"You punya bacaan darah semuanya ok. Gula ok, kolestrol ok. Teruskan maintain macam ini ya .. !" kata doktor pada saya baru-baru ini.
Saya mula pergi pertama kali ke klinik kesihatan Sungai Pelek di daerah Sepang itu bila rasa tak selesa berat kepala, sering rasa meloya dan pedih ulu hati.
Satu pagi saya terjaga dari tidur. Tiba-tiba sakit pada ulu hati. Terjaga dan terus rasa berdebar, macam selalu yang dirasa tiap kali bayangkan kemungkinan akan berlaku serangan jantung.
Selepas solat subuh, saya terus pergi cari klinik kat Pekan Sungai Pelek tu.
Sampai di klinik swasta yang paling awal dibuka di pekan tu, staffnya suruh saya pergi terus ke klinik kesihatan kerajaan tak jauh dari situ, sebab klinik swasta tu memang buka awal tapi doktornya masih belum sampai.
Baru saya tahu bahawa klinik kesihatan kat pekan sungai pelek tu ada serba lengkap. Ada doktor dan semua kemudahan lain. Ia bertaraf hospital kecil sebenarnya.
Tanpa buang masa saya terus ke sana, buat pendaftaran. Masa tu covid-19 tak meletup lagi. Orang ramai berkumpul macam biasa.
Klinik penuh dengan pelanggan dari berbagai bangsa keturunan dan didominasi oleh kaum wanita mengandung serta warga emas. Saya masuk dalam kategori warga tua juga walaupun tak berapa nak tua sangat berbanding orang tua lain yang datang.
Walaupun saya mengadu berkenaan rasa sakit ulu hati, terpaksa tunggu dulu ikut giliran. Biasalah klinik kerajaan, ramai orang. Nurse kata kalau saya tak tahan beritahu, dia akan potong Q supaya saya segera di periksa. Saya kata ok, tak apa-apa sangat cuma risau saja. Tapi masih boleh tunggu giliran macam biasa.
Sampai giliran, setelah semua bacaan biasa di ambil oleh pembantu perubatan, mereka masukkan saya dalam bilik untuk buat ECG pulak. Akhirnya semua selesai, hanya tunggu giliran untuk jumpa doktor yang bertugas hari itu sahaja.
Tak lama sangat menunggu, saya masuk berjumpa doktor. Seorang wanita melayu pertengahan umur. Dia berasal dari Johor dan dah banyak tahun bertugas kat kawasan Sungai Pelek tu. Selesa dan aman bertugas situ. Katanya ketika kami berbual berkenalan.
Doktor itu sahkan saya tak ada apa-apa masalah kesihatan. Barangkali hanya angin yang membuatkan rasa tak selesa. Tapi dah terlanjur datang, elok buat pemeriksaan lengkap. Buat sekali pemeriksaan kanser usus yang mereka sediakan atas inisiatif kerajaan berikutan meningkatnya kes rakyat Malaysia meninggal sebab kanser usus.
Sejak itulah saya diberikan jadual berkala selama 6 bulan sekali untuk buat pemeriksaan lengkap. Saya ambil peluang baik itu sebab demi kebaikan diri sendiri juga. Lagipun kosnya hanya RM1 sahaja. Siapa nak bagi murah macam tu.
Kalau saya pergi ke perubatan swasta, kena bayar mahal. Macam yang saya tulis dalam artikel sudah, saya hanguskan lebih kurang RM3 ribu untuk buat pemeriksaan lengkap.
Bacaan darah dari makmal pada pemeriksaan pertama kali menunjukkan paras kolestrol yang lebih dari sepatutnya. Walaupun hanya sedikit, doktor kata perlu ambil perhatian sebab saya memang ada sejarah keluarga dalam bab sakit jantung ni.
Bila paras kolestrol lebih dari paras sihat sebegitu, untuk turunkan balik ke paras yang normal, doktor akan bagi arahan makan ubat statin setiap hari satu biji. Itu bermulanya amalan makan ubat statin buat diri saya.
Paras kolestrol terkawal
Berbalik pada pertemuan saya dengan doktor baru-baru ini, yang saya tulis pada awal perenggan artikel ini. Saya tanya ..
"Sampai bila kena makan ubat statin ni doktor?" sebab bacaan kolestrol dia kata tadi semua dah ok.
"Memang kena makan berterusan", jawab doktor.
"Kalau sekali lagi apointment bacaan terkawal, saya akan turunkan dose yang lebih rendah saja" sambung doktor lagi.
Lagipun hanya baru-baru ini saja, saya mula makan statin tu. Doktor akan pantau kesannya dalam setahun ni untuk pastikan tahap kolestrol benar-benar terkawal. Terang doktor itu lagi untuk berikan mesej bahawa saya nampaknya akan terus makan statin itu dalam jangka masa yang lama lagi.
Kesan sampingan statin
Saya luahkan rasa risau sebab statin didapati dari pembacaan dan maklumat yang saya cari ada sedikit masalah kesan sampingan. Walaupun bukanlah berlaku pada semua orang, tapi terbukti memang ada. Jadi peluang untuk saya juga kena kesan sampingan itu tidak dapat dinafikan.
Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pengguna statin adalah sakit otot dan masalah sistem pencernaan. Laporan berkenaan masalah sakit otot akibat dari makan statin boleh dirujuk pada laporan kat sini.
Ada banyak jenis atau jenama statin. Masing-masing ada berikan kesan sampingan yang berbeza. Artikel pada pautan ini ada berikan maklumat yang terperinci setiap jenama statin dan kesan sampingan yang ada pada jenama tersebut. Pergilah baca. Menarik untuk diketahui.
Kebetulan saya memang ada rasa sakit otot pada kaki, badan dan bahu lengan. Juga pada bahagian pinggul. Tapi keliru juga sebab kemungkinan saya dok buat senaman regangan baru yang menyebabkan masalah otot tu mungkin ada juga.
Tapi elok suarakan saja dan dapatkan penerangan dari doktor.
Doktor tu beritahu pada saya memang ada side effect, tapi biasanya ia ambil masa yang lama baru jadi. Barangkalai doktor tu terangkan berkenaan kesan sampingan jadi masalah kencing manis. Itu juga salah satu dari kesan sampingan yang mungkin ada walaupun kecil.
"Nanti jika betul-betul terkawal, kita akan buat keputusan semula .." kata akhir doktor untuk tenangkan fikiran saya yang risau tak mahu berterusan makan ubat statin tu sampai mati.
Yang agak melegakan dalam banyak laporan yang saya baca. Walaupun kesan sampingan memang ada. Secara umumnya kesan sampingan adalah lebih rendah berbanding kebaikan yang statin berikan kepada penggunanya. Terutamanya yang risiko kena serangan jantung adalah tinggi.
Cara turunkan kolestrol selain makan ubat
Saya cari juga panduan macam mana nak turunkan paras kolestrol tanpa perlu makan ubat kalau-kalau ada. Berikut apa yang saya jumpa.
- Hentikan merokok - Kalau anda seorang kaki rokok, hentikan tabiat ini akan bantu anda kawal tahap kolestrol dalam darah terutamanya kolestrol jahat. Proses hapuskan kolestrol jahat akan lebih cekap jika anda berhenti merokok.
- Kekalkan berat badan yang sesuai - Kalau anda gemuk, segera ambil initiatif untuk turnkan berat badan ke tahap yang ideal.
- Bersenam sekurangnya 3 kali seminggu - Amalan yang bukan saja baik untuk kawal kolestrol. Malah baik untuk segenap segi kesihatan tubuh badan mental dan fizikal.
- Makan makanan kaya dengan serat larut dan omega 3 - Ubah cara pemakanan dengan piluh makanan yang mesra jantung adalah formula yang saya berkesan untuk kesihatan.
- Hadkan makanan tinggi lemak tepu - Hubung kait antara lemak tepu dan tahap kolestrol boleh anda baca dari artikel ini. Diberikan juga had yang sesuai untuk anda ambil.
- Jauhi trans fat - Jauhkan diri anda dari makanan yang mengandungi lemak trans. Baca kat sini untuk ketahui maklumat berkenaan lemak trans.
- Jauhi arak - Bagi orang Islam, samada ada kolestrol atau tidak, tak payah nak cuba arak. Apatah lagi jika anda ada masalah kolestrol.
- Rendahkan tahap stress - Kalau kerja yang anda buat sekarang berikan tekanan jiwa yang tinggi, pertimbangkan untuk berhenti dan tukar saja kepada kerja yang anda boleh kawal tekanan. Kalau tak boleh berhenti, jadikan amalan masuk hutan setip hujung minggu sebagai amalan wajib. Ini dapat kawal stress anda. Atau pindah duduk di rumah yang dipagari rimbunan hijau dan terpelihara suasana semula jadinya.
Kolestrol ni ada jugak genetik, hati terlebih keluar kan kolestrol,kalau masa dulu dah hampir kena pra diabetes ya boleh hilang kan terus dengan senaman, diet dan turun kan berat badan tapi kolestrol tak dapat di turun kan.. Saya ni check doktor 8 bulan sekali walaupun doktor kata stabil
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat tu tuan. Maksudnya kalau genetik paras kolestrol dari dulu sentiasa tinggi terlebih ya?
DeleteHati terlebih keluar kan kolestrol, tinggi tu bergantung pada pemakanan kita, diet yang paling terbaik adalah diet Mediterranean ( diet orang ada2) ini memang terbukti boleh Google.. Tapi kita susah sikit nak amal kan diet ni, nak pulak macam En Subhi ni hantu nasi kandar.. Betul la penulisan u tu bab makanan nak jaga memang susah..
ReplyDeleteNasi kandaq memang susah nak dilupakan !
DeleteSaya ni pun kolestrol dah turun dan dose untuk statin pun dah jadi 10mg..walaupun last check bulan 1/2021 kolestrol dah turun 0.03 nak jadi normal pun masih kena makan ubat jugak
ReplyDeleteAlhamdulillah ! dah turun. Agaknya kalau stop ambil ubat tu, naik baik ke tak ya?
DeleteArtikel sebelum ni you ada tulis berkenaan sakit dada susah nak bernafas.. Itu simtom nak kena Gerd atau pun memang dah kena.. Ni boleh Google jugak lebih kurang macam simtom sakit jantung tapi bukan sakit jantung.. Kemungkinan Gerd
ReplyDelete2,3 kali gak kena cam tu. Memang doktor kata yg sama. Sekarang dah ok. Cuma kadangkala banyak sendawa saja .. tanda banyak angin la tu, sampai naik meloya bila jadi macam tu
Delete