Aktiviti cari duit yang paling awal saya tengok di simpang lampu isyarat jalanraya lama dahulu adalah kutip derma.
Itupun dilakukan oleh bukan warga Malaysia. Mereka pecahkan tradisi amalan rakyat negara kita. Sejak sekian lama, tak pernah ada orang buat macam tu.Tiba-tiba mereka muncul.
Anda tentu pernah lihat juga aktiviti sebegitu sebelum ini.
Seorang lelaki, pakai kopiah putih bersih, bawa tasbih, bawa sticker cetakan ayat-ayat Al-Quran. Dia akan berjalan dari satu tingkap kenderaan ke satu tingkap lain sambil mata tajam merenung mata pemandu atau penumpang yang ada dalam kenderaan tersebut.
Itu taktik yang berkesan. Melihat orang yang kelihatan daif, peluh berderau, berjalan terkesut-kesut ke sana ke mari, mampu menimbulkan rasa simpati.
Pasti akan tergerak dalam hati. Apa salahnya sedekah seringgit dua .. tak luakpun duit tu. Begitulah fikiran kebanyakan orang yang hulurkan derma atau yang beli sticker peraih simpati itu.
Mula dulu saya hanya lihat seorang sahaja. Kemudian akan ada 2 atau 3 orang. Biasanya seorang lelaki tua dewasa dan bersama dengannya 2 orang kanak-kanak. Dari bentuk rupa paras mereka, nampak memang bukan warga negara.
Jual produk tradisional di stesen minyak
Ada satu lagi yang lebih awal dari aktiviti berniaga atau minta sedekah di simpang lampu isyarat. Aktiviti ni lebih lama wujud. Mereka menjual produk tempatan tradisional di stesen minyak. Ada madu, ada minyak urut, ada kismis dan lain-lain lagi seumpamanya.
Bisnes ini menggunakan taktik meraih simpati dengan menggunakan kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Kanak-kanak tersebut diletakkan di banyak tempat seperti stesen minyak atau kawasan Rehat dan Rawat lebuh raya. Dari pagi sehingga ke malam, kat situlah kanak-kanak itu berada. Berteduh di situ dan mencuba nasib dengan siapa saja yang mereka jumpa.
Memang saya kasihan dan tak setuju ketua kumpulan yang buat kerja macam tu. Walaupun kanak-kanak tu diletakkan di tempat yang teduh. Ada kemudahan asas seperti bilik air dan tempat rehat. Tak sesuai gunakan kanak-kanak untuk tujuan cari duit.
Tapi sekarang tak pernah jumpa lagi kumpulan tersebut. Mungkin sebab covid-19 agaknya.
Bisnes jual jeruk mangga di simpang lampu isyarat
Sekarang, aktiviti yang sangat ketara dan aktif berlaku adalah bisnes jual jeruk mangga di simpang lamu isyarat.
Aktiviti tu dah merebak satu Malaysia nampaknya. Bukan saja di Lembah Kelang, yang memang dah ada di merata-rata simpang lampu isyarat. Tapi juga di negeri lain saya dah terserempak dengan kumpulan ini.
Mereka pula ramai. Sekali datang akan ada 3 atau 4 orang. Sebaik saja lampu isyarat merah, mereka akan datang bawa di kiri dan kanan balang penuh diisi jeruk mangga.
Memang sentiasa akan ada orang yang membelinya. Bagus juga bosan tunggu lampu bertukar ke hijau. Tambah lagi jika lampu isyarat macam simpang kat Giant Shah Alam tu. Simpang lampu isyarat paling lama di Malaysia saya rasa.
Bisnes apa lagi boleh buat kat simpang lampu isyarat
Mula-mula peminta sedekah. Dari situ muncul pula penjual jeruk mangga. Entah apa pula yang akan muncul selepas ini.
Dengar kata hasil jualan jeruk mangga kat simpang lampu isyarat sangat lumayan. Seorang penjual yang duduk berniaga pergi dan balik kat simpang tu mampu menjana sehingga RM300 bersih atau lebih sehari.
Itu satu pendapatan yang lumayan.
Apa nak malu. pakai penutup muka pakai topi, tak ada sesiapa yang akan kenal anda menjualnya. Nak nampak luar biasa lagi pakai uniform pelik seperti berupa binatang atau super hero.
Saya cuba fikirkan apa pula bisnes yang boleh anda buat pula selain dari jeruk mangga. Takkan kita nak biarkan mereka saja yang buat duit kat simpang lampu isyarat tu. Perlu berikan persaingan. Perlu berikan tawaran pilihan pada pemandu yang bosan tunggu lampu hijau kat simpang tu.
Jom kita cuba buat senarai idea:
- Minuman kopi asli sejuk - Coffee Latte yang saya selalu beli kat McD memang sangat sedap. Harganya juga boleh tahan. Buat macam penjual jeruk mangga yang bawa tong besar letakkan kat satu tempat. Boleh bawa mesin expresso mobile dan mula sediakan coffe latte bungkus siap.
- Buah potong campur - Kenapa mangga jeruk saja. Buatlah berbagai buah-buah campuran seperti nangka bungkus siap. Buah naga, tembikai, rock melon, tembikai susu, ciku. Macam buah-buahan yang ada di RnR Bukit Gantang, Tapah atau Sungai Perak.
- Roti dan Kek - Roti dan kek coklat atau vanila atau strawberry berkrim sepotong ditabur kacang masukkan dalam bungkusan yang sesuai. Atau boleh juga jual Krepe atau Palova dan seumpamanya.
- Sandwich Croissont - Gunakan roti perancis crosissant atau pakai roti baguet panjang diisi dengan salad, tomato, buah zaiton, avocado dan ikan tuna berserta mayonnaise. Boleh tambah telur sikit. Perghh sedap tu kalau makan sambil tunggu lampu hijau.
- Nasi lemak dan kuih mueh - Pilihan ni boleh dijual waktu pagi ketika orang berebut nak pergi ke pejabat. Buat secara pakej utk seorang dua atau 3 orang. entu memudahkan mereka yang tak sempat makan ketika keluar dari rumah tadi.
- Bungkusan makan tengahari - Ini pula sesuai ketika tengahari. Buat packing yang menarik dan mudah untuk dimakan sambil tunggu dalam kereta. Spageti carbonara, atau sos tomato cendawan dan lain-lain seumpamanya. Boleh dijadikan menu makan tengahari pantas dan mudah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !