Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

15 March 2021

Cara untuk tingkatkan kekuatan otak, mantapkan daya tumpuan dan maksimumkan daya berfikir anda

  Ano Nyme       15 March 2021


Saya kongsikan dalam artikel ini macam mana nak kuatkan otak, mantapkan daya tumpuan serta maksimumkan kekuatan berfikir anda berdasarkan buku bertajuk 'Head Strong' tulisan Dave Asprey.

Dave Asprey ialah seorang usahawan pelabur di Silicon Valley. Dia juga merupakan seorang penulis yang dah buat beberapa buah buku yang menarik berkenaan membina kekuatan dan keupayaan diri.

Kalau anda seorang pegawai atasan yang banyak perlu gunakan kekuatan akal. Atau seorang yang mencari formula untuk mantapkan kekuatan otak. Panduan ini sangat berguna. Tambah lagi jika anda sering hadapi masalah fikiran serabut, suka tangguh kerja dan asyik lese saja, buku ini sangat baik untuk anda cari dan baca.

Cabaran dunia sekarang terutamanya untuk mereka yang banyak guna daya berfikir adalah masalah fikiran tak boleh nak fokus. Suka sangat lupa itu dan ini. Bila banyak berfikir terus rasa letih lesu dan datang rasa malas nak fikir. Itu semua jadi tanda bahawa otak anda tak berfungsi dengan kadar yang baik.

Mitochondria sihat, otak jadi tajam dan cekap

Anda akan punya banyak kelebihan seandainya punya daya pemikiran yang cekap dan tajam. Rajin buat kerja guna kudrat saja tak mencukupi dalam dunia sekarang. Perlu ada otak geliga baru bagus.

Semua itu boleh anda dapatkan dengan berusaha tingkatkan kekuatan otak. Dan perkara paling asas yang anda perlu tahu adalah berkenaan 'mitochondria', sejenis bahan kecil yang ada di dalam semua sel badan anda.

Mitochondria ni memainkan peranan penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kepekatan paling tinggi bahan mitochondria ni antaranya adalah pada bahagian depan otak anda yang dipanggil Prefrontal Cortex.

Prefrontal Cortex terletak pada bahagian depan di belakang mata dalam tengkorak kepala anda. Ada di dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Makin sihat mitochondria, makin cekaplah bahagian otak ini berfungsi.

Cuba baca apa peranan prefrontal cortex pada pautan sini. Dari situ anda akan lebih faham betapa pentingnya untuk pastikan tenaga yang cukup dibekalkan pada bahagian tersebut untuk jadikan otak anda cekap dan mantap.

Satu lagi perkara penting yang anda perlu tahu adalah, otak serap sehingga 20% dari tenaga yang ada dalam badan anda setiap masa. Jumlah yang sangat banyak. Lebih tinggi dari jumlah tenaga yang diperlukan oleh paru-paru, jantung mahupun kedua-dua kaki anda.

Mitochondria keluarkan tenaga dengan memecahkan satu bahan yang dipanggil ATP (adenosine triphosphate). Aktiviti itulah yang membekalkan tenaga yang tubuh badan anda perlukan. Jadi, kalau mitochondria cekap, sudah pastilah otak anda juga turut cekap.

Masalah paling ketara yang manusia hadapi sekarang adalah terdedah kepada seribu satu macam toksik. Badan perlukan banyak tenaga untuk selesaikan segala toksik bagi pulihkan tubuh badan. Jadi mitochondria banyak digunakan untuk semua urusan neutralkan tosik yang datang dari udara, makanan dan juga cahaya.

Bila otak nak pakai tenaga yang banyak untuk buat kerja, tenaga dah kehausan tak cukup. Sebab itulah kita jadi kabur pemikiran, lesu dan tak dapat berfikir dengan tajam. 

Jadi amat penting untuk pastikan anda elakkan segala bahan toksik dari mask ke dalam tubuh badan anda.

Sihatkan neuron untuk mantapkan minda

Dalam otak ada banyak sel yang dipanggil neuron. Kemudian setiap neuron ini disambungkan dengan neuron lain yang banyak berserakan membentuk apa yang kita panggil jaringan neural. Jaringan itu menentukan macam mana anda berfikir, belajar dan bertindak terhadap keadaan sekeliling.

Kalau jaringan neural ni sihat, keupayaan anda untuk ingat akan mantap. Jaringan neural sihat bererti anda punya neuron yang punya keupayaan tinggi untuk berkomunikasi sesama mereka. Otak akan mudah simpan maklumat dan anda akan mudah untuk gunakan maklumat tersebut bila diperlukan.

Kalau selama ini anda ada masalah susah nak ingat, itu tandanya jaringan neural anda tidak berfungsi dengan baik.

Jadi macam mana nak pastikan neuron ni sihat?

Caranya adalah dengan ubah gaya hidup anda. Mulakan dengan ambil bahan makanan yang kaya dengan lemak tepu atau saturated fat, seperti yang ada dalam mentega dan daging. Ada penerangan saintifik terhadap kenapa pentingnya lemak tepu atau saturated fat ni. Tapi saya tak mahu panjangkan artiel ni terangkan semua detail itu.

Ada pertelingkahan dan salah faham sejak dulu tentag saturated fat. Boleh baca maklumatnya kat sini untuk faham.

Selain dari itu, anda perlu pastikan pembentukkan sel neuron yang baru adalah tinggi. Penghasilan neuron baru ini akan membuatkan anda berfkir lebih cekap, belajar dengan mudah dan punya kekuatan emosi yang hebat.

Caranya adalah dengan kurangkan atau elak ambil makanan yang tinggi kandungan gula.

Lebihkan makanan yang tinggi kandungan bahan dipanggil polifenol. Macam buah grape atau blueberry. Juga banyak dalam cokelat dan kopi. Biasanya buah atau sayur yang tinggi bahan polifenol berwarna merah gelap, ungu atau biru.

Neuron baru juga akan mudah terbentuk jika anda rajin bersenam ringan. Kalau malas bersenam ada satu lagi yang saya yakin anda suka iaitu bersetubuh. Lebih banyak anda bersetubuh, lebih baik untuk tingkatkan pembentukan neuron.

Minum kopi, makan cokelat, bersenam dan kerap bersetubuh mampu kuatkan daya berfikir otak anda!

 

Seimbangkan omega-3 dan omega-6

Satu lagi perkara penting untuk kuatkan ketajaman otak adalah dengan mengawal masalah keradangan sel yang berlebihan sampai jadi kronik. Anda boleh buat begitu dengan seimbangkan pengambilan bahan makanan yang tinggi omega-3 dan omega-6.

Omega-6 biasanya tak ada masalah. Kita selalu makan bahan yang tinggi kandungan omega-6 ni seperti mayonnes umpamanya. Banyak bahan makanan kita sekarang tinggi omega-6 yang saintis kaitkan dengan bahan pro-keradangan sel.

Omega-3 pula adalah bahan yang anti-keradangan. Jadi dalam masa yang sama perlu seimbangkan bahan makanan yang banyak omega-3 ni.

Boleh baca kat artikel di sini untuk maklumat yang sangat lengkap berkenaan imbangan omega-3 dan omega-6.

Elak makanan yang lemahkan otak

Selain dari ubah cara makan kepada bahan yang membantu kuatkan otak, anda juga perlu elakkan bahan makanan yang boleh lemahkan dia.

Paling tak bagus adalah bahan yang dipanggil Trans Fats. Bahan bacaan bagus untuk trans fat ni boleh anda tengok kat sini. Bacalah, sangat baik demi untuk kuatkan otak anda. Tapi kalau malas nak baca, anda perlu pastikan sentiasa elak atau kurang makan fast-food.

Trans fat ni boleh rosakkan mitochondria yang saya terangkan di atas tadi. Selain dari itu ia mampu tingkatkan risko hidap masalah alzheimer's, kanser dan dementia.

Jadi setiap kali beli makanan segera kat pasaraya, baca bahan yang ada di dalamnya. kalau ada trans fat, elakkan saja tak payah beli.

Satu lagi yang tak menarik tapi kena elak atau kurangkan adalah susu. Protein dalam susu boleh lemahkan fungsi motichondria dan lemahkan otak. Protein dalam susu juga akan bergabung dengan polifenol yang anda makan jadi badan tak dapat ambil faedah dari bahan polifenol tersebut.

Mungkin sebab itu orang tua saya selalu marah bila saya campur makan buah dengan susu. Mana dia tahu saya tak pasti, tapi rupanya dia betul!.

Akhir sekali anda juga perlu elakkan  atau kurang ambil makanan yang ada bahan gluten. Boleh dapatkan maklumat lanjut pasal gluten dari artikel kat sini. Biasanya bahan yang ada gluten ni adalah makanan seperti cereal atau bijirin.

Sekarang makanan yang dilabelkan sebagai gluten-free dah ada banyak di pasaran, jadi senang sikit nak kawal jumlha pengambilannya.

Elakkan dari cahaya tak baik

Selain dari perlu elakkan makanan yang tak bagus untuk otak, anda juga perlu elakkan cahaya yang tak baik untuk otak.

Pelik juga dengar ada cahaya yang tak bagus untuk otak. Saya pun aru tahu pasal maklumat ni bila baca buku yang saya sebut pada mula di atas.

Elakkan cahaya biru seperti yang ada pada lampu LED. Mitochondria sangat sensitif kepada cahaya. Bila dia berhadapan dengan cahaya biru, terpaksa lebih kuat bekerja dan berakhir dengan mengeluarkan banyak bahan radikal bebas yang merbahaya.

Jadi sentiasa kurangkan pendedahan anda terhadap cahaya biru atau blue light. Pada skrin komputer dan pada skrin smart phone. Anda boleh buat begitu dengan muat turun aplikasi f.lux.

Bila anda guna laptop di malam hari, aplikasi itu akan rendahkan cahaya bitu yang tak baik tu.

Tapi akalu anda pakai telefon iphone, anda hanya perlu aktifkan 'Night Shift' sahaja. Pergi ke Setting - Display & Brightness - Night Shift dan tekan On. Selesai masalah.

Kemudian bila nak tidur, gelapkan terus tak payah pasang lampu. Itu lebih bagus dan dapat elakkan pencemeran cahaya dan paling penting dapat merehatkan minda anda.

Kalau waktu siang, adalah lebih bagus untuk pakai cahaya alam semula jadi saja. Gunakan cahaya matahari. Insyaallah anda akan punya fikiran yang tajam.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cara untuk tingkatkan kekuatan otak, mantapkan daya tumpuan dan maksimumkan daya berfikir anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !