Bill merupakan seorang doktor gigi yang punya sebuah klinik pergigiannya sendiri. Dah lama dia jalankan perniagaan itu. Di situlah dia habiskan setiap hari pagi dan petang untuk berikan khidmat rawatan gigi kepada para pelanggannya.
Dari segi kerjaya sebagai seorang doktor gigi Bill tak ada apa-apa masalah. Tapi tidak dalam kehidupan rumah tangganya. Dia dah bercerai. Anak perempuannya tinggal bersama isteri dan Bill juga punya masalah perhubungan dengan anaknya perempuannya juga.
Ada perasaan kosong bertapak dalam jiwanya sehingga pada satu malam dia nekad berhenti kereta ketika memandu di atas sebuah jambatan. Dia keluar dari keretanya menuju ke tepi. Panjat pagar pemisah jambatan itu dengan niat untuk terjun bunuh diri.
Tapi akal warasnya masih ada. Dia teragak-agak untuk teruskan niatnya itu dan setelah beberapa lama duduk di tepi batas jambatan itu, dia akhirnya tak jadi terjun dan balik.
Bertemu pelanggan yang punya segalanya
Keesokkan harinya, dia pergi ke klinik macam biasa. Terus buat kerja merawat pada pesakitnya yang datang. Tapi fikirannya masih terasa kosong dan tidak dapat berikan tumpuan terhadap kerja sepenuh hati.
Hari itu dia dikunjungi oleh seorang pelanggan baru yang datang hanya untuk membuat pemeriksaan gigi sahaja. Pelanggan itu merupakan seorang lelaki professor, pensyarah di sebuah universiti terkenal dalam bidang falsafah.
Sambil merawat, pensyarah itu berbual mesra dengan Bill dan bertanya tentang kehidupan. Mereka mula bertukar cerita dan banyak nasihat yang bernas Bill dapat hari itu. Pensyarah itu menasihatkan Bill agar jangan bersikap suka tangguh dalam sebarang usaha untuk bercuti bersama dengan anak perempuannya.
Tinggalkan saja semua kerja yang memang tak akan pernah selesai dan pergi berjalan. Itulah nasihat terakhir pensyarah tersebut berikan sebelum dia keluar dari klinik gigi Bill.
Bill berfikir panjang selepas menemui professor itu.
Intip kehidupan professor bahagia
Bagi Bill, professor itu sangat bahagia kehidupannya. Dia punya segala-galanya. Dia juga tentu punya rahsia bagaimana menjalani kehidupan yang bahagia. Bill ambil keputusan untuk intip kehidupan professor tersebut.
Itulah yang Bill buat setiap hari. Dia ikut ke mana saja professor itu pergi. Dia intip hampir setiap hari dari dalam kereta keadaan hidup prof itu di rumah bersama keluarganya. Dia ikut prof itu keluar bersama keluarganya dan lihat segala aktiviti keluarga prof tersebut.
Apa yang dia nampak hanyalah kebahagiaan. bagaimana mesranya isteri dan anak prof itu ketika bersama, bagaimana layanan prof tersebut terhadap isteri dan anaknya. Lansung tak ada cacat cela.
Sehinggalah satu hari, dia ikut prof tersebut keluar dari rumah, naik kereta dan akhirnya berhenti di tepi sebuah jalan yang ada hutan. Prof itu keluar dari kereta dan masuk ke dalam hutan tersebut membawa sebuah beg.
Bill iku perlahan-lahan mencari ke mana prof itu pergi. Dalam hatinya, mungkin ini satu amalan rahsia yang prof itu buat dalam mendapatkan sebuah kehiduan yang bahagia dan punya sebuah keluarga yang mesra.
Ketika masuk perlahan-lahan ke dalam hutan itu dia akhirnya sampai di satu kawasan prof itu meletakkan barangnya. Dia nampak kasut prof tersebut tapi orangnya tiada. Sambil pegang kasut, dia berpusing mencari dan alangkah terkejutnya dia ...
Prof itu tergantung tidak bernyawa di atas tali yang diikat pada dahan sebatang pokok. Prof itu bunuh diri!.
Terkejut dan ketakutan Bill lari keluar dari hutan dan masuk semula ke dalam keretanya terus balik. Dek terkejut besar, dia terlupa untuk letakkan semula kasut prof itu. Dia bawa balik sekali kasut tu di dalam keretanya.
Cari jawapan kenapa prof bunuh diri
Bill tak ada jawapan kenapa seorang yang sangat bahagia hidupnya boleh tamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri dalam hutan seorang diri.
Dia nekad untuk mencari jawapan sebenarnya. Dia pergi ke hari pengkebumian prof tersebut. Mendengar semua ucapan yang baik-bauk dari rakan dan saudara mara prof itu. Selepas habis pengkebumian, dia iktu sama pergi ke rumah keluarga prof itu pula walaupun tiada siapa yang kenalnya di situ.
Di rumah dengan ada ramai rakan dan saudara serta keluarga prof tersebut, Bill curi masuk ke dalam bilik prof itu untuk melihat suasana rumahnya dan keadaan biliknya. Memang sebuah rumah yang tersusun rapi kemas dan serba serbi ada.
Bila dia keluar semua dari bilik tersebut, dia terserempak dengan isteri prof itu yang hairan melihat Bill sebab dia tak kenal. Bila isteri prof tu tanya, Bill tipu bahawa dia kawan mendiang summinya dari Greek.
Itu idea yang dia dapat ketika berbual dengan prof tersebut di waktu dia datang merawat giginya. Prof itu cerita dia ada kawan baik ketika belajar di Greek ketika muda dulu. Dan isteri prof itu percaya.
Di pendekkan cerita, Bill jadi rapat dengan isteri prof itu bila dia tawarkan diri untuk habiskan projek renovasi bilik air di rumah mereka walaupun Bill memang tak tahu menahu pasal pertukangan dan pembinaan.
Dia habiskan masa lebih sebulan cuba baiki bilik air tu sambil cuba mencuri maklumat peribadi berkenaan prof itu dari komputer peribadi prof tersebut di dalam bilik kerjaya. Dia buat begitu setiap kali isteri prof itu keluar tinggalkan Bill sendirian buat kerja.
Bunuh diri sebab ada skandal
Akhirnya, Bill dapat jawapan kenapa Prof itu bunuh diri.
Sebenarnya Prof itu ada skandal seks dengan rakan sekerjanya di universiti sampai pensyarah wanita yang ujang itu mengandung. Sebab tak sanggup hadapi dan burukkan reputasi baiknya yang selama ini amat dikagumi, prof itu ambil keputusan pendek untuk tamatkan riwayat hidupnya.
Bill akhirnya ditangkap bila lakonannya selama ini diketahui dan disoal siasat oleh pihak polis. Dari siasatan memang polis yakin prof bunuh diri. tapi polis tak tahu apa motif Bill menipu dan mengintip semua kehidupan keluarga prof tersebut.
Bill ceritakan perkara sebenar pada polis bagaimana dia boleh terlibat masuk dalam urusan keluarga prof. Dia mencari jawapan kepada formula hidup bahagia dan terlihat prof itu bunuh diri. Dari situ dia tertanya-tanya kenapa seorang yang sangat bahagia sanggup bunuh diri. Itu yang membawanya sampai menipu kononya rakan baik kepada prof.
Polis yang soal siasat tertarik dengan cerita Bill. Habis cerita, polis tanya sama dia jumpa jawapan sebenar. lalu Bill beritahu keadaan sebenar kenapa prof tu bunuh diri.
Bill akhirnya dilepaskan dan sejak itu, dia berubah jadi orang yang baru. Banyak yang dia belajar dari apa yang berlaku. Dia perlu fokus pada dirinya sahaja dan hadapi semua kekurangan yang ada dan berusaha untuk ubah kehidupan dan perhubungannya dengan keluarga.
Paling penting, jangan cari masalah dan jangan sesekali pamerkan diri sehingga orang semua anggap diri anda sempurna. Itu satu bebanan yang berat untuk ditanggung sedangkan semua orang tahu bahawa manusia tiada yang sempurna.
Cerita ni saya tonton dalam unifi tempoh hari. Lebih kurang begitulah ceritanya yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan. Moga ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !