpan saja dalam laci.
Kalau anda tak suka dengan kabel, speaker tu juga boleh pakai bluetooth. Tapi saya rasa kualti bunyi pakai kabel adalah lebih baik. Jika anda nak hubungkan speaker dengan telefon bimbit, barulah kena pakai bluetooth.
Ada 3 warna pilihan
Ada 3 warna yang ditawarkan. Hitam, merah dan putih. Saya pilih warna merah macam Ferrari. Macam tertera dalam gambar yang saya letakkan kat atas tu. Begitulah rupa bentuknya. Mantap dan cantik serta kemas sekali buatannya.
Dari segi kepuasan pembelian, boleh saya katakan sangat berpuasa hati. Dibandingkan dengan harga yang ditawarkan, dengan apa yang saya dapat sangat berbaloi-baloi lansung tak menyesal. Tergerak pulak nak beli satu lagi untuk disambungkan kepada TV kat rumah. Boleh dijadikan home theater dengan kualiti bunyi yang diberikan oleh speaker tersebut.
Terima-kasih atas perkongsian membeli Speaker ini. Perkongsian2 pengalaman begini memang sangat2 saya hargai.
ReplyDeleteSama-sama tuan. Terima kasih sudi tinggalkan komen dan berikan galakan!
Delete