Dah lama dengar perkataan ni. IoT - Internet of Things. Rasanya sejak 5 atau 6 tahun lalu perkataan ni dah jadi biasa dan bukan lagi perkara baru.
Ada satu agensi kerajaan yang dahulunya di kenali sebagai MAI - Malaysia Automotive Institute. Tapi sekarang dah ditukar jadi MARii - Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute. Agensi tu dah masukkan IoT ke dalam salah satu dari agenda tumpuan mereka sekarang.
IoT bukan lagi perkara baru. Ramai yang dah mula cakap terutamanya yang tinggal di pusat bandar dan dah didedahkan dengan segala kemudahan teknologi terkini.
Kalau semak dalam wikipedia, dia ada sebut yang perkataan ni disebut pertama kali oleh Kevin Ashton ketika itu dia masih bersama syarikat Procter & Gamble pada tahun 1999. Ia menggambarkan keadaan di mana jumlah barangan dan peralatan yang berhubung dengan internet adalah melebihi dari jumlah manusia.
Dalam bahasa mudahnya, dulu, manusia lebih ramai yang berhubung dan menggunakan internet. Tapi lama kelamaan, barangan, mesin, peralatan dan lain-lain seumpamanya lebih banyak yang berhubung dan sentiasa on dengan internet.
Kalau anda rasa berbelit dan masih tak faham, tak apa. Saya juga sedang cuba nak faham dengan pemahaman yang mudah. Untuk itu saya paksa diri buat artikel ni. Kalau saya berjaya terangkan dengan ringkas dan anda faham, maknanya saya juga dah faham.
Apa dia IoT
Saya ambil rujukan dari satu artikel kat dalam Forbes. Dia kata, secara umum, IoT hanya ada satu saja tujuannya.
Tujuan IoT adalah untuk membolehkan semua tempat dan semua barang yang ada di muka bumi ini berhubung dengan internet.
Contohnya kalau anda nak tahu samada di San Juan, Puerto Rico ada berapa buah ATM mesin dan kat mana setiap mesin tu berada, hanya perlu buka internet dan semak. Semua maklumat adalah secara lansung dan anda boleh tahu samada mesin berfungsi atau tidak dan macam-macam maklumat lagi.
Dan semua tu nada dapat tahu tanpa memerlukan untuk anda berrada di San Juan, Puerto Rico!
Hebat tak?
Macam mana IoT berfungsi
Apa anda buat bila buka internet melalui spart phone anda tu?
Sekarang ni paling kerap orang pakai internet adalah untuk beli barang kat Shopee atau Lazada. Duduk kat rumah saja sambil berbaring atau sofa, buka portal Lazada. Buat carian Pod Vape kegemaran anda, tekan beli, buat pembayaran dan selesai.
Tunggu masa beberapa hari barang yang anda beli tu sampai ke rumah.
Dari situ, nampak jelas yang anda berhubung dengan internet dengan melakukan samada,
- Kumpul dan hantar maklumat - Anda buat perkara ni masa tengah layari Lazada nak beli Pod Vape.
- Terima dan bertindak terhadap maklumat yang diterima - Ini pembekal atau penjual Pod Vape yang anda beli tu lakukan.
- Buat kedua-dua perkara tersebut di atas - Anda dan penjual Pod Vape sebenarnya melakukan kedua-dua perkara tersebut di atas. Cari, kumpul dan hantar maklumat, terima dan proses maklumat yang dapat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !