Takkan lah anda tak tahu cara yang betul untuk bernafas selama ini?
Tentu itu pertanyaan yang terlintas bila baca tajuk kat atas.
Memang itulah yang saya fikirkan selama ini. Sehinggalah terjumpa satu buku ketika merayau di kedai buku Popular baru-baru ini.
Tajuk buku tu, Breath – The new science of a lost art, tulisan James Nestor.
Sebaik saja tengok tajuk buku tersebut, macam biasa, saya pusingkan buku tu di belakang untuk baca ringkasan tentang isi buku tersebut. Ayat mula menambahkan rasa teringin nak tahu lebih lanjut.
"Apapun yang anda makan, berapa banyak anda bersenam, betapa kurus, muda atau kuatpun diri anda, semuanya tak bererti seandainya anda tidak bernafas dengan cara yang betul" [Breath – James Nestor]
Siapa yang tak tertarik dengan kenyataan macam tu .. betul tak?
Jadi saya tak fikir panjang lagi, terus saja ambil dan pergi buat bayaran bersama satu lagi buku berkenaan Sejarah Falsafah.
Selepas baca buku tu, saya kongsikan berkenaannya dalam grup wasap kawan-kawan bisnes. Saya cadangkan untuk semua beli dan baca buku serta terus amalkan.
Ringkasan cara betul bernafas
Sebaik saya saya tampal kat whatsapp, seorang kawan minta sedikit ringkasan berkenaan buku tersebut.
Itu yang saya buat. Dan saya kongsikan sedikit kat sini
- Asas paling penting yang perlu diberikan perhatian adalah sentiasa bernafas guna hidung.
- Jangan bernafas pakai mulut.
Point yang pertama ini semua orang tahu tapi tak berapa ambil peduli sangat selama ini.
Point ke-2 pula membuatkan seorang kawan kongsikan berkenaan nasihat seorang jaguh olimpik untuk tarik nafas pakai hidung dan lepas pakai mulut.
Dia tunjukkan ada pendapat berbeza berkenaan cara bernafas antara pakai mulut dengan pakai hidung. Memang bertentangan dengan apa yang saya kata supaya jangan sesekali pakai mulut untuk bernafas.
Jaguh olimpik punya petua adalah untuk lebih banyak gunakan mulut bernafas dari gunakan hidung.
Bila jadi macam tu, apa yang biasanya anda akan buat?
Mana satu nak ikut?
Satu kata jangan dan satu lagi kata buat.
Antara buah dan pisang
Bila lihat perbezaan begitu, biasanya saya akan cuba lihat mana satu buah dan mana satu pisang.
Dalam kes buku yang saya baca berkenaan cara betul bernafas itu, dia merujuk kepada buah. Manakala nasihat dari pelari marathon itu pula dia merujuk kepada pisang.
Pisang hanyalah salah satu dari ahli kepada kumpulan buah-buahan.
Bernafas yang betul dalam buku tersebut fokus kepada cara pernafasan yang betul secara umum untuk mendapatkan impak maksimum dari cara pernafasan menggunakan hidung.
Udara yang masuk melalui hidung ke dalam badan adalah jauh lebih baik kandungan oksigennya berbanding yang masuk melalui mulut. Bila lalu kat hidung, ada banyak proses luar biasa berlaku.
Antaranya adalah dia ubah suhu udara tersebut supaya optimum bila masuk ke paru-paru. Dia tingkatkan daya resapan oksigen ke dalam darah dan banyak lagi proses puar biasa berlaku.
Itulah fungsi hidung untuk bernafas. Mulut bukanlah dijadikan untuk bernafas. Udara yang masuk melalui mulut akan mengubah sel-sel pada lidah dan kerongkong. Tiada tapisan dan tiada proses pengoptimuman persediaan untuk masuk ke dalam paru-paru.
Untuk yakinkan anda betapa salahnya bernafas melalui hidung. Dalam buku breath itu diberikan kajian dilakukan kepada sekumpulan monyet untuk dipaksa bernafas melalui mulut.
Mudah saja nak buat macam tu. Pengkaji tutup saluran udara masuk dari hidung jadi monyet terpaksa sedut udara pakai mulut. Selang beberapa bulan, keseluruhan struktur muka dan kerongkong monyet itu mula berubah.
Jadi tak normal habis bercalaru monyet itu sampai ke peringkat perkumuhan dan pemakanan. Monyer jadi tak sihat dan lemah.
Selepas di buka dan monyet dibenarkan bernafas macam biasa ikut hidung. Sedikit-demi sedikit struktur dan kesihatan monyer itu berubah dan menjadi baik semula.
Antara berjaya dan kaya
Perkara sama biasanya berlaku pada panduan berjaya yang anda dan semua orang sedang cari.
Ada banyak panduan yang luar biasa begitu dan begini. Untuk kaya umpamanya ada disiplinnya yang tersendiri. Ada banyak juga petua yang bertentangan yang mampu membuatkan anda jadi tak normal.
Kaya adalah sebahagian saja dari subset kepada berjaya.
Sama macam marathon kat atas tadi. Bukan semua orang nak jadi pelari marathon. Dan tak ada keperluanpun untuk berjaya dnegan jadi pelari marathon.
Apa saja perkara yang ekstrem tidak baik untuk manusia. ia akan merosakkan dan tidak membawa keseimbangan menjadi seorang manusia yang berjaya.
Oleh itu sentiasa perhatikan semua petua yang anda baca dan nak ikut. Perhatikan samada yang berikan nasihat itu berjaya dan seimbang hidupnya sebagai seorang manusia yang baik. Atau sekadar berjaya dalam satu segi sahaja.
Jangan teruja hanya disebabkan yang berikan nasihat itu adalah bekas jaguh olimpik lalu kita rasa dia tahu cara paling betul untuk bernafas.
Sedangkan dia mungkin cipta satu jalan pintas dengan tujuan untuk jadi jaguh olimpik yang perlukan kekuatan berlari dan stamina luar biasa untuk menang pertandingan.
Hidup ini bukanlah satu pertandingan untuk jadi satu perkara yang tak berapa penting sedangkan semua perkara penting lain diabaikan.
Tak guna kaya tahap gaban kalau keluarga porak peranda, kesihatan hanyut, akhlak korup, baran tinggi, bahasa kasar dan lain-ain seumpamanya.
Amalkan cara bernafas yang betul
Berbalik kepada tajuk asal artikel ini.
Saya syorkan anda pergi cari dan beli buku tersebut. Dia berikan semua maklumat kenapa cara paling betul adalah bernafas dengan hanya menggunakan hidung saja.
Untuk itu anda perlu sentiasa ambil perhatian pada pernafasan anda. Sebaik saja anda buat begitu, barulah anda akan sedar betapa selama ini anda tak endah sangat udara masuk keluar samada dari mulut atau hidung.
Setiap kali samada nak sedut atau nak hembus keluar udara dari badan, ingat supaya hanya pakai hidung.
Saya buat begitu hanya sehari untuk pastikan hanya hidung diguna pakai dari pagi sampai petang untuk bernafas. Gatal hidung terus hilang dan rasa lebih segar dan perut tak kembung.
Anda juga boleh kawal emosi dengan pernafasan melalui hidung. Tutup lubang hidung sebelah kiri. Guna lubang kanan hidung saja untuk sedut dan buang nafas. Anda akan lebih kreatif dan fokus.
Tutup sebelah kanan dan pakai lubang kiri saja untuk bernafas, anda akan rasa lebih relaks dan tenang. Sebab itu bila anda tidur mengiring sebelah kanan, anda rasa lebih relaks dan tenang dan mudah tidur sebab pernafasan lubang kiri lebih cekap dalam keadaan itu.
Tapi sebenarnya badan anda memang ada mekanisme untuk kawal hidung tu samada nak pakai lubang kiri atau kanan berdasarkan keadaan.
Setakat itu saja coretan kali ini. Moga ada manfaatnya ..
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !